:: Kisahku - Bibit-bibit Percintaan ::


Assalamualaikum w.b.t


ok... kali ni nak cerita pasal percintaan pulak. hehe.

Siapa yang tak pernah menghadapi fasa ni, ANGKAT TANGAN!!. hehe. Amboi macam marah je. hehe. Takdelah, macam tak percaya pulak kan kalau ada yang angkat tangan. Kebanyakkan anak muda sekarang mesti ada menghadapi fasa ni. Yang membezakannya hanyalah samaada hanya sekali atau berkali-kali bak kata budak-budak Cinta Monyet. Sat lompat sini, sat lompat sana. hehe.

Sekarang ni senang sangat orang nak cakap ungkapan "I love you" kat seseorang yang mereka cintai. Terutamanya budak-budak yang baru nak berjinak-jinak dengan benda-benda cintan cintun gini. Padahal, adakalanya perkataan tu kebanyakkan budak zaman sekarang salah gunakan. Guna perkataan tu hanya untuk sesuatu agenda. Habis agenda tu, habis lah. Dah macam sindiket pulak. Mentang-mentang muka lawa, muka hensem, habis budak-budak muda dia nak try. Dah dapat, blah. Asal dapat je, kononnye dah jadi hak. Padahal, selagi belum akad, belum hak lagi. Tulah sebab timbul perkataan Cinta Monyet kot. Lompat parti punya olang. hehe.

Adakalanya tak semestinya sebab yang atas tu. Adakalanya sebab benda lain. Mungkin sebab tak sepefahaman ke, kaki spare ke dan macam-macam lagi jenis fesyen lah. Kalau yang tak sepefahaman tu kira standard la sikit kan. Even orang dah nikah pun boleh tak sepefahaman. Betul ke? pi la tanya dengan yang dah nikah tu. hehehe.

...Rasenye  dah melalut dah ni...

Ok. Wan malas nak cerita yang lepas-lepas eyk. Yang lepas biarkan lepas je lah. Malas nak ingat lagi dah. Bak kata peribahasa, barang yang lepas jangan dikenang. hehe. Jadi, kita bincang percintaan yang sekarang. hehe.

Mencintai seseorang untuk kesekian kalinya tu sangat tak dapat diterima dek akal Wan sendiri. Mana tak nya, Wan sebelum ni pernah niat dalam hati, Wan dah tak nak terlibat dalam alam ni lagi. Sebab kebanyak dalam alam ni akan mengecewakan Wan sendiri. Tapi untuk yang kali ni, Wan hanya serah pada Yang Maha Esa. Biar Dia yang atur semuanya. Dia kan Maha Berkuasa. Jadi, Wan terima apa saja ketentuan daripada-Nya. Semoga Allah merahmati hidup Wan selama ini dan yang akan datang.

Setiap kali Wan tengok pasangan sahabat-sahabat Wan yang tak melalui zaman bercinta macam budak-budak zaman sekarang, iaitu bercinta lebih kepada nafsu, mesti Wan cemburu. Macam mana mereka boleh bertahan? Macam mana mereka menjaga hubungan mereka sebelum berkahwin? Padahal selama ni Wan tak pernah rasakan hubungan begitu boleh bertahan hingga ke jinjang pelamin. Tapi, sekarang Wan dah faham. Semua orang tak mengalami jalan hidup yang sama. Semua itu adalah ketentuan Allah. Takdir yang telah diatur dari dulu lagi.

Semua orang ada jalan hidup masing-masing. Begitu juga perjalanan menuju sunnah Rasulullah itu. Semua orang berbeza. Ada yang bertenggek kok tingkap pun dah temu jodoh. hahaha. Ade ke.. Kalau yang jatuh dari pokok atau tempat-tempat tinggi tu mungkin ade kot. Ape tah lagi yang hanya setegal ambil gambar.

ok cop. Hilang idea suda.

Ape-ape pun, Semoga kehidupan di masa hadapan kita di rahmati oleh-Nya. InsyaAllah.
Persahabatan kita tak akan terpisah walaupun kita akan dipisahkan dengan sesuatu suatu hari nanti.

2 komen sini:

Shahira Shera said...

Assalam..semoga wan berjumpa jodoh yang baik....kalau shera cakap shera xpernah pengalaman bercinta caya x??hee...

Niahix_01 said...

@Shera:
percaya-percaya... sebab kita semua tak mengalami benda yang sama... hehehe...