:: Kad Raya Eyka ::


Assalamualaikum w.b.t


Entri ini khas untuk Cik eyka

Tempoh hari, dalam bulan Ramadhan pada tahun 2013, daku telah menerima sepucuk surat yang bersampul coklat.

'Surat dari bank ke ni, ataupun surat dari Universiti?' ujar diriku dengan penuh tanda tanya.

Daku terus membuka surat tu. Buka punya buka, ada lagi satu sampul berwarna putih di dalamnya.

'Amboi, ni dah macam cerita Upin Ipin ni yang ada kotak hadiah makin lama makin kecik tu.' bisik hatiku sambil tertawa kecil.

Lalu daku mengoyak cermat sampul putih tersebut, dan ternampaklah sepucuk kad raya yang kelihatannya seperti masih baru. Berfikir ku sejenak dan akhirnya baru daku teringat bahawa Cik Eyka ada memberitahuku keinginannya untuk mengirim kad raya kepadaku. Tanpa segan silu, terus ku belek-belek kad raya itu. Tiba-tiba ternampak seperenggan tulisan di dalamnya.

'Ni mesti nak buat wasiat ni, tak pun cerpen, paling koman pun nasihat lah' ujar diriku.

Daku membaca warkah tersebut. Maka terpancar kegembiraan di wajahku ketika itu.

Abg wan nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberi kad raya kat Abg wan ni.
Nak mintak maaf jika tiada balasan dari Abg wan.
Selamat Hari Raya Eyka.

Buluh di ambil di buat lemang,
Ketupat di anyam di malam raya,
Ampun dariku jika terlempang,
Juga ucapan Selamat Hari Raya.


"Keep Smiling"
^_^

Sebulan Ramadhan kali ini sungguh bermakna bagi ku.

:: Tahun ni pun? ::


Assalamualaikum w.b.t

credit to Google Images

Siapa masih ingat pasal entry wan tahun lepas?
yang ade gambar anak buah wan?

mesti tak ingat kan? hehehe...
saje je tanye sebenarnye...

kalau nak tengok entri tu, tekan lah SINI.

Jadi, mesti dah tahu kan kenapa tajuk entri ni di buat?
hehehe...

Sebenarnye,
Tempoh hari kakak ipar wan telah selamat melahirkan anak...
jadi keluarga wan dah semakin bertambah...
Alhamdulillah..


Tambahan lagi,
esok Wan dah cuti untuk raya...
Hari ni mungkin last wan kerja...
Bukan berhenti kerja eyh, tapi cuti raya...
hehe..

Dengan ini wan nak ucapkan,
Selamat bercuti kepada yang telah bercuti.
kepada yang tak dapat cuti,
selamat menjalankan tugas.

~SELAMAT BERCUTI~

"Keep smiling"
^_^

Disamping kegembiraan terselit kesedihan di dalam diri ini akan bulan Ramadhan yang semakin berakhir. Cukupkah amalan ku? Dapatkah aku berjumpanya lagi di tahun yang akan datang? Ramadhan oh Ramadhan.

:: Kisahku - Bermulanya Penulisanku ::


Assalamualaikum w.b.t
Warning!! Tread panjangggg...sampai hujung kampung..hehehe...


Setiap penulis blog mesti ada pengalaman pertama sebagai penulis blog kan? di mana ada yang berkongsi suka duka kehidupan, berkongsi pengalaman, nasihat, tunjuk ajar, dan ilmu yang dipelajari supaya bermanfaat untuk orang lain. Tak lupa juga penganjuran contest, Giveaway, dan segmen yang pasti akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama penulis blog.

Dulu ada seorang sahabat wan yang sentiasa mendorong wan untuk menceburkan diri dalam penulisan blog. Sebenarnye dia takde lah suruh wan buat blog tapi dia approach wan dengan meminta wan untuk baca blog dia dan beri komen. Jadi, wan komen lah ape yang patut kat blog dia. Tapi sekarang ni dia dah berhenti dari menjadi seorang penulis. Entahlah kenape. Jarang dah tengok dia menulis kat wall FB dia pasal blog dia. sibuk lah kot. Yang selalunya dia update status FB dia je la. hehehe. Tambahan, wan jadi rapat dengan dia melalui Yahoo Messenger dimana dulunya terkenal dengan YM. Entah macammana wan boleh dapat ID YM dia pun wan tak ingat dah sekarang. Yang wan ingat wan memang selalu YM dengan dia. hehe. Tapi sekarang dah kurang. Lagipun, sekarang ni YM dah tak ramai yang guna. Skype ramai la.

Nak dipendekkan cerita, bermulanya wan sebagai penulis blog bukanlah kerana kawan wan tu sebenarnya. Dia tu hanyalah orang yang memberi semangat untuk terus membaca dan menulis blog. Wan bermula menulis blog dengan niat suka-suka sahaja. Hanya ingin mengisi masa lapang. Masa tu wan masih pening-pening lagi macammana nak buat blog. Tak tahu nak mula dengan apa. Jadi, masa tu wan suka sangat mendownload movie, games dll. Jadi bermula lah blog wan dengan kongsi benda-benda untuk download. Tapi sekarang wan dah tak share benda gitu dah. Malas rasanya. Mungkin sebab Link download cepat mati kot. Jadi entri-entri tu wan dah buang... hehehe... Lepas tu berbulan jugak wan tak tahu nak letak ape lagi dalam blog.

Suatu hari, ada seorang penulis blog telah ajak wan masuk satu segmen. Kids nama penanya. Jadi, daripada blog kosong tanpa coretan huruf lagi bagus wan masuk segmen. Masuk punya masuk alik-alik terus jadi kawan kepada penganjur segmen tu, iaitu kids sendiri. Semakin lama kami semakin dekat. Namun tidak sekarang. Dia sudah semakin sibuk dengan kerjanya. Dia juga sudah semakin kurang menurunkan bakat penulisan cerpen di blognya. Akhirnya, kami lost-contact. Yang wan tahu dia dah bekerja. Alhamdulillah. Terima Kasih Kids untuk pengalaman yang kita hadapi bersama.

Terbang sang helang tinggi di awan,
Sampai bila-bila kita akan kawan.

........ To Be Continue .....

"Keep Smiling"
^_^

Jangan percaya hanya pada satu sumber, dikhuatiri ia adalah sumber yang salah maka rujuklah pada yang lebih arif.

:: Ucapan "Innalillah" & Musibah ::


Assalamualaikum w.b.t

Gambar Hiasan 
Credit to Google Image

Sedutan dari drama :

"Sebentar tadi keluarga sofia telah di timpa musibah. Rumah mereka hampir di pecah masuk ketika mereka sedang solat di masjid." kata Ustad Azam kepada isterinya.

"Innalillahi.." balas isteri Ustad Azam dengan penuh kepiluan di benak hatinya.

Lalu mereka pun terus bersiap-siap untuk menjenguk keluarga yang telah ditimpa musibah itu.

Sedutan perbualan penonton drama :

A: Kenapa nak cakap "Innalillah" pulak? bukan nye diorang tu mati pun.. (sambil ketawa kecil)
B: ????? (sambil berfikir apa yang nak balas)

Ok, rasanya kebanyakan masyarakat kita akan cakap macam tu kan? dimana ucapan "Innalillah" itu hanya untuk sesuatu yang berkaitan dengan orang yang meninggal dunia sahaja. Ucapan itu jika disebut ketika ada terdengar sesuatu musibah akan jadi sesuatu yang pelik dan aneh untuk masyarakat kita. Padahal ucapan itu memang perlu di sebut ketika terdengar sesuatu musibah. Tak kira lah musibah tu berbentuk macam mana pun. Orang meninggal dunia ke, orang jatuh basikal ke, orang kene rogol ke, orang kene langgar ke, orang kene ragut ke dan macam-macam lagi jenis musibah lah. Yang penting ia suatu musibah.

Adakalanya ia menjadi susah bila ada yang jahil, tapi tetap nak bertegas dengan pendirian dia. Walaupun kita dah terangkan apa sebenarnya yang berlaku. Bila dah macam tu, kita yang dah tahu ni jadi was-was pulak. Sampai tak terkata nak balas ape-ape lagi. Lagi-lagi kalau yang tegas sangat tu lebih tua dari kita. Rasa macam tak sampai hati nak marah-marah.

Walaubagaimanapun, yang penting kita dah usahakan untuk menyebarkan sesuatu yang benar ye. Itu yang penting. Tak kiralah dengan siapa pun kita sebarkan. Orang yang lebih tua ke, yang lebih muda ke, yang penting kita cuba untuk menyampaikan ilmu yang kita ada supaya ilmu itu akan sentiasa kekal di ingatan kita.

Dan banyak lagi lah ucapan-ucapan yang kebanyakan masyarakat kita salahguna apabila berlaku sesuatu. Antaranya ialah seperti yang di terangkan di sesetengah forum dan website di bawah ni. 


Tambahan, credit untuk semua link-link di atas tu kerana dari situlah idea untuk entri kali ini terbit.

Itu saja untuk entri kali ini. SELAMAT HARI RAYA.

"Keep Smiling"
^_^

Ingat! kita bukan mencari kesalahan orang, tapi juga ingin mengatur diri kita supaya menjadi lebih baik.

:: Hari-hari mendatang ::


Assalamualaikum w.b.t

*Credit to Google Images*

Hari berganti hari...

Minggu berganti minggu...

Bulan berganti bulan...

Agak-agak sarang labah-labah dah berape banyak dah eyh... berlapis-lapis dah kot...

Apa-apa pun, Wan nak ucapkan terima kasih kat sesiapa sahaja yang sudi singgah ke gedung sarang labah-labah ni. hehehe. Takde lah. Agak lama juga rasanya blog ni menyepikan diri dengan hanya menampilkan entri The Last Stand saja. Bukan apa, biasalah kalau dah kering idea sampai tak tahu nak update ape. Di tambah lagi dengan masalah yang melanda diri umpama petir tiada cahaya tsunami datang tanpa bicara ni. Bergolak galik di dalam hati, entah ape yang akan terjadi. Tengah nak muhasabah diri je sebanarnye. hehe. Apa-apa pun, apa khabar semua sahabatku? diharapkan anda sihat-sihat saja ya.

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Puasa biar penuh tau. Terutamanya lelaki. Ada excuse ke? hehehe. Walau ape pun alasan kita, Ingat! Allah itu Maha Mengetahui. Kalau manusia kita boleh kelentong, malaikat kat kiri dan kanan kita tu tak mungkin kita boleh kelentong. Apalagi nak rasuah, lagi lah tak boleh. Jadi, pandai-pandai lah jaga diri. kang nasihat lebih-lebih di kata kita ni macam ustad lah, tak pun "macam lah dia tu alim sangat" dan apa-apa lagi lah. Jadi, biarkan lah dia dengan labu sayungnya.

oklah, itu saja untuk entri kali ini.

p/s utk my crash (ade ke? hehe..): Kite nak beli kad raya tau. Tapi baru plan je la. Awak nak tak?


"Gila kontroversi ke budak ni? hahahaha... :3"

"Keep Smiling"
^_^

Kisah ini tak akan tamat di dunia ini sahaja, ia mungkin bersambung di dunia yang lebih kekal.
INILAH KISAHKU. Bukan ingin mengambil peluang tetapi memberi peluang.

:: The Last Stand ::


Assalamualaikum w.b.t


Siapa dah tengok cerita ni?

Wan baru habis tengok cerita ni. Best oooo. Rugi tak tengok.


Lagi best sebab ada pelakon legend ni, Arnold Shcwarzenegger. Yang dulunya terkenal dengan cerita Terminator. Dan pernah terkenal dengan dirinya sebagai seorang Gabenor kat California.

Syok-syok tengok cerita ni, terpikat pulak tengok kereta yang digunakan dalam cerita ni. Memang Perrrrgggghhhh lah... Director cerita ni guna dua prob kereta yang sangat menarik dari kilang yang sama.

CHEVROLET

ZR1 Corvette




ZL1 Camaro




*memang saje buat warne biru ngan putih... dah minat kan... hahaha...

macam? menarik kan?

Jom pilih yang mana nak..
Kalau nak laju boleh pilih ZR1.. Kalau yang modified macam dalam cerita tu kelajuannya boleh sampai 1000 h.p. oooo. TERBAEK!!!!

p/s: boleh belikan satu tak? hahahaha...

"Tak malu betul budak nama wan niahix tu eyk..."

"Keep Smiling"
^_^

Jangan meminta benda yang kita tak dapat nak capai, tapi usahakan apa yang kita ingin capaikan.

:: Alim ::


Assalamualaikum w.b.t

credit: Google Images
***************************************************************

Study kes:
Ketika sedang lepak di kedai makan...
A: Eyh ade nombor la... 4 digit lagi tu...
B: Pergi beli kat kedai sana tu C, mane tau dapat 1st prize..
C: ......???
A: Kau ni agak-agak lah, orang alim ko suruh beli benda gitu. Si C tu kan rajin sembahyang.

 ***************************************************************

Alim?
siapa tahu maksud alim sebenarnye...

Ke maksud Alim sebenarnya sesiapa sahaja yang rajin sembahyang.

Atau pun Alim ni nama Udin dalam lagu Udin Sedunia tu
"Udin yang alim namanya Alimudin"

macam tu ke?

Tapi itulah pandangan segelintir masyarakat tentang alim. Mereka menganggap alim ni kira macam orang yang kita nampak selalu sembahyang Fardhu, selalu pergi masjid atau surau bagi nasihat tentang agama sedikit di celah-celah perbualan, pakai kopiah atas kepala. Yang paling ketara sebab selalu sembanhyang Fardhu 5 kali sehari semalam dengan yang pakai kopiah tu. Padahal, tak tau lagi belakang-belakang. Nauzubillah lah kan. Hanya Allah yang tahu. Tapi kita bukan nak cakap pasal orang yang begitu. Kita nak cakap pasal pandangan sesetengah masyarakat tentang alim sahaja.

Tapi kalau yang berpandangan begitu orang yang non-Muslim takpe lagi. Yang sedihnya kalau Muslim. Tambahan, adakalanya orang yang begini, bila orang nak buat perubahan dengan membawa Islam sebagai teras pun mereka macam tak setuju. Tu yang pelik nye tu. Kata Muslim. Bila menang nombor nanti pandai pulak cakap "Alhamdulillah, dah rezeki". hehehe... (tergelak bile terdengar orang cakap gitu...)

Apa-apa pun, bagi wan orang yang alim ni kira orang yang faham agama dengan mendalam, dengan belajar jauh-jauh sampai Mesir, praktik kan apa yang di ajar. Yang fardhu dia lakukan apatah lagi yang sunat. Tu baru betul-betul orang alim.

Kan kita sebagai muslim ada Rukun Islam, salah satunya kan sembahyang Fardhu 5 waktu. Jadi as Muslim, kita wajib lah sembahyang Fardhu. Benda tu jadi benda biasa la sepatutnya sebagai Muslim. Bukan biasa tinggalkan, tapi biasa dilakukan dengan tekun. Nama pun wajibkan. Ini tak, orang baru sembahyang Fardhu pun dah cakap alim. Senangnya lah nak dapat gelaran alim kalau gitu.


Jadi as Muslim fikir-fikirkan lah,
cukupkah amalan wajib kita sebagai Muslim yang pasti kita kena lakukan?
adakah semua amalan kita diterima jika kita tak melakukan yang wajib?
cukupkah amalan kita untuk menebus semula dosa kita yang lalu?

Inikan pula dosa yang baru... :'(

p/s: Ini bukan politik... hahaha...

Menarik hari ini:
Tahu tak ape tu Tweeps?
Simcard Ironman? Biar betul...
Kite nak Galaxy S4.. Boleh tak?
credit: Google Images

Teruskan yang wajib, amalkan yang sunat.

:: Temuduga ::


Assalamualaikum w.b.t


kali ni nak cakap pasal temuduga...

Kawan punye pasal la ni tersampuk sama dalam kes temuduga ni. Hahaha.

Anyway to you, thanks for asking me everything even I'm not giving you the best answer.
Even hati ni masih lagi jiwa Ikan Talapia... hahaha... Talapia lah sangat... percaye ke? jangan caye..

Jadi,
tips yang wan boleh bagi untuk yang nak interview tu satu je don't be hyper nervous. Dan jangan bagi nampak sangat nervous tu, nanti penemu duga tanye ape pun tak dengar. Tak dapat concentrate. Tu la yang tak best tu.

Kepada dia yang esaited sangat nak interview tu, rileks la ok.. jangan stress pulak sebab nak interview. Nanti tumbuh uban. tak takut ke? hahahaha... My prayer always with you.

Tu je la kot, sebab wan pun tak banyak sangat pengalaman dalam temuduga ni. Yang wan tahu temuduga wan selalu nye simple je. Takde lah lebih-lebih sangat sampai terkucil-kucil. hahaha...

Menarik Hari ini:

Sapa yang belum daftar Churp Churp? --> TEKAN SINI

Adakalanya benda senang pun boleh jadi susah kalau tak tahu cara nak menyelesaikannya.

:: WW23 - Buang Anak ::



|
|
|
|
|
|
V


|
|
|
|
|
|
V







 

Komen anda? tindakan kita?

*All images credit to Google Images*

:: Gaduh.. Gaduh.. Gaduh.. ::


Assalamualaikum w.b.t

*Gambar Hiasan*

Mesti ramai dah tau pasal video budak SMK Tun Hussien Onn hari tu kan... Kes tu pun wan tak tahu motifnye... Kali ni di tambah lagi kat Miri pulak.. Kat Sekolah Teknik. Tak habis dengan kes yang lepas, ade kes yang baru lagi... Diharap pihak-pihak berkuasa dapat mencari jalan untuk menyelesaikan semua ini..

*Gambar Hiasan*

*credit to Youtube*

APE NAK JADI DENGAN KORANG NI!!!!

p/s: Ini baru sikit je yang terakam sampai di upload kat media internet. Belum lagi yang tak terakam. Banyak lagi rasenye.

Perasaan pelik melanda diri bila semua ini berlaku.

:: KLMJ ::


Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga hari kebelakangan ni asyik dengar lagu ni je...

:: Sleeq ft Aaron Aziz - Salam Semua ::

Tengah-tengah dengar tu, KLMJ lah pulak. Terkenang waktu masa-masa lalu dalam hidup ini. Terkenang waktu ber'cinta' dulu. Waktu berjauhan dengan keluarga dulu. Satu je yang belum, merindui seseorang yang teristimewa dalam diri ini iaitu isteri dan anak-anak.. hehehe... haaa... takde lain lah wan tu, nak layan jiwang karat lagi la tu... hahaha... tak payah lah wan... memang dah berkarat pun... tawakal je lah dengan jodohmu itu.. Kalau ada, adalah... Kalau tiada, berserah je lah... Dia Maha Mengetahui kan... hehehe... ok, melalut jauh sudah...

Sebenar nye nak cakap pasal singkatan "KLMJ" tu... Dulu ramai kawan-kawan dalam FB tulis singkatan gitu... terus terfikir, ape pulak tu... nak tanya orang yang tulis, bukannye nak cakap... Jadi, memandangkan sekarang ni zaman IT, jadi En.G lah jadi mangsa pelakon di kaunter pertanyaan... Cari punya cari, belek punye belek, rupa-rupanya KLMJ tu "Kenangan Lalu Menggamit Jiwa"... Laaaa, ingatkan maksud singkatan tu bende yang negatif. Positif rupenye... hahaha...
 
"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Menarik hari ini..
Menang bersama Kedai Popular
Jom makan... aiskrim.. belanje...
Bidang Astronomi? Mesti best kan...

Just hoping you are alright over there. Never regret whatever happen to us. There must be some "hikmah" behind all that.

Giveaway Lestari April



Host GA : Kasih Lestari Abadi

Tarikh Tutup : 22 April 2013

*Tekan Banner untuk join*

Small Giveaway #3 by Ninaa


Assalamualaikum w.b.t


... KECIL sahaja ...

hehehe...

Host : Ninaa Zaini

Tarikh tutup : 14 April 2013

Jom JOIN ----> SINI

:: Baldu Biru ::


Assalamualaikum w.b.t

Tempoh hari wan ada terbeli satu tudung bawal. Biase lah kan, kalau laki yang beli memang main tunjuk je lah. Dan kesan nye sampai sekarang wan tak pasti warne tudung bawal yang wan beli tu. hahahahaha... yang pasti warna dia lebih kurang macam yang atas tu... Teal ke Turquoise? hehehe...

Sebelum tu, mesti ade yang tertanya-tanya kenapa lak wan ni buang tebiat nak beli tudung ni? hahaha.. Sebenarnya wan nak bagi kat kawan wan mase kami sama-sama praktikal dulu. Jadi, dah nama janji kan kena gak tunaikan. Selain itu tujuan lainnye nak beri sokongan dekat kawan karib wan(yang jual tudung bawal tu) supaya dia terus berusaha dalam bidang perniagaan.. hahaha.. Lagipun tempat tinggal dia dekat je dengan wan dan harga tudungnya pun murah... (Kalau jauh tadi, jenuh gak wan nak kirim-kirim duit pulak kan.. Dah alang-alang dekat ni, apalagi grab the opportunity lah.)

Lepas ni plan nak beli lagi. Sebab tudung tu tak memenuhi permintaan sebenar. Ingat nak beli macam warna kat bawah ni. Tapi, dah ade yang book. Tak boleh buat ape lah. Redha je la... hehehe... (Tunggu ada duit lebih sikit nanti beli lagi)


In future, plan nak beli yang pelangi macam yang bawah ni...
mungkin beli dari butikpinkku...(nampak macam lebih banyak pilihan)
boleh bagi kat isteri (kalau jodoh dah ditentukan)...
InsyaAllah...


All images credit to butikpinkku

Lain dirancang lain dibuat. Semuanya Allah dah tentukan. Alhamdulillah.

Mini - Mini Giveaway By NabilaMedan


Assalamualaikum w.b.t

Jom join GA ni...

*Tekan Banner untuk join

Tarik tutup : Seperti yang tertera di banner

nak mintak tekan ni dengan ni boleh... hehehe... terima kasih...

:: WW22 - Anak Kak Eton ::




kabur...

Takleh dok diam...

ais dalam peti dia cakap salji...

hahaha...

Credit untuk Kak Eton

:: oohhh Ayang ::


Assalamualaikum w.b.t

*Gambar Hiasan*
Image credit to Google Images

Ayang?

sape tu?

makwe eyh?

hahahahhahahaha...

^_^

(senyum saja)

Sebenarnye nak cerita pasal seorang budak kecil kat tempat kerja wan. Nama timangan dia 'Yang'. Dah orang panggil dia gitu kan. Wan pun panggil macam tu jugak lah. hahaha. Nama betul dia ada kaitan dengan Dayang kot. siapa tahu kan. Wan tak tanye pun nama penuh budak tu. Yang best pasal budak ni dia jenis yang aktif. Bak kata orang 'peramah'. Jadi, tiap kali dia pergi dekat dengan Wan, dia mesti main cubit. Cubit sikit takpe gak. Ni cubit berpuluh kali. Tadi dah cubit, jap lagi cubit lagi. Macam ade je bende dia tak puas hati.

"Kalau orang yang jenis panas baran ni, habis dah budak ni dikerjakan." kata wan dalam hati. Jadi di sebabkan wan ni dah biasa dengan adik-beradik wan, wan jadi jenis tak kisah tau dengan ape yang dia buat. Kalau dia nak cubit, biaq pi la dia nak cubit. Yang penting dia puas main. Biasa lah kat tempat kerja wan tu mana ada budak-budak seumur dengan si Ayang ni. Jadi takde la teman untuk dia bermain. Sebab tu lah wan tak kisah. hehehe.

Dalam satu-satu tindakan budak tu, adakalanya wan rasa tak puas hati pun ade jugak. Masalahnye baru kenal kot, dah main sekeh-sekeh kepala. Mane tak sakit hati. Tapi, ape boleh buat. Karang dipukul budak tu, fikir budak tu anak orang. Karang takut dia tak dan nak main. Jadi biarkan aje. Janji dia happy. Padahal sebenarnye wan juga yang salah. Dah wan suke sangat usik-usik dia. siapa suruh. tahan kan aje lah.

Ade jugak terdetik dalam hati wan, "Kalau lah orang tua budak ni nampak ape budak ni buat kat aku, agak-agak mesti dia dah kene marah.". Kalau wan, wan tak sampai hati nak marah. Tulah masalahnye. Adoi...

*nanti kalau wan berkesempatan wan ambik gambar dengan budak tu... hehe... comey je budaknye..

p/s kepada budak freehair pergi kantin:
Latihlah diri awak untuk memakai tudung kemana sahaja awak pergi ok. Tanam azam, latih diri, keluar je dari pintu rumah walaupun nak jemur kain, kene tutup aurat. Pakai tudung. Tak perlu gopoh gapah, slow-slow. Mula-mula tutup tang rambut guna towel ke. Kalau dah biase nanti, tutup guna tudung pulak. Sediakan satu tudung khas untuk time keluar jemur kain ke. Sangkut tang dinding sebelah pintu. Jadi, senanglah sikit nak tarik. Tak gitu? hehehe...
"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Thanks for accepting my present.

:: Teh Tarik Dangdut ::


Assalamualaikum w.b.t


Hatiku,

Kini,

Semakin lama,

Semakin
bergoncang
seperti susu
di dalam hidangan
Teh Tarik Dangdut...

