:: Alim ::


Assalamualaikum w.b.t

credit: Google Images
***************************************************************

Study kes:
Ketika sedang lepak di kedai makan...
A: Eyh ade nombor la... 4 digit lagi tu...
B: Pergi beli kat kedai sana tu C, mane tau dapat 1st prize..
C: ......???
A: Kau ni agak-agak lah, orang alim ko suruh beli benda gitu. Si C tu kan rajin sembahyang.

 ***************************************************************

Alim?
siapa tahu maksud alim sebenarnye...

Ke maksud Alim sebenarnya sesiapa sahaja yang rajin sembahyang.

Atau pun Alim ni nama Udin dalam lagu Udin Sedunia tu
"Udin yang alim namanya Alimudin"

macam tu ke?

Tapi itulah pandangan segelintir masyarakat tentang alim. Mereka menganggap alim ni kira macam orang yang kita nampak selalu sembahyang Fardhu, selalu pergi masjid atau surau bagi nasihat tentang agama sedikit di celah-celah perbualan, pakai kopiah atas kepala. Yang paling ketara sebab selalu sembanhyang Fardhu 5 kali sehari semalam dengan yang pakai kopiah tu. Padahal, tak tau lagi belakang-belakang. Nauzubillah lah kan. Hanya Allah yang tahu. Tapi kita bukan nak cakap pasal orang yang begitu. Kita nak cakap pasal pandangan sesetengah masyarakat tentang alim sahaja.

Tapi kalau yang berpandangan begitu orang yang non-Muslim takpe lagi. Yang sedihnya kalau Muslim. Tambahan, adakalanya orang yang begini, bila orang nak buat perubahan dengan membawa Islam sebagai teras pun mereka macam tak setuju. Tu yang pelik nye tu. Kata Muslim. Bila menang nombor nanti pandai pulak cakap "Alhamdulillah, dah rezeki". hehehe... (tergelak bile terdengar orang cakap gitu...)

Apa-apa pun, bagi wan orang yang alim ni kira orang yang faham agama dengan mendalam, dengan belajar jauh-jauh sampai Mesir, praktik kan apa yang di ajar. Yang fardhu dia lakukan apatah lagi yang sunat. Tu baru betul-betul orang alim.

Kan kita sebagai muslim ada Rukun Islam, salah satunya kan sembahyang Fardhu 5 waktu. Jadi as Muslim, kita wajib lah sembahyang Fardhu. Benda tu jadi benda biasa la sepatutnya sebagai Muslim. Bukan biasa tinggalkan, tapi biasa dilakukan dengan tekun. Nama pun wajibkan. Ini tak, orang baru sembahyang Fardhu pun dah cakap alim. Senangnya lah nak dapat gelaran alim kalau gitu.


Jadi as Muslim fikir-fikirkan lah,
cukupkah amalan wajib kita sebagai Muslim yang pasti kita kena lakukan?
adakah semua amalan kita diterima jika kita tak melakukan yang wajib?
cukupkah amalan kita untuk menebus semula dosa kita yang lalu?

Inikan pula dosa yang baru... :'(

p/s: Ini bukan politik... hahaha...

Menarik hari ini:
Tahu tak ape tu Tweeps?
Simcard Ironman? Biar betul...
Kite nak Galaxy S4.. Boleh tak?
credit: Google Images

Teruskan yang wajib, amalkan yang sunat.

1 komen sini: