:: Kisah Jubah Tak Jadi::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to Goole Images **Kot.. hehe..

Suatu masa dahulu, patik pernah teringin membeli sepasang jubah wanita seperti dalam gambar diatas. Sebagai hadiah dalam fikiran ketika itu. Oleh sebab kesempitan kewangan, tak jadi nak beli. hehe. Simpan sajalah hasrat tu untuk isteri kesayangan yang tak kunjung tiba lagi. Bak kata Si Puteri Salju,
"Calon dah ada, jodoh je belum jumpa... hehehe... "

Apa-apa pun terima kasih kerana menjadikan patik tempat untuk bertanyakan soalan walaupun patik bukanlah pekerja kaunter pertanyaan di Balai Seri Di Raja. Terima kasih kerana menjadikan patik tempat untuk meminta pendapat walaupun patik bukanlah pemberi pendapat yang terbaik. Terima kerana menjadikan patik tempat untuk meluahkan kesedihan dikala bersendirian walaupun hanya tulisan yang menjadi peneman di kala hari yang panas terik dengan cahaya mataharinya dan malam dengan bulan yang dipancari bulan yang sentiasa bertukar gantinya. Terima kasih kerana menjadikan patik sebagai rujukan walaupun patik bukan lah sehebat bahan bacaan yang dapat memberi semua ilmu yang boleh diserap dalam diri. Terima kasih kerana menerima diri patik yang serba kekurangan selama ini.

Patik bukan lah seorang anak raja yang mampu memberi semua harta benda yang diinginkan di dunia ini. Kenangan, pengalaman, titik peluh, tanak umah, tanak masek, padai risak, manok tekukor, siau lalong, kerunong besengan semuanya tak akan ada jika ia tanpa kehendak Yang Maha Esa. Yang patik mampu hanyalah memberi seberapa banyak yang patik boleh beri mengikut halangan dan dugaan yang ada. Harapan dikala senja... dikala bermenung... dikala menghitung hari permergian...

ok,
berangan lagi. hahaha. Wan berdoa mendapat isteri yang sangat baik.. InsyaAllah.

"Gamber ubeng Abg wan agik kurus sabey" bak kata adik-adik

"Keep Smiling"
^_^

0 komen sini: