:: Semakan Maklumat Syarikat dan perniagaan berdaftar dalam SSM ::


Assalamualaikum w.b.t


Mesti ada yang pernah tertanya-tanya,

"Macam mana nak check syarikat atau perniagaan yang daftar dalam SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)?"

Sebelum pergi lebih jauh, melalui sistem ni kita boleh semak syarikat atau perniagaan tersebut berdaftar atau tidak dengan dua cara iaitu melalui no. pendaftaran ataupun nama syarikat/perniagaan yang terlibat. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih pantas dan efektif, ia lebih digalakkan pencarian menggunakan no. pendaftaran.

Di bawah ni antara panduan untuk membuat semakan:

 1. Layari laman di bawah ini,

Semakan Maklumat Syarikat dan Perniagaan dari SSM

2. Isikan no. perniagaan pada ruangan "Search Registration Number",
*Peringatan: hanya isikan nombor sahaja di dalam ruangan tersebut.


3. Isikan apa yang terpampang pada ruangan "Enter the massage as it's shown*",


4. Tekan button "submit" dan tunggu sampai keputusan keluar.

Semoga Berjaya!!!

 Sebagai peringatan:
Pihak Mahadir Network mahupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami akibat penggunaan maklumat daripada data yang dikeluarkan.

Sumber

4 komen sini:

CD said...

thanks for the info... insyaAllah berguna untuk zizie suatu hari nanti :)

anamizu said...

senang skrg almost everything blh check online kan wan hehe

Niahix_01 said...

@zizie:
InsyaAllah... penting owh untuk tahu ke"original"an sijil perniagaan org yang jual online... hehehe...

@anamizu:
betul tu kak ana... hampir semua... terutamanya benda-benda macam cop halal... lagi senang... boleh check gitu je kat laman web jakim... hehe...

Ardiana Ardilan said...

Dah cuba tapi error je, mungkin line saya ada masalah..thx for sharing ye..