:: Keluh Kesah BR1M ::


Credit Image to Google Images

Siapa belum dapat BR1M 3 angkat tangan?
hehe..


Minggu lepas Wan agak terkejut gak lah tengok hampir semua blogger buat entri pasal BR1M. Amboi, belanja sakan nampak eyh bila dah dapat duit tu. hehe. Apa-apa pun, guna lah duit tu sebaik mungkin eyh. Ke dalam minggu ni dah habis dah duit tu? haha. Terbaiklah.

Kawan-kawan Wan yang dapat BR1M hari tu, senang hati belanja-belanja kawan-kawan diorang. Ada seorang hari tu siap cakap lagi,

"Wan, BR1M kita bahagi!!!"

Haha... padahal wan tak dapat pun BR1M tu. Nak bahagi mendenye. hehe. Sebenarnya wan tak kemas kini maklumat BR1M hari tu. Jadi, wan pun tak pasti sebelum ni wan ada letak akaun ke tak. Nak tak nak kene tunggu minggu satu lagilah, kot-kot dapat baucer ke. hehe.

"Keep Smiling"
^_^

**Ada rezeki lebih plan nak nikah**

:: Rasa macam bos sejenak ::


Assalamualaikum w.b.t

Credit Image to Google Images

Kisah ni berlaku dua tiga hari yang lepas. Waktu pagi, dalam pukul 10 gitu. Sebenarnya tak pasti gak pukul berapa. Yang ingat just belah pagi lah. Pagi tu kan, wan bangun macam biasa. Dah pagi kan, wan takda buat apa-apa. Jadi main game je la kerja nya. Sebab wan punya shif kerja waktu petang dalam pukul 4 sampai malam pukul 10 gitu. Jadi, wan bukanlah seorang bos. hahaha..

Patah balik dengan tajuk. hehe. Asal pulak nak rasa macam bos kalau bukan bos? ye dok?

Sebenarnya dalam lingkungan masa yang tertera kat atas tu, tengah wan leka main game yang tak tentu nak habis tu, tiba-tiba game yang wan main tu berhenti secara tidak diduga.. Tertanya-tanya gak dalam hati,
"Apasal pulak pandai lag game ni, gelap lagi tu."

Rupa-rupanya ada orang call. Apa lagi wan tengoklah nama orang yang call. Takda nama, hanya nombor telefon je yang tertera kat muka handphone tu. Dalam hati masa tu terlintas satu je, kawan-kawan lah kot. Diorang tukar nombor baru. Tu yang call tu. Jadi, wan angkat swipe je lah (Handphone tasekerin takkan nak angkat pulak kan. hehe.). Seorang jejaka yang bercakap.

********************************************************

Lelaki TD : ...... *TD ialah Tak Dikenali
Wan : Hello.
Lelaki TD : .....
Wan : Hello.
Lelaki TD : Hoi bos, sa mau mintak kerja ini. (dengan nada yang kasar)
Wan : Hello, kamu salah orang ni.
(Rupa-rupanya orang seberang sih, monolog wan dalam hati. Terkejut gak tiba-tiba boleh kene panggil bos. hehe.)
Lelaki TD : Tidak.. butul lah ini...
Wan : kamu salah nombor ni.
Lelaki TD : butul la. kamu mana ini sekarang?
Wan : Saya ada sini Sarawak ooo... (jawab macam dialek orang cina)
Lelaki TD : Aaaa.. Butul la tu... saya mau cari kerja ni..
Wan : Kamu salah orang ni. salah nombor ooo.
Lelaki TD : Kamu apa nama?
Wan : Wan... kamu salah nombor ni...
Lelaki TD : Butul la ini nombor.
*Terus dia letak telefon*

********************************************************

Sampai ke hari ni wan asyik teringat je situasi ni. haha. Adoyai. Boleh-boleh je wan jadi bos. Yang telefonnya orang seberang lagi tu. hehe. Untung betul dapat nombor telefon yang wan pakai sekarang ni. Yang ni first time dapat telefon dari orang yang nak cari kerja. Dah macam wan ni ada agensi mencari pekerjaan lah pulak kan. hehe. Dari lipatan sejarah.

"Keep Smiling"
^_^

Berbudi bahasa lah kepada sesiapa sahaja.

:: Darlie, do You expert enough? ::


http://my.sharings.cc/p/6F1E6

Dulu masih wan teringat masa mula-mula masuk matrik (Kolej Matrikulasi). Masa tu bermulanya hidup baru sebagai seorang pelajar dan juga perantau. Jadi, sudah menjadi kebiasaan pelajar yang baru nak mula berdikari ni, mesti macam-macam benda nak beli. Beli alat tulis lah, pemadam, pensil, pen, kertas kajang, dan macam-macam lagi. Tak terkecuali barang-barang harian seperti baldi, sabun, berus gigi dan ubat gigi Darlie..

Nak di jadikan cerita, masa tengah kemas-kemas barang dalam bilik, wan tiba-tiba terasa macam ada benda yang tertinggal. Macam kurang je barang. Oh, rupanya ubat gigi dah takde. Mula lah masa tu nak syak, pikir negatif cakap ada orang curi barang. Padahal wan lah orang yang pertama sekali masuk bilik tu. hehe. Tapi, sebelum nak tuduh-tuduh secara mem**** buta, wan cari lah dulu kan. Mana tahu terselit kat mana-mana. Jadi, satu persatu barang di punggah balik. Mula tengok dalam beg. Lepas tu bawah katil kot-kot tercicir. Bawah bantal cari gak. Akhir sekali tu atas meja tempat belajar. Tak juga jumpa. Dengan hati penuh duka, wan terduduk kat meja belajar dan cuba tenangkan fikiran. Bila fikiran dah semakin reda wan buat keputusan nak beli yang baru je. Senang cerita.

Dengan seberapa pantas wan bersiap-siap nak berlari *eyh berjalan dengan langkah pagar ke koperasi yang terletak lebih kurang 500m dari blok tempat wan tinggal. Lima minit jugak lah masa yang wan ambik nak ke pergi sana. Sesampai di koperasi,

"Mana tempat diorang letak *colgate ni?" wan cakap dalam hati. 
*saya melanau moden jadi semua jenis ubat gigi saya cakap colgate.. hehehe...

Pusing punya pusing rupa-rupanya kat depan kaunter pembayaran je pun benda yang dicari-cari tu. Belek punya belek semua ubat gigi yang ada kat kaunter tu, hanya tinggal satu jenis je lagi. Jenama Darlie. Darlie pun Darlie lah. Lepas bayar terus balik bilik. Malam tu terus cuba ubat gigi Darlie. Perghhh. First time owh pakai jenama Darlie. Gigi rasa segar tu jangan cakap lah. Selesa dan nyenyak tidur dibuat nya. Hehe. Sampai sekarang Darlie jugak jadi pilihan kalau berada di perantauan. Murah lagi tu.


Sekarang Darlie buat keluaran baru, Expert White.
 Ia dapat memutihkan gigi 3 kali lebih putih.

so,
wouldn't you be the expert?

Jom Main game #betheExPERT kat SINI, mana tahu dapat Expert White satu.

"Keep Smiling"
^_^

:: Cantik baju GF... GirlFriend ::


Assalamualaikum w.b.t

Depan

Belakang

Ok dah tengokkan gambar kat atas tu...
agak-agak apa sebenarnya yang berlaku dengan baju tu?






















Takde apa-apa yang berlaku kat baju tu sebenarnya. hehehe.

Kisah ni berkisar pada dua tiga hari yang lepas. Pada hari tersebut wan tiba-tiba terasa nak guna baju tu. Jadi dengan tanpa rasa segan silu, wan pakai je la baju tu. Lepas tu, Wan ajak lah adik wan yang sama-sama GF tu keluar jalan-jalan pergi pasar. Kalau yang sama-sama Geng Fiqra, mesti tau adik wan mana satu yang wan maksudkan. hehe. Nak di pendekkan cerita, masa berjalan-jalan kat pasar, wan tengok ada ramai (kira ramai lah sebab 4 orang) budak perempuan tengah usha wan dalam-dalam punya. Mana tak nya salah seorang daripada diorang tu tengok, dari muka dia belah kanan hingga lah dia toleh ke kiri. Asyik usha je tu. haha. Nak dijadikan cerita, wan jadi riak macam orang paling popular dan paling hensem kat dalam kampung. Kira bajet artis lah kan. hahaha.

"Asal diorang usha aku ni, hensem sangat ke aku hari ni dengan shade gelap ni. Di tambah lagi dengan baju GF yang comey ni dan pakaian yang serba hitam di tengah hari yang mataharinya mencanak di atas kepala ni. hehe." ujar wan dalam hati.

Nampak tak permainannya kat situ. hehe. riak je lebih. Tak bagus owh riak. Jadi wan biarkan je lah rasa tu berlalu begitu sahaja. Nak ditambahkan cerita, pada waktu Asar tu, Wan pergi lah masjid kan untuk mengerjakan solat Asar secara berjemaah dengan jemaah-jemaah yang datang ke masjid pada petang tu. Salah seorang daripada diorang adalah kawan wan, Syafiq nama dia. Jadi, macam biasalah jika kami berdua terserempak begitu mesti kami akan bertegur sapa dan antara bahan sapaan ialah baju GF tu lah,

"Eyh GF... GirlFriend... hahhaa... pelik betul simbol baju tu..." kata Syafiq kat wan.

"hehehe.." hanya balas senyuman dan tawa saja yang dapat wan bagi.

Habis solat dan doa, wan terus bergegas ke tempat kerja. Tak jauh pun. Kira-kira 500m dari Masjid je. Sampai kat kedai, macam biasa, bersiar-siar lah dulu. hehe. 'Mengular' bak kata orang Sarawak. Nak dijadikan kisah baju ni ultimate, masa kat kedai, orang tanya lagi pasal baju tu. Tetap tetang simbol GF.

"GF??? Ape tu??" tanya salah seorang daripada kawan wan kat open air tu.

"Owh.. cuba tengok belakang... tu lah maksud GF tu..." Balas wan dengan yakin sekali.

"Ooo.. Geng Fiq'ra... Gempak..Fewitt.." baca kawan wan dengan nada orang yang baru dapat ilmu.

********************************************************************

15 minit kemudian... Baru wan perasan sesuatu yang pelik... Lain daripada yang lain...

ok... pengakhiran cerita ni pembaca boleh baca balik dan kaitkan dengan gambar kat atas...

********************************************************************

SEMOGA BERJAYA!!!!

Hahahaahhaha!!!

What a mess day...

"Keep Smiling"
^_^

Kekhilafan itu akan berlaku dan jika ia berlaku, Allah jugalah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan.

:: Oppo N1 memang terbaik ::


Assalamualaikum w.b.t


Tempoh hari dalam berita TV3 rasanya, diorang tunjuk gadget yang terbaru keluaran oppo ni iaitu Oppo N1. Jadi, wan yang tengah bosan-bosan tengok berita tiba-tiba teruja tengok handphone ni. Mana tak nya, kamera handphone 13MP ni boleh pusing sampai 206 darjah owh. Sepanjang yang wan tahu pasal gadget-gadget handphone ni, belum pernah lagi wan tengok handphone ada kamera yang boleh pusing sampai macam tu sekali. hehe. Macam bunyi orang baru keluar dari gua pun ada. hehe. Kalau tak salah dengar lah kan, ni lah handphone yang pertama sekali menggunakan kamera yang boleh pusing ni. Jadi sesiapa yang nak stalk tu senang lah sikit kan. Boleh pusingkan kamera tu. Gambaq pun clear. Memang terbaik dari ladanglah.

Perbandingan dengan Samsung Galaxy Note 3:

besar owh...


Akhir kalam, apa-apa jenis gadget pun yang di ciptakan oleh manusia di dalam dunia ini ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Apa pun motif dan tujuan kita dalam memiliki semua ini, semuanya terletak pada diri kita sendiri.

"Keep Smiling"
^_^

Kemudahan telefon bimbit ini selalunya digunakan hanyalah untuk memudahkan urusan.

:: Semakan Maklumat Syarikat dan perniagaan berdaftar dalam SSM ::


Assalamualaikum w.b.t


Mesti ada yang pernah tertanya-tanya,

"Macam mana nak check syarikat atau perniagaan yang daftar dalam SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)?"

Sebelum pergi lebih jauh, melalui sistem ni kita boleh semak syarikat atau perniagaan tersebut berdaftar atau tidak dengan dua cara iaitu melalui no. pendaftaran ataupun nama syarikat/perniagaan yang terlibat. Untuk mendapatkan keputusan yang lebih pantas dan efektif, ia lebih digalakkan pencarian menggunakan no. pendaftaran.

Di bawah ni antara panduan untuk membuat semakan:

 1. Layari laman di bawah ini,

Semakan Maklumat Syarikat dan Perniagaan dari SSM

2. Isikan no. perniagaan pada ruangan "Search Registration Number",
*Peringatan: hanya isikan nombor sahaja di dalam ruangan tersebut.


3. Isikan apa yang terpampang pada ruangan "Enter the massage as it's shown*",


4. Tekan button "submit" dan tunggu sampai keputusan keluar.

Semoga Berjaya!!!

 Sebagai peringatan:
Pihak Mahadir Network mahupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami akibat penggunaan maklumat daripada data yang dikeluarkan.

Sumber

Segmen Jom Beramah Mesra


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe Dynasty, Bifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

:: Penyakit tak nak makan ::


Assalamualaikum w.b.t


Ok, gambaq kat atas nu bukan gambaq wan not even my brother... hahahaha... Ihsan dari pokcik Google...

Entah lah sejak kebelakangan ni wan rasa macam malas nak makan nasi. Kalau kat tempat kerja dah macam muak dah. Asyik tengok ayam je je. Dah macam takde benda lain dah nak tengok. Ayam penyeklah, ayam goreng lah, nasi ayam lada hitam lah, ayam bakar lah. Wan bukan nak complain diorang jual benda-benda tu semua eyk (kang tak pasal-pasal kena saman sebab mengata apa yang orang kat open air tu jual.. hehe..) Takde lah sampai macam tu kan. Just, Wan dah macam takde selera bila asyik tengok ayam saja. Bila kat rumah macam tu jugak. Ummi tersayang masak macam-macam nak bagi anak-anak dia selera nak makan. Tapi wan, tak jugak. Kerepek jugak yang di jamahnya. Makanan yang ringan-ringan jugak menjadi sasaran. Dah macam kat rumah tu takde nasi pulak dah buat macam tu. eyhhh.. ade nasi, wan je yang tak selera nak makan nasi. hehe.

Tapi bila fikir-fikir balik, takut pulak kang kena penyakit yang pelik-pelik. Kang kene gastrik ke. naye kita dibuatnya. Takut owh. Boleh jadi macam pembunuh senyap jugak oo gastrik tu. Ingat penyakit jantung tercabut, paru-paru berlubang dan berair tu saja yang boleh jadi pembunuh senyap ke. Gastrik pun nak jugak. Sebabnya gastrik ni kebanyakan orang kita buat sambil lewa je. Sakit perut je makan penadol. Tak pun makan ubat-ubat yang katanya boleh kurangkan rasa sakit perut. Padahal berjumpa dengan orang yang lebih pakar itu kan lebih bagus daripada hanya makan benda-benda macam tu. Kalau kita jumpa doktor pakar, kita boleh check sampai dalam perut. Mana tau dinding perut kita dah tahap kronik di hakis dek gastrik tu. Kita mana tau kan. kan. kan. hehe.

Above of all, kita kena jugak berserah pada Yang Maha Esa. Ubat-ubatan, doktor-doktor pakar tu semua adