Assalamualaikum w.b.t
Credit to Google Image
Sedutan dari drama :"Sebentar tadi keluarga sofia telah di timpa musibah. Rumah mereka hampir di pecah masuk ketika mereka sedang solat di masjid." kata Ustad Azam kepada isterinya."Innalillahi.." balas isteri Ustad Azam dengan penuh kepiluan di benak hatinya.Lalu mereka pun terus bersiap-siap untuk menjenguk keluarga yang telah ditimpa musibah itu.
Sedutan perbualan penonton drama :A: Kenapa nak cakap "Innalillah" pulak? bukan nye diorang tu mati pun.. (sambil ketawa kecil)B: ????? (sambil berfikir apa yang nak balas)
Ok, rasanya kebanyakan masyarakat kita akan cakap macam tu kan? dimana ucapan "Innalillah" itu hanya untuk sesuatu yang berkaitan dengan orang yang meninggal dunia sahaja. Ucapan itu jika disebut ketika ada terdengar sesuatu musibah akan jadi sesuatu yang pelik dan aneh untuk masyarakat kita. Padahal ucapan itu memang perlu di sebut ketika terdengar sesuatu musibah. Tak kira lah musibah tu berbentuk macam mana pun. Orang meninggal dunia ke, orang jatuh basikal ke, orang kene rogol ke, orang kene langgar ke, orang kene ragut ke dan macam-macam lagi jenis musibah lah. Yang penting ia suatu musibah.
Adakalanya ia menjadi susah bila ada yang jahil, tapi tetap nak bertegas dengan pendirian dia. Walaupun kita dah terangkan apa sebenarnya yang berlaku. Bila dah macam tu, kita yang dah tahu ni jadi was-was pulak. Sampai tak terkata nak balas ape-ape lagi. Lagi-lagi kalau yang tegas sangat tu lebih tua dari kita. Rasa macam tak sampai hati nak marah-marah.
Walaubagaimanapun, yang penting kita dah usahakan untuk menyebarkan sesuatu yang benar ye. Itu yang penting. Tak kiralah dengan siapa pun kita sebarkan. Orang yang lebih tua ke, yang lebih muda ke, yang penting kita cuba untuk menyampaikan ilmu yang kita ada supaya ilmu itu akan sentiasa kekal di ingatan kita.
Dan banyak lagi lah ucapan-ucapan yang kebanyakan masyarakat kita salahguna apabila berlaku sesuatu. Antaranya ialah seperti yang di terangkan di sesetengah forum dan website di bawah ni.
Tambahan, credit untuk semua link-link di atas tu kerana dari situlah idea untuk entri kali ini terbit.
Itu saja untuk entri kali ini. SELAMAT HARI RAYA.
"Keep Smiling"
^_^
Ingat! kita bukan mencari kesalahan orang, tapi juga ingin mengatur diri kita supaya menjadi lebih baik.
0 komen sini:
Post a Comment