:: Berangan-angan macam nak kahwin ::


Credit image to Fuadansari

Tengah duduk termenung depan laptop tiba-tiba berangan. Nak kahwin pulak rasanya, lepas tengok tips mendapat ketenangan ketika akad nikah dari bro Erazfadli. hehe. Amboi balik-balik sentuh pasal pasangan hidup ni. hehe. ampun :) bak kata kak Anamizu.

Macam mana rasanya eyk masa nak akad nikah? mesti berdebar-debarkan? mesti rasa macam tok kadi tu adalah guru besar atau pengetua sekolah yang paling garang dalam sejarah kehidupan kita. Salah sebut je terus sentap. Asal gagap je terus rasa macam tak jadi je benda yang nak di buat. hehe. Tapi InsyaAllah, lepas baca tips tu semua, siapa-siapa yang nak akad nikad tu mesti tenang punya. Tak pun boleh gak sebelum nak duduk depan tok kadi tu, cuba tarik nafas panjang-panjang lepas tu lepas. InsyaAllah kita akan tenang dan semua urusan akan berjalan dengan lancar. Dah macam ada pengalaman lah pulak bunyinya kan. hehehe. Takdelah, kebanyakan benda-benda macam tu akan buat kita gemuruh aka nervous kan. Jadi, dengan menarik nafas yang panjang selalunya akan mengurangkan sedikit rasa gemuruh tu. Wan selalu buat masa nak mulakan presentation dulu. hehehe.

Lepas habis je semua. Terus bawa pasangan kita 'lari' pergi land below the wind. Perghh!!! Cantik owh tempat-tempat tu semua kalau nak dijadikan tempat untuk bermulan berbulan madu. Actually, semua tempat kat negara kita ni sesuai untuk tujuan tu. Tinggal kita je lagi nak pilih yang mana yang kita minat. Visit Malaysia lah katakan. Kalau bukan kita yang nak meriahkan industri pelancongan negara kita, siapa lagi kan? hehe.

Lari lari jugak, jangan lupa pulak nak tutup pili air. Itu kan salah satu cara menjimatkan air. Nanti tak pasal-pasal balik dari ber'honeymoon' dapat bil air ber'rat-rat'. hehehe. Lagi pun negara kita sekarang dah makin panas. Berpada-padalah nak gunakan air eyh.

"Keep Smiling"
^_^

P/s tuan puteri:
Terima kasih awak. hehehe. Tak sangka awak ingat kat saya. hehe. Nanti cakap 'Thanks' kat kawan awak yang balik kampung tu eyk. Kesian dia, dah jadi macam postwoman lah pulak. hehe. See you when I see you.

Planning for future event.

3 komen sini:

Nurul Farahizzati said...

pewwitt.. tetiba mengidam nak makan nasi minyak la.. hehehe..

wan niahix said...

hehehe... ade2 je zizie ni... baru nak berangan...

Pha Is said...

biasa la tu kalau berangan sikit2. heheh.. sapa yg x nk kahwin kan..?