Jika di gerakkan badannya,

hanya susunya bergerak-gerak,

tidak bercampur, tidak berselerak..

seperti sedang menarikan tarian dangdut...

ok,
Sebenarnya, wan baru belajar cara nak buat air macam kat atas tu. hehehe. Macam buat teh tarik. Yang tak tahan tu, teh tarik yang original tu lah yang paling lama wan belajar. Nama pun belajar sendirikan. Takde guru. Gurunya hanyalah observing. Tengok orang lain buat. Lepas tu tiru je. Banyak kali gak lah cuba. Bak kata orang "jangan cepat mengalah". Jadi, dengan semangat yang ade teruskan jugak dan dengan izin-Nya dapatlah macam yang atas. Dengan detail lagi tu... Barulah puas hati. hehehe...

Alhamdulillah...

"Keep Smiling"
^_^

Usaha Tanda Kejayaan

:: Si Purple itu Chubby ::


Assalamualaikum w.b.t

*sapa tahu sapa dia ni? nak tahu gak sapa...
seriusly nak tau 'siapakah gerangan tuan puteri' ini... hehehe...
(nak creditkan gambar tu je sebenarnye...)

Ingat cuti nak pergi Hungary,
Si Purple itu sunggah Chubby.

Anak gajah sebesar keldai,
Diberi susu oleh ibunya,
Menjejak sahaja kaki di kedai,
Terus ternampak muka si dia.

Gula dimasak dibuat pekat,
Untuk air segelas sehidang,
Bila tertunai apa dihajat,
Baru sebentar terus menghilang.

Sungguh cantik si kelip itu,
Malam menyala di pohon bakau,
Dengupan laju kaki terpaku,
Jauh disana hati terpukau.

Pergi ke laut membawa bekalan,
Untuk dimakan ketika sepi,
Semua ini sebuah hayalan,
Mainan hati hanyalah mimpi.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Keliru dengan hati yang berduka ini

:: Sanah Helwah Shera ::


Sanah Helwah Shera

credit to google images

Cari barang tertarik langsir,
Terjumpa pula pengetip kuku,
Ingin ucapkan Selamat Hari Lahir,
Kepada Shera teman bloggerku.

hehe.. hentam saja...

Wan doakan Shera semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Jangan lupa jemput wan kalau dah nak buat nasik minyak karang. hahahaha...

ok,
kepada yang nak terjah blog dia, boleh gi SINI eyh..
tak pun, tekan je banner bawah ni... hehe...

p/s: dia ni peramah orangnye... hehehe...

kita bertemu hanya sebentar di alam maya ini,
namun kita seperti sahabat yang sudah lama mengenali,
terima kasih kerana sudi,
menjadi sahabat kepada patik yang serba kekurangan ini.

"Keep Smiling"
^_^

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang berlaku pada diri kita.

Surat dari ladang...


Assalamualaikum w.b.t

credit to: Google Images

Di pagi yang hening ini,
daku terkenangkan dikau yang jauh dimata,
tetapi tetap dekat dihatiku yang lemah ini,

tanpa dirimu,
hariku terasa hilang serinya,
walaupun unggas tetap berbunyi seperti sediakala,
ayam berkokok mengikut masa,

namun,
dirimu jua yang tertambat dihatiku.


yang mengingatimu,
sesiapasahaja

SAYA NAK T-SHIRT BLOG!! AWAK NAK??



Jom join contest ni pulak... hehehe...

Tekan banner kat atas tu untuk join ye..

Syarat untuk contest ni sangat simple. cube tengok sini.

kan-kan... simple je..

ok, sebelum meneruskan entri ini, wan nak mintak kebenaran daripada pihak Salju Creative untuk menukar sedikit penampilan banner kat atas tu bagi header bar dalam blog wan. contoh macam dibawah ni...


untuk yang header bar je... boleh tak?

terima kasih..
^_^

Design baju yang di pilih:
No.1, size 'M'

Slogan:
Saya suka Salju Creative kerana Salju Creative menyediakan khidmat yang terbaik sejajar dengan konsep mereka U design We print. Dari kad kahwin sampai lah baju mereka boleh tolong cetakkan bersama-sama dengan design yang kita nak lagi tu.

Tarikh Tutup:
31 Mac 2013

Contest ini telah dianjurkan oleh Salju Creative

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


GA datang lagi... hahaha...


Dalam entri sebelum ni ada seorang sahabat komen dan cakap dia ada tag wan dalam satu GA. Terus usha entri tu. Best pulak bace entri dia, teruja pulak nak join. Terima kasih Zai. hehehe...

Jom join ramai-ramai GA ni. Tekan banner atas tu untuk join ye.

Jadi wan nak tag:
Dia, dia dan dia.

Antara penaja-penaja GA ni ialah :

punye banyak penaja, 30 penaja tu.

Apa lagi, jom join...

Tarikh Tutup:
31 Mac 2013

GA ini di anjurkan oleh Mak Dara bersama-sama penaja-penaja yang sempoi.

Jangan pentingkan diri sendiri!!!


Assalamualaikum w.b.t

*tekan gambar untuk lebih jelas

ok... yang kat atas tu komen dari anoym untuk post yang sebelum ni...

Kepada anoym yang tertera tu, sebelum wan tembak tak kene, Wan nak ucapkan terima kasih sebab terjah blog wan yang tak seberapa ni. Wan memang banyak salah. Jadi, tanpa orang macam anda saya tak tau nak perbaiki belah mana pasal diri saya dan blog saya ni. hehe... Terima Kasih banyak-banyak...

Untuk yang pertama kalinya, Wan tau dah apa beza semua tu... semua orang pun tau semua perbezaannya... n one more thing, ade ke wan sebut name siapa-siapa dalam post sebelum ni? ke wan ade sebut? and ade ke wan doakan supaya berlakunye kecelakaan pada siapa-siapa? boleh tolong jawab tak? dan wan nak cakap, wan memang dah cukup kecewa... tak perlulah nak cakap "itu mngkin akn mnykiti dr org lain n awk sndiri"... sebab wan memang dah sakit hati pun... hahaha...

Akhir sekali, macam wan cakap kan tadi, wan ade tak sebut name siapa-siapa tak dalam entri tersebut. Rasenya takde. Kalo ade tu memang masalah teknikel lah tu. Sebab wan menulis cerita itu hanya berdasarkan pengalaman. Selalunye penulis menulis sesuatu, semuanya berdasarkan pengalaman mereka. Jadi anggap je lah Wan ni hanyalah penulis yang nak mengembangkan penulisannye. Sebabnye pada asal penulisan cerita tu, Wan sebenarnya nak tengok komen orang tentang cerita yang wan tulis tu. Mana tahu suatu hari nanti Wan boleh jadi seorang penulis novel pulak ke. Siapa tahukan. Itu je. Tapi kalau dah ade yang komen pasal pentingkan diri sendiri pulak, wan tak tau dah nak cakap ape. Anoym, kite kenal ke? macam kenal je... hahaha... takpe-takpe... semua itu hanya cerita... jangan ambil serius ok... tulah Wan saje buat something 'Suspend' in the end of the story... saje je nak tengok respon...

Anyway, saya suka komen awak itu, posotive komen. tak macam anoym yang sebelum ni. Main 'tembak' je. puiiihhhhhh!!!!

P/s: ko just bak menak serita oi, mbey wang niet pun... kah idu pun mo bak kecik ati, meylah ko tao agik... buyak neng niet ko bak menak serita mak pun... apah tao, taolah... apah meytao, nak sigah... du mk... semuah dun bak nyadin pengalaman ko mak sebagai penulis blog... Adoi...

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

When you reading something, just assume all the writer as strangers. It will make you more wiser.

:: Arowana Teristimewa ::


Assalamualaikum w.b.t


::: Arowana :::

Suatu ketika dahulu, aku pernah terpancing seekor Arowana kerana terpegun dengan gayanya. Ketika itu Arowana itu bersama-sama kawannya ke majlis kenduri yang keluargaku ada kan. Kira macam campak roti dalam kolam kan, mesti banyak je rupe ikan makan. Hehe.. Tapi dalam banyak-banyak ikan yang tengah makan tu, aku terpegun melihat gelagat seekor Arowana ni. Tapi sebenarnya aku secara tak sengaja terambil gambar dia mase dia tengah makan. Maafkan hamba Puteri Arowana.. hehe..

Lama kelamaan, hatiku terbuka untuk memancing Arowana itu. Hanya kerana melihat telatahnya, aku terpikat. Lalu aku mencuba umpanku. Aku hulurkan betul-betul dihadapannya. Tanpa ku sedari, tiba-tiba ada seekor Talapia Merah sangat lapar menyerbu umpan yang ku berikan padanya. Lalu ku tarikkan kailku hingga aku dapat mendaratkan Talapia Merah itu. Selepas mencabut kailku dari mulut si Talapia, lalu aku lemparkan semula kailku kedalam air. Pada dasarnya didalam hatiku masih menginginkan Arowana yang sangat menawan itu. Setelah lama ku menunggu, akhirnya aku dapat menambat hati si Arowana itu. Ketika itu, aku merasakan suatu kesedihan di dalam hatinya. Tercubit di hatiku ingin mengubati kesedihan si Arowana itu supaya dia tidak akan pernah sedih lagi setelah "ditinggalkan" oleh Si Putera Utara. Cebis hatiku.

Oleh kerana terfikirkan aku telah ada seekor Talapia Merah yang juga menawan, aku lepaskan semula Arowana itu ke habitatnya. Semuanya hanya kerana aku mengikut hatiku yang mengatakan "jangan kau curang kepada Talapia yang merah itu" padahal baru sebentar tadi aku mengenali si Talapia itu. Dengan hati yang berat dan kaki yang seperti di ikat ke pokok yang berhampiran dengan habitat si Arowana, aku meninggalkan Arowana itu untuk dipancing oleh orang lain.

"Tidak mengapalah sang pengail, aku juga takut jika kita meneruskan perhubungan kita ini, mungkin kita tidak akan sama hatinya dan sering bergaduh" kata Arowana itu.

Hingga disitulah berakhirnya hubungan ku dengan si Arowana itu. Namun aku sering menjengah habitat si Arowana itu hanya untuk mengetahui khabarnya. Adakalanya aku tahu khabarnya. Dan ada waktunya aku seperti lost contact dengannya. Timbul tenggelamnya dia dalam perjalanan hidup ku seperti coklat di dalam chipsmore.

Pada akhirnya, aku terpaksa lepaskan si Talapia Merah kembali ke habitat asalnya kerana dia sering menangis jika bersamaku. Aku seperti tidak melayannya semenjak kebelakangan aku menjaganya. Tidak aku ketahui apa sebenarnya yang bergelora di dalam hati ini hinggakan si Talapia itu ku abaikan. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya dia ku lepas dengan hati yang sangat duka. Dan kini, aku diberitahu Talapia Merah itu sudah memiliki pengganti yang baru. Aku berharap dikau gembira disana bersama penjaga yang baru.

Kini, aku sudah berpindah ketempat yang lebih dekat dengan habitat Arowana itu. setiap kali aku rindukan si Arowana, aku akan melihatnya di rumahnya, habitatnya. Walaupun aku tahu dia tidak mungkin berada di hadapan rumahnya, permukaan air. Wahai si Arowana, maafkan aku kerana aku terpaksa menyatakan ini. Aku sangat merinduimu dan Aku cinta padamu. Namun, pemilik habitatmu, Encik Fa Ce Book, menyatakan padaku engkau sudah ada pemiliknya. Kecewanya hatiku. Adakalanya aku teringin untuk mencurimu dari pemilikmu itu. NAMUN....


P/s Sesiapa sahaja yang memahami kisah ini secara detail:
Awak-2, awak tahukan kisah kita bermula di mana... Kini dan selamanya... Keep Smiling and Shouting... Walaupun rupe awak macam garang, tapi saya suka pemikiran awak.. Sebab tulah awak sangat berharga macam ikan kat atas tu... hahaha...

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Loving someone is forever. Maybe we never be match in these world. Yet, I'm hoping we will be met in our future.

Amboi... Bukan main lagi ye... ^_^


Assalamualaikum w.b.t

*tekan gambar untuk lebih jelas

Ape yang amboi?

gelagat budak kecik tu la yang amboi...

hehehe...

tukang ambik gambar tu adik wan,
Ummu Aiman
*dia la kot, tukang gambar kat rumah kami ni banyak sangat.. haha..

yang kene ambik gambar pulak...
jeng
jeng
jenggggg...

anak buah le...

cuma, wan ni kan suka gubah-gubah gambar..

gabung sini, gabung sana..

jadilah macam kat atas tu...

takde kerje kate orang kalo gitu dah tabiatnye..
hahaha...

#Annaunce
Tahniah kepada pemenang-pemenang

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

dan

"Vote & Win Lucky Draw~!!"
by that panda hijau aka Greennn panda... hahaha...
 (macam join je kan... takde lah, tak sempat pun nak join lucky draw... ingat nak join, tengok-tengok dalam puas berjalan sana sini baru teringat ade que-up lucky draw ni dalam draft.. Adoi, macam mana boleh lupa..)

"Keep Smiling"
^_^

-The End-

That girl so beautiful and lovely, I'm falling again for her but she never want it again. Have a nice day.

Kisah kami di Pantai Kuala Matu


Assalamualaikum w.b.t


Entri ni sebenarnya kesinambungan dari entri sebelum ni. Cube tekan anak panah belah kiri kat bawah tu kalau nak tengok. Tak pun tekan je SINI senang sikitkan. hehe. Sebenarnya wan pernah cerita serba sedikit tentang kawan-kawan rapat wan tu mase sekolah menengah dulu. Macam mana Wan boleh kenal dengan diorang. Nanti wan carikan balik entri yang mana satu. Tak ingat dah. hehe. Ok, jumpe dah. Kat entri yang NI. Sebenarnye kan, pantai ni dah macam nostalgia bagi kami. Tiap kali kami berkumpul, mesti pergi pantai ni. Kalau dulu mase masih bersama ketika muda skema kat sekolah menengah, pantang ada waktu terluang sikit, mesti pergi sini. Kalau dulu kat sini ada 'Tibau' (entah betul ke idok namenye tu), sekarang dah takde. Kalau nak tahu macam mana rupa benda tu, cuba tengok SINI.

Sadly, yang makin teruk tu pantai ni makin kotor. Dengan lampin pakai buang nye, selipar, botol-botol, TV 17 inci, kayu kayan yang tah dari mane datangnye, dan banyak lagilah. Yet still many people going there. Especially 'COUPLE'. Tapi dalam jangka masa panjang, wan harap ada agensi-agensi yang boleh mengurus benda-benda macam ni. Hopefully lah kan. ok lah tu saje... hehe...

P/s to that person (hopefully that person didn't read this entry.. hehehe...) :
I guest you better dressing with a plain color esp. Blue, Red, Purple. Seriously menampakkan keayuan anda. Kesederhanaan dalam diri anda. dan tak payah nak tutup-tutup muka tu guna duit macam pakai purdah. Adoi. Takut satgi ada pulak yang misunderstanding karang. hahaha... Anyway, I'm happy knowing you in the other perspective. Thank you for that.


"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Loving someone without hoping anything from the other side.

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool


(Tekan Banner untuk Join)
  
*Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com*

 Nak tag:
Puteri Ais, Cik Nuha, Eza Boom Boom, Ordinary Life dan Sufi
*lebih lagi bagus kate nye kan...

Tarikh Tutup:
Yang tertera dalam banner... haha...

"Keep Smiling"
^_^

GA ini dianjurkan oleh CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com