Story Aku & Lagu


Antara syarat-syaratnya :

1) buat entry bertajuk " Story Aku & Lagu "
2) sertakan blogger card dalam entry itu
bagi yang belum ada kad, sila daftar dulu dan join lah ^^
3) beritahu 1 sahaja lagu yang memberi maksud yang mendalam dalam hidup awak..
cerita sikit kenapa lagu tu yang awak paling suka.. cuba lah buat sekreatif yang mungkin..

Tarikh tutup : 26 Disember 2011, jam 12 tengah hari





Kepada admin Geng fiq'ra, Siti Mastura & Muhamad Afiq, wan masuk aktiviti 5 terus tau. Sorry la tak dapat nak ikut aktiviti sebelum-sebelum ni. ^_^

Ok, untuk aktiviti ni wan nak kongsi lagu yang wan memang tak pernah nak jemu dengar. Walau dengar beribu kali pun. hehe.. Lagu nya ialah lagu Lafaz Yang Tersimpan oleh UNIC. 

Kat bawah ni lirik nya :
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Cerita disebalik lagu ni :

Suspen pulak nak cerita. hehe. Wan bukan nak cerita pasal maksud lirik-lirik tu dalam hidup wan tau. Tapi wan nak cerita macam mana wan dapat tahu lagu ni dan first impression wan masa dengar lagu ni dulu. hehe.

Wan dapat tau lagu ni dari orang yang bertakhta di hati wan skrg ni. hehe. Dia kenal kan wan dengan lagu ni.  Katanye dia dengar lagu ni time dia ikut kem. Masa kem tu dia sedih-sedih dengar lagu ni. hahak. Sedih tak sedih korang dengar lah sendiri ye. Jadi, lagu ni lah yang akan mengingatkan wan masa kiteorang mula-mula kenal dulu. Tah macam mana wan boleh jatuh hati kat dia ni pun wan tak tau. hehe. Terima kasih awak. Awak akan selalu dihati saya. Awak dah macam kena stepler gun kat hati saya ni. hehe.

Ok, going forward. karang cerita punya cerita tak habis-habis karang. First impression masa wan dengar lagu ni, wan terus teringat kat Almarhum datuk wan. Beliau meninggal awal tahun 2010 kalau tak silap. Yang sedihnye, wan tak sempat datang jenguk dia time dia mula-mula sakit. Masa tu wan masih kat Matrik Labuan  lagi. Punye lah sedih masa mula-mula wan dengar datuk wan tu sakit. Dia ade penyakit kencing manis kalo tak silap, tak pun sakit tua. <--- Tengok, sampai penyakit datuk sendiri pun wan tak ingat..

Tapi, wan sempat jugak lah urus dia masa dia masih sakit dulu. wan sempat mandikan dia, tukarkan lampin untuk dia, sorongkan meja tempat dia makan, layan dia gelak-gelak, dan banyak lagi..
Terima kasih Pak Akey.. <--- panggilan kiteorang kat dia

Walaubagaimana pun, wan lagi sedih bila wan tak sempat nak uruskan jenazah dia. wan tak sempat nak tengok muka dia sebelum dia meninggal dunia dan yang lagi tragis tu, keesokan hari lepas wan dapat tau datuk wan dah meninggal, wan ade satu paper Final Exam. so, korang bayangkan lah sendiri ye concentrate tak concentrate nya wan malam tu. wan hanya dapat berdoa supaya Almarhum datuk wan sentiasa tenang dan takde pape yang berlaku.

Ok, sampai disini saja entry kali ni. Terima kasih sebab sudi baca.


-THE END-

15 komen sini:

Anonymous said...

nangis bace,good luck abang.

Niahix_01 said...

@Halimaton Saadiah Ngah Latip : nangis lah... hehe... mboh bk nangis lh... ^_^

Unknown said...

siyes ! mmg sdih.. T.T

Niahix_01 said...

@Ira Nur : Adikku ira, sedey sgt ke... hehe... xde lah... besa je tu... ^_^... thanks sebab sudi bace eyk...

Asz_09 said...

sdeh kali :'( uwaaa

anamizu said...

hai wan.. cik ana ziarah GF..hehe.. hurmmm sayu pulak cik ana bace kisah wan ni.. xpelah,same2 sedekahkan al-fatihah utk arwah atok wan semoga dia tenang kat sane.. and be strong wan! ;)







luv,
cik ana

Niahix_01 said...

@asz_09 : xgak sedih laus... ^_^

Niahix_01 said...

@anamizu kaito : hai cik ana, hehe. terima kasih sebab tumpang kesedihan wan. hmmm.. n thanks gak sebab bace entry nie. Amin...

"I'll be strong cik ana, thanks for your advice"

Asz_09 said...

sdeh bg ko bh. .al fatihah 4 ur late beloved grandpa. .

Pendamba Mawar said...

tacing PM baca

Niahix_01 said...

@asz_09 : tq...
@PM : hahak... tacing2 pulak kan... ^_^

Anne Wahid said...

kes kita sama...masa kat matrik labuan dolok makcik kmk ninggal, dah la nak final exam juak time ya...nang sedih lalu jak....nasib kmk sempat jaga juak masa nya sakit....

*antap, alu kelakar sarawak >.<

Niahix_01 said...

@zahidahwahid : hahak... xhal... nk ya mok dcrik mk selama tok... ^_^... xda mok dengan kaka sarawak bah ctok... hehe...

hehe... nang sama kes kita... just owg ya jk x sama... ^_^

fiQRa said...

lafaz yang tersimpan.. gud luck wan ;)

admin,
GF ~

Niahix_01 said...

@fiq'ra : Thanks mas aka Admin GF... hehe... ^_^