:: Rasa macam bos sejenak ::


Assalamualaikum w.b.t

Credit Image to Google Images

Kisah ni berlaku dua tiga hari yang lepas. Waktu pagi, dalam pukul 10 gitu. Sebenarnya tak pasti gak pukul berapa. Yang ingat just belah pagi lah. Pagi tu kan, wan bangun macam biasa. Dah pagi kan, wan takda buat apa-apa. Jadi main game je la kerja nya. Sebab wan punya shif kerja waktu petang dalam pukul 4 sampai malam pukul 10 gitu. Jadi, wan bukanlah seorang bos. hahaha..

Patah balik dengan tajuk. hehe. Asal pulak nak rasa macam bos kalau bukan bos? ye dok?

Sebenarnya dalam lingkungan masa yang tertera kat atas tu, tengah wan leka main game yang tak tentu nak habis tu, tiba-tiba game yang wan main tu berhenti secara tidak diduga.. Tertanya-tanya gak dalam hati,
"Apasal pulak pandai lag game ni, gelap lagi tu."

Rupa-rupanya ada orang call. Apa lagi wan tengoklah nama orang yang call. Takda nama, hanya nombor telefon je yang tertera kat muka handphone tu. Dalam hati masa tu terlintas satu je, kawan-kawan lah kot. Diorang tukar nombor baru. Tu yang call tu. Jadi, wan angkat swipe je lah (Handphone tasekerin takkan nak angkat pulak kan. hehe.). Seorang jejaka yang bercakap.

********************************************************

Lelaki TD : ...... *TD ialah Tak Dikenali
Wan : Hello.
Lelaki TD : .....
Wan : Hello.
Lelaki TD : Hoi bos, sa mau mintak kerja ini. (dengan nada yang kasar)
Wan : Hello, kamu salah orang ni.
(Rupa-rupanya orang seberang sih, monolog wan dalam hati. Terkejut gak tiba-tiba boleh kene panggil bos. hehe.)
Lelaki TD : Tidak.. butul lah ini...
Wan : kamu salah nombor ni.
Lelaki TD : butul la. kamu mana ini sekarang?
Wan : Saya ada sini Sarawak ooo... (jawab macam dialek orang cina)
Lelaki TD : Aaaa.. Butul la tu... saya mau cari kerja ni..
Wan : Kamu salah orang ni. salah nombor ooo.
Lelaki TD : Kamu apa nama?
Wan : Wan... kamu salah nombor ni...
Lelaki TD : Butul la ini nombor.
*Terus dia letak telefon*

********************************************************

Sampai ke hari ni wan asyik teringat je situasi ni. haha. Adoyai. Boleh-boleh je wan jadi bos. Yang telefonnya orang seberang lagi tu. hehe. Untung betul dapat nombor telefon yang wan pakai sekarang ni. Yang ni first time dapat telefon dari orang yang nak cari kerja. Dah macam wan ni ada agensi mencari pekerjaan lah pulak kan. hehe. Dari lipatan sejarah.

"Keep Smiling"
^_^

Berbudi bahasa lah kepada sesiapa sahaja.

2 komen sini:

Unknown said...

mun wan dapat berik kerja, kmk pun mok juakk. heee. :P

Niahix_01 said...

hehehe... InsyaAllah... ney tauk klk tiba-tiba kmk jd bos nk... hehehe...