:: Teringin nak pergi haji ::



Assalamualaikum wbt.

Credit to TH Film(Youtube)

Sebenarnya lepas tengok video kuliah dari Ustad Abdullah Khairi kat atas tu ha. Tiba-tiba hati ini terasa sayu, sedih teringin nak pergi sana juga. Entah lah kenapa. Tiba-tiba rasa sebak masa mula-mula dengar kuliah yang berkaitan dengan haji tu. Backgound music yang buat kisah tu makin sedih kot. hehehe. Kalau tak percaya, pi la tengok video kuliah  kat atas tu. Tak rugi punya. Wa sakap lu. hehe.

Memang logik pun sebenarnya kan, kita sebagai umat Islam kena ada niat nak menunaikan rukun Islam yang kelima tu. Selagi kita masih ada kuasa. Bukan kuasa macam power renjers tu tak, tapi kuasa macam kita masih ada kuasa untuk berdiri kiranya kita masih ada kekuatan untuk melakukan ibadah tu lah kan. Tambahan kita kena lah ada duit. Simpan duit dari kecik dalam tabung buluh tu. Nanti bila dah besar banyak berbukit-bukit lah duit tu. Jadi, boleh lah buat pergi haji. hehe.

Tapi malangnya, wan masa kecik dulu tak pernah fikir benda-benda tu semua. Yang wan tau gula-gula, keropok, jajan, mainan dan macam-macam lagilah. Takat tu je pikir. Habis tabung dikorek nak beli mainan. Habis belakang arnab kena kopak. Kan dulu ada tabung yang bentuk arnab tu kan. Yang warna pink, biru, putih, haa tabung tulah yang kene pecah tu. Kadang-kadang tu tak sampai sejam duit tu masuk dalam tabung, dah kene korek balik keluar. Mana tak jadi tanah lapang je duit tu. Kalo simpan, lama dah duit tu jadi berbukit bukau hutan hujan tropika. Tak gitu yop. hehe.

Jadi, apa-apa pun benda baik yang kita nak buat mesti mau ada niat. Selagi niat takda, selagi tu kita tak plan nak buat apa. kan. Semoga suatu hari nanti wan sempat menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.

"Keep Smiling"
^_^

Kita hanya merangcang dan Allah yang menentukan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

1 komen sini:

Nurul Farahizzati said...

zizie suka ustaz abdullah khairi ni.. dy kalau bagi ceramah, mmg xtido la! betul tu wan.. siapa la tak nak jejakkan kaki di bumi suci Allah tu.. tapi, tu la.. perlukan wang yang banyak... insyaAllah kalau ada umur yang panjang dan diberikan rezeki, akan tiba di sana jua :)