Assalamualaikum wbt.
Image credit to wikiHow
Wan pernah tertanya pada diri sendiri apa yang akan terjadi kalau semua benda dalam hidup kita, kita tak pernah tipu. Kita jujur sepanjang masa. Kira apa sahaja yang keluar dari mulut kita bukan lah kata dusta.
APA YANG AKAN JADI EYH???
Kita fikir lah sendiri ye. Bukan nak cakap kita kena tipu orang. Tapi cuba bayangkan kalau orang tanya benda yang berkaitan dengan rahsia yang kita memang tak nak bagitau orang lain. Kalau secara jujur, kononnya lah kan, terus kita bagitau je rahsia kita begitu begini begitu begini tanpa rasa segan silu. Dah tu mana pergi rahsia kita? kalau rahsia kita tu berkaitan aib kita? nak cakap jugak ke? Dah tu kalau tipu begitu begini begitu begini dah rasa macam tak selesa pulak sebab tipu orang. Kononnya tadi nak jujur sepenuh masa. Akhir sekali, takde benda nak simpan. Aib tergadai.
Habis tu kene tipu lah ni? Tak jugak. Kita kena lah cakap elok-elok. Macam tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerakan. Cakaplah kita tak boleh nak kongsi begitu begini sebab begini begini begini. Rahsia kan, tak kan nak bagitahu orang lain.
Tapi jangan pulak semua benda kita nak tipu. Kita sendirilah yang jangka dan tentukan yang mana kita nak jujur sejujurnya, mana kita nak simpan. Jangan sampai amanah orang pun tergadai sama sudah. Apa kita nak jawab kalau di tarik nyawa nanti. Takut ooo.
Nauzubillah min zalik.
"Keep Smiling"
^_^
0 komen sini:
Post a Comment