:: Eyh, malu-malu pulak dia ::


Assalamualaikum w.b.t

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrdznB_VJWhQjdg6JlAkNvzm9HATmbyXcatK4RPjzTjj-p075p69sOjnQqzMhM8YlPAkfxM_SMdBxiO1Kt0P4FzJVcfvh_Yde0Ra6LvwI4ENKjTXMjofh0XYyEPSEX4IDyjYmE2JlwCLk/s1600/Habib+Awliya+Hari+Raya.jpg


Kisah ni sebenarnya berlaku masa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Tak sempat nak cerita sebab laptop di cabut nyawanya. Ribbon untuk button on-off di tarik-tarik oleh budak nakal kat atas tu. hehehe. Yang lelaki tu. Tu yang lama menghilang tu. Payah sikit nak update blog guna laptop orang lain. Sebab Wan ambik masa yang lama nak karang satu entri. Mana tak nya, taip padam taip padam. Last-last tak jadi taip. Adakalanya masuk jadi draft je. Publish tak jugak. hehe.

Ok, berbalik semula pada kisah hari raya. Wan tak ingat pulak kisah ni berlaku pada tarikh bila. Tapi yang wan masih ingat ia berlaku pada waktu malam. Masa tu bapa kepada budak perempuan tu pergi beraya ke rumah tempat kami berkumpul pada hari tu. Iaitu di rumah bapa saudara wan. Selalunya kami akan beraya kat situ kalau bapa saudara wan beraya ke kampung halaman. Kiranya kalau dia balik sinilah kan. Jadi, malam tu bapa budak tu bawak budak perempuan yang comel tu beraya sekali. Pada mulanya, budak perempuan tu asyik berkepit je dengan bapa dia. Tak nak lepas lagi tu.

Nak di pendekkan cerita, lepas di pujuk-pujuk, akhirnya budak kecik tu tak takut lagi. hehehe. Yang tak tahan tu budak kecik tu comey oo. Hehe. Kalau tak percaya, cer tengok muka Habib Awliya tu. hahaha. Yang tu yang tak tahan tu, dengan spontan dia buat muka malu-malu sambil genggam tangan gitu. Boleh-boleh je si Habib Awliya tu jadi gitu. Dua gambar terakhir tu gambar sebelum budak perempuan tu nak balik. Habib tahan budak perempuan tu daripada berdiri. Macam tak nak bagi budak tu balik je. hehe. Dia tahan kuat-kuat lagi tu. Adoyai. Habib habib. Ada-ada je perangai dia tu.

"Keep Smiling"
^_^

Cahaya mata itu rezeki daripada Allah.

2 komen sini:

anamizu said...

alololo habib comeynye buat muke camtu.. geram tgk gelagat bebudak kecik ni kan wan. rase nk gigit2 je pp die tu hehe

CD said...

alolo comelnya bebudak tu.. patut la lama nau hilangnya.. btw, zizie klik visa ek.. hihi..