:: Kisahku - Bermulanya Penulisanku ::


Assalamualaikum w.b.t
Warning!! Tread panjangggg...sampai hujung kampung..hehehe...


Setiap penulis blog mesti ada pengalaman pertama sebagai penulis blog kan? di mana ada yang berkongsi suka duka kehidupan, berkongsi pengalaman, nasihat, tunjuk ajar, dan ilmu yang dipelajari supaya bermanfaat untuk orang lain. Tak lupa juga penganjuran contest, Giveaway, dan segmen yang pasti akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama penulis blog.

Dulu ada seorang sahabat wan yang sentiasa mendorong wan untuk menceburkan diri dalam penulisan blog. Sebenarnye dia takde lah suruh wan buat blog tapi dia approach wan dengan meminta wan untuk baca blog dia dan beri komen. Jadi, wan komen lah ape yang patut kat blog dia. Tapi sekarang ni dia dah berhenti dari menjadi seorang penulis. Entahlah kenape. Jarang dah tengok dia menulis kat wall FB dia pasal blog dia. sibuk lah kot. Yang selalunya dia update status FB dia je la. hehehe. Tambahan, wan jadi rapat dengan dia melalui Yahoo Messenger dimana dulunya terkenal dengan YM. Entah macammana wan boleh dapat ID YM dia pun wan tak ingat dah sekarang. Yang wan ingat wan memang selalu YM dengan dia. hehe. Tapi sekarang dah kurang. Lagipun, sekarang ni YM dah tak ramai yang guna. Skype ramai la.

Nak dipendekkan cerita, bermulanya wan sebagai penulis blog bukanlah kerana kawan wan tu sebenarnya. Dia tu hanyalah orang yang memberi semangat untuk terus membaca dan menulis blog. Wan bermula menulis blog dengan niat suka-suka sahaja. Hanya ingin mengisi masa lapang. Masa tu wan masih pening-pening lagi macammana nak buat blog. Tak tahu nak mula dengan apa. Jadi, masa tu wan suka sangat mendownload movie, games dll. Jadi bermula lah blog wan dengan kongsi benda-benda untuk download. Tapi sekarang wan dah tak share benda gitu dah. Malas rasanya. Mungkin sebab Link download cepat mati kot. Jadi entri-entri tu wan dah buang... hehehe... Lepas tu berbulan jugak wan tak tahu nak letak ape lagi dalam blog.

Suatu hari, ada seorang penulis blog telah ajak wan masuk satu segmen. Kids nama penanya. Jadi, daripada blog kosong tanpa coretan huruf lagi bagus wan masuk segmen. Masuk punya masuk alik-alik terus jadi kawan kepada penganjur segmen tu, iaitu kids sendiri. Semakin lama kami semakin dekat. Namun tidak sekarang. Dia sudah semakin sibuk dengan kerjanya. Dia juga sudah semakin kurang menurunkan bakat penulisan cerpen di blognya. Akhirnya, kami lost-contact. Yang wan tahu dia dah bekerja. Alhamdulillah. Terima Kasih Kids untuk pengalaman yang kita hadapi bersama.

Terbang sang helang tinggi di awan,
Sampai bila-bila kita akan kawan.

........ To Be Continue .....

"Keep Smiling"
^_^

Jangan percaya hanya pada satu sumber, dikhuatiri ia adalah sumber yang salah maka rujuklah pada yang lebih arif.

0 komen sini: