Assalamualaikum w.b.t
Entri ini khas untuk Cik eyka
Tempoh hari, dalam bulan Ramadhan pada tahun 2013, daku telah menerima sepucuk surat yang bersampul coklat.
'Surat dari bank ke ni, ataupun surat dari Universiti?' ujar diriku dengan penuh tanda tanya.
Daku terus membuka surat tu. Buka punya buka, ada lagi satu sampul berwarna putih di dalamnya.
'Amboi, ni dah macam cerita Upin Ipin ni yang ada kotak hadiah makin lama makin kecik tu.' bisik hatiku sambil tertawa kecil.
Lalu daku mengoyak cermat sampul putih tersebut, dan ternampaklah sepucuk kad raya yang kelihatannya seperti masih baru. Berfikir ku sejenak dan akhirnya baru daku teringat bahawa Cik Eyka ada memberitahuku keinginannya untuk mengirim kad raya kepadaku. Tanpa segan silu, terus ku belek-belek kad raya itu. Tiba-tiba ternampak seperenggan tulisan di dalamnya.
'Ni mesti nak buat wasiat ni, tak pun cerpen, paling koman pun nasihat lah' ujar diriku.
Daku membaca warkah tersebut. Maka terpancar kegembiraan di wajahku ketika itu.
Abg wan nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberi kad raya kat Abg wan ni.Nak mintak maaf jika tiada balasan dari Abg wan.Selamat Hari Raya Eyka.
Buluh di ambil di buat lemang,
Ketupat di anyam di malam raya,
Ampun dariku jika terlempang,
Juga ucapan Selamat Hari Raya.
"Keep Smiling"
^_^
Sebulan Ramadhan kali ini sungguh bermakna bagi ku.
0 komen sini:
Post a Comment