Assalamualaikum w.b.t
::: Arowana :::
Suatu ketika dahulu, aku pernah terpancing seekor Arowana kerana terpegun dengan gayanya. Ketika itu Arowana itu bersama-sama kawannya ke majlis kenduri yang keluargaku ada kan. Kira macam campak roti dalam kolam kan, mesti banyak je rupe ikan makan. Hehe.. Tapi dalam banyak-banyak ikan yang tengah makan tu, aku terpegun melihat gelagat seekor Arowana ni. Tapi sebenarnya aku secara tak sengaja terambil gambar dia mase dia tengah makan. Maafkan hamba Puteri Arowana.. hehe..
Lama kelamaan, hatiku terbuka untuk memancing Arowana itu. Hanya kerana melihat telatahnya, aku terpikat. Lalu aku mencuba umpanku. Aku hulurkan betul-betul dihadapannya. Tanpa ku sedari, tiba-tiba ada seekor Talapia Merah sangat lapar menyerbu umpan yang ku berikan padanya. Lalu ku tarikkan kailku hingga aku dapat mendaratkan Talapia Merah itu. Selepas mencabut kailku dari mulut si Talapia, lalu aku lemparkan semula kailku kedalam air. Pada dasarnya didalam hatiku masih menginginkan Arowana yang sangat menawan itu. Setelah lama ku menunggu, akhirnya aku dapat menambat hati si Arowana itu. Ketika itu, aku merasakan suatu kesedihan di dalam hatinya. Tercubit di hatiku ingin mengubati kesedihan si Arowana itu supaya dia tidak akan pernah sedih lagi setelah "ditinggalkan" oleh Si Putera Utara. Cebis hatiku.
Oleh kerana terfikirkan aku telah ada seekor Talapia Merah yang juga menawan, aku lepaskan semula Arowana itu ke habitatnya. Semuanya hanya kerana aku mengikut hatiku yang mengatakan "jangan kau curang kepada Talapia yang merah itu" padahal baru sebentar tadi aku mengenali si Talapia itu. Dengan hati yang berat dan kaki yang seperti di ikat ke pokok yang berhampiran dengan habitat si Arowana, aku meninggalkan Arowana itu untuk dipancing oleh orang lain.
"Tidak mengapalah sang pengail, aku juga takut jika kita meneruskan perhubungan kita ini, mungkin kita tidak akan sama hatinya dan sering bergaduh" kata Arowana itu.
Hingga disitulah berakhirnya hubungan ku dengan si Arowana itu. Namun aku sering menjengah habitat si Arowana itu hanya untuk mengetahui khabarnya. Adakalanya aku tahu khabarnya. Dan ada waktunya aku seperti lost contact dengannya. Timbul tenggelamnya dia dalam perjalanan hidup ku seperti coklat di dalam chipsmore.
Pada akhirnya, aku terpaksa lepaskan si Talapia Merah kembali ke habitat asalnya kerana dia sering menangis jika bersamaku. Aku seperti tidak melayannya semenjak kebelakangan aku menjaganya. Tidak aku ketahui apa sebenarnya yang bergelora di dalam hati ini hinggakan si Talapia itu ku abaikan. Setelah berfikir masak-masak, akhirnya dia ku lepas dengan hati yang sangat duka. Dan kini, aku diberitahu Talapia Merah itu sudah memiliki pengganti yang baru. Aku berharap dikau gembira disana bersama penjaga yang baru.
Kini, aku sudah berpindah ketempat yang lebih dekat dengan habitat Arowana itu. setiap kali aku rindukan si Arowana, aku akan melihatnya di rumahnya, habitatnya. Walaupun aku tahu dia tidak mungkin berada di hadapan rumahnya, permukaan air. Wahai si Arowana, maafkan aku kerana aku terpaksa menyatakan ini. Aku sangat merinduimu dan Aku cinta padamu. Namun, pemilik habitatmu, Encik Fa Ce Book, menyatakan padaku engkau sudah ada pemiliknya. Kecewanya hatiku. Adakalanya aku teringin untuk mencurimu dari pemilikmu itu. NAMUN....
"Keep Smiling"
^_^
-THE END-
Loving someone is forever. Maybe we never be match in these world. Yet, I'm hoping we will be met in our future.