:: Pesta Kaul - Pengalamanku ::


Assalamualaikum wbt...


Okay, bersambung semula dengan cerita pesta kaul. hehe.

Dalam episod lepas wan cakap nak pergi 23 haribulan kan. Tapi, tak jadi. Entah lah kenapa. Penyakit M datang kot. Lagipun kalau yang dalam perancangan sendiri, wan memang banyak buat perubahan last minute. Dari dulu dah macam tu. Tapi kalau wan jadi haritu, mungkin wan dah macam jalan-jalan dengan si tuan puteri. Sebab dia pergi Mukah dengan mak dia pada hari tersebut. hehehe. Dah kira sekali lah kan walaupun rumah lain-lain, kenderaan lain-lain tapi hala tuju yang sama. hehe. Banyak songeh lah wan ni. hehe. Tu pun kalau jadi tapi hari tu tak jadi.

Nak di jadi kan cerita, beberapa minggu sebelum pesta kaul, kawan karib wan, si Victor, tanya kat wan, wan pergi ke tak pesta kaul tu. Wan cakap lah 23 haribulan wan pergi. Lepas tu dia cakap, nanti dia nak pergi jugak tapi 25 haribulan baru dia pergi Mukah. Sebab hotel kat Mukah ada kekosongan pada 25 haribulan. Jadi, 26 haribulan barulah wan buat plan baru nak pergi pesta kaul tu. Dah nama pun wan ni baru first time jejak tapak kaul, jangan-jangan sesat satgi bila nak cari jalan nak pergi tapak kaul.

Pada 26 haribulan tu, wan gerak pagi dalam pukul 7. Takut jalan jem katakan. *kononnye la padahal jalan pergi Mukah tu mana ada jem.* Selepas dua jam memandu motorsikal, akhirnya sampai juga wan ke bandar Mukah. Tu pun dah nak sampai pun masih ikut belakang orang. hahaha. Selamat ada seorang pakcik tu nak pergi bandar Mukah jugak. Terima kasih pakcik. Alhamdulillah, sampai jugak wan ke bandar Mukah yang telah lama wan tak jejak selama bertahun-tahun lamanya. Rindu rasanya mengingati masa last sekali jejak ke bandar Mukah bersama abang dan Abi tercinta. Rindu dengan Abi.

Okay, kisah silam. KLMJ sekejap.

Jadi sesampai je kat bandar Mukah, wan pusing sikit booth yang ada kat pasar lama. Ada la sikit barang yang di beli. Air je pun. hehehe. Dahaga kot, panas terik ooo. Lepas tu telefon victor, cari tempat untuk buat pertemuan sebentar. Fikir punya fikir, wan nekad nak cari tapak Kaul. Okay tahu-tahu je la kan kalau orang first time datang ke tempat orang lepas tu tak tahu jalan buat ape kan. Habis satu bandar pusing nak cari jalan. Nak tanya orang punyalah malu. Mana tak 'malu bertanya sesat jalan'. Rupa-rupanya, jalannya situ-situ je kot. Just banyak cabang je. Kiranya kita boleh pergi ke tapak kaul tu guna banyak jalan. *padahal ada signboard tu pun tak nampak gak* First time katakan. *First time la sangat* Kat tapak Kaul, wan pusing-pusing sikit supaya hafal sikit kawasan tapak kaul tu macam mana. Bila dah adopted, terus beritahu kat victor wan ada kat tapak kaul.

Jadi, berjumpalah dua orang sahabat lama yang sudah cukup lama berpisah. Victor ni pernah jadi roomate, studymate, bahkan classmate wan masa masih belajar kat UiTM dulu. Kira wan dengan victor ni kawan rapat lah. Cerita itu ini itu ini. Tak lama lepas tu, wan terus balik. Entah kenapa wan nak balik awal sangat masa tu. Mungkin hari tu wan rasa pening kot, rasa tak sedap badan. Wan terus balik.






Dan begitulah tamatnya kisah pesta kaul yang wan pergi. Sekejap je, malas nak lama-lama sangat.

**********
Wan terfikir mungkin masa tu wan dah ada isteri, wan akan bawa isteri wan sekali. Mungkin kah Si Puteri Salju itu isteri wan. hehehe. mana tahu jodoh wan kan. hehe. Allah Maha Mengetahui. Wan akan bawa dia jalan-jalan tak kira la dia dah muak dengan bandar tu ke tak, wan nak bawa juga. Tapi apakan daya, situasi sekarang ni berlainan dari apa yang di impikan. hehe. Semoga dia di kuatkan dari segala dugaan yang di hadapi sekarang. Wan tahu wan bukanlah orang yang terbaik untuk dia. Tapi wan akan sentiasa disisi dia jika dia ada sesuatu yang ingin di sampaikan dan dikongsikan. Wan tak nak dia rasa terpinggir memikirkan apa yang akan berlaku dengan masa depan dia. Wan nak jadi seseorang yang dapat membantu dia sebaik mungkin. Supaya nanti, bila wan dah di tarik nyawa wan tahu wan masih ada seseorang yang sentiasa menjadi idaman hati wan semasa masih hidup. Walaupun dia menganggap wan hanyalah kawan biasa.
**********

"Keep Smiling"
^_^

#LovingForLoving #PS #NeverGiveUpOk

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

:: Pesta Kaul Perayaan Masyarakat Melanau ::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to Google Images.

Tak lama lagi pesta kaul. heeehu.
Macam lah wan nak pergi menyambut pesta kaul ni kan. hehehe.

Sepanjang umur wan, wan belum pernah tengok lagi kawasan pesta kaul ni. Tengok macam mana rupa orang yang menyambut pesta ni pun tak pernah. Apatah lagi kalau nak menceritakan pengalaman ketika pesta kaul berlangsung. Memang takda langsung kot. Walaupun pesta ni sebenarnya diraikan oleh masyarakat Melanau, bak kata info ni, wan yang juga tergolong dalam masyarakat tu pun tak pernah nak ambik port pun benda macam tu. Adoi. Teruknya wan ni kan. hehe.

Sebenarnya, arwah bapak wan tak pernah bawa kami sekeluarga ke pesta-pesta macam tu. Bagus gak sebenarnya, tak lah anak-anak dia lalai dengan benda-benda gitu. Lebih banyak benda lain nak buat kan. Lagi bagus kuatkan ilmu agama di dada. kan kan. Bagi wan sekarang wan just nak ambik tahu je benda gitu memang ada kat kawasan wan ni. Jadi nanti kalau orang tanya wan pasal pesta kaul, takda lah wan ternganga tak tahu nak jawab. ye dok cik Puteri Salju? (si puteri salju tu suka sangat guna bahasa utagha dalam penulisan dia.. hehe..)

Lagipun, wan tak minat benda pesta-pesta ni. Lagi-lagi kalau yang ada konsert. Lagi jenuh rasanya nak tengok. Macam tak best je. Macam boring je. Kadang-kadang tu wan terjejak gak kaki ke tempat konsert tu. Tapi, tak sampai 1 minit terus blah. haha. Kalau semua orang buat macam wan, sedih penganjur. Dah buat macam tempat persinggah je. haha.

Untuk pesta kaul yang akan datang ni nanti, wan macam teringin nak pergi. Bukan semata-mata nak pergi pesta kaul, tapi nak tengok bandar Mukah je. hehe. Lama dah tak jenguk bandar Mukah. Dulu, pernah sekali tu je pergi Mukah. Tu pun sebab ada benda nak buat. Kalau untuk suka-suka tu, memang tak ke sana lah jawab nya.

Jom ramai-ramai singgah sebentar di bandar Mukah. hehe. (Promote.. Promote..)

Kalau nak tahu lebih lagi tentang pesta kaul boleh lah tengok kat SINI eyh.

"Keep Smiling"
^_^

:: Banyak goyang kaki, kawan? ::


Assalamualaikum wbt.

*Credit Image to Google Images.*

Rileks je katak tu duduk atas batu. hehehe.
Sayangnya dia tak sepet je. Kalau sepet, boleh gak dia jadi Putera Katak Sepet. hehe.

Sejak dua tiga hari ni kat tempat kerja, wan lebih banyak rehat dari buat kerja. Tak kira lah dari buat waffle ataupun jadi promoter untuk barangan kesihatan. Mungkin sebab dua tiga hari ni orang kat kampung jarang lepak kat open air kot. Mungkin lebih selesa duduk di rumah bersama keluarga tercinta. hehe.

Nak di jadikan cerita, dalam bosan tak tau nak buat ape, wan ambik si xpria play dan belek-belek contact yang ada. Tiba-tiba terlintas kat kepala si Puteri Salju(Padahal sepanjang hari kot nak text tapi takut dia ada komitmen lain.. study ke ape ke kan..). Jadi apa lagi, cari contact yang tertera nama Puteri Salju. jadi text la wan dengan dia bermulakan Assalamualaikum wbt. Setelah menunggu agak tak lama, hehe, dia balas. Dari situ bermulalah operasi balas membalas menggunakan M16. Tapi peluru M16 yang dia guna agak slow, jem kot dek kerana mood bos dia, incik celcom tak berapa nak baik. Nak tak nak, tunggu jela. hehe.

Walau mana slow pun, yang penting wan dapat tahu yang hari ini (sebab dia text dengan wan kelmarin hari Isnin) dia ada hari yang sangat bermakna sebagai pelajar. Sebagai seorang mantan pelajar, wan dapat rasa macam mana rasa kalau hari-hari macam tu dah dekat. Kalau waktu study week tak struggle, memang susah nak jawab dengan baik. Dibuatnya kalau paper yang dekat-dekat, pecah kepala memikirnya. hehe.

"Awak, good luck. Semoga awak dipermudahkan menjawab soalan tu ye. Susah ke senang ke, jawab je."

Kawan wan tanya,

"Kenapa salju?"

"Sebab dia penyejuk bagi hati yang tengah bergolak lah. Ada sekali hari tu hati tengah bercelaru. Rileks je dia sound balik. Begitu begini begitu begini. hehehe. Adakalanya api sama api akan reda juga akhirnya. Terima kasih awak."

"Keep Smiling"
^_^

Jawapan salju tu sebenarnya variety, banyak lagi sebab lain. hehe.

:: Kejujuran tanpa sempadan ::


Assalamualaikum wbt.

Image credit to wikiHow

Wan pernah tertanya pada diri sendiri apa yang akan terjadi kalau semua benda dalam hidup kita, kita tak pernah tipu. Kita jujur sepanjang masa. Kira apa sahaja yang keluar dari mulut kita bukan lah kata dusta.


APA YANG AKAN JADI EYH???


Kita fikir lah sendiri ye. Bukan nak cakap kita kena tipu orang. Tapi cuba bayangkan kalau orang tanya benda yang berkaitan dengan rahsia yang kita memang tak nak bagitau orang lain. Kalau secara jujur, kononnya lah kan, terus kita bagitau je rahsia kita begitu begini begitu begini tanpa rasa segan silu. Dah tu mana pergi rahsia kita? kalau rahsia kita tu berkaitan aib kita? nak cakap jugak ke? Dah tu kalau tipu begitu begini begitu begini dah rasa macam tak selesa pulak sebab tipu orang. Kononnya tadi nak jujur sepenuh masa. Akhir sekali, takde benda nak simpan. Aib tergadai.

Habis tu kene tipu lah ni? Tak jugak. Kita kena lah cakap elok-elok. Macam tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerakan. Cakaplah kita tak boleh nak kongsi begitu begini sebab begini begini begini. Rahsia kan, tak kan nak bagitahu orang lain.

Tapi jangan pulak semua benda kita nak tipu. Kita sendirilah yang jangka dan tentukan yang mana kita nak jujur sejujurnya, mana kita nak simpan. Jangan sampai amanah orang pun tergadai sama sudah. Apa kita nak jawab kalau di tarik nyawa nanti. Takut ooo.

Nauzubillah min zalik.

"Keep Smiling"
^_^

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

 Follow blog dan G+:



:: Booth pin-pin. Nak beli ke tak? ::


Assalamualaikum wbt.


Tahun lepas, wan simpan je hasrat nak beli pin tudung. Pin tudung lah kan macam kat gambar atas tu. hehe. Dah macang balun mat jiwang 99 karat lah pulak wan ni kan. hehe. Takde lah. Teringin nak bagi kat adik-adik, emak dan juga si tuan puteri. Saje je nak bagi. Kalau diorang nak tolak ke, nak buang ke, nak bagi orang lain ke lepas tu, wan kisah ape. Yang penting hasrat tercapai. hehe.

Nak di jadi kan cerita, tahun lepas ada satu booth ni jual pin-pin tu semua. Tapi wan tak sempat nak pergi sebab masa wan cukup duit, booth tu dah tutup. Nyesal tak pergi awal. Dua tiga hari lepas, booth tempat jual benda gitu buka lagi. Apa lagi, terus pergi situ. Tapi, sejak dua tiga kali pergi situ hati ni main dialog plak. berdolak dalih sekejap cakap tak payah sekejap cakap beli je. Lastly, tak jadi beli terus balik rumah. Bila dah sampai rumah, cakap beli lah pulak. Ada masa tu nekad giler nak pergi kat booth tu. Tapi bila sampai kat booth, tak jugak. Adoi.

Hari ni tak kira, nak pergi gak. Kena beli jugak.

"Keep Smiling"
^_^

1# SIMPLE GIVEAWAY by AA


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.com/2014/03/1-simple-giveaway-by-aa.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali :) )

TARIKH PENTING : 
MULA : 22/03/2014
TAMAT : 22/04/2014
UMUM PEMENANG : 26/04/2014
Tekan LOVE3:




Tekan Fanpage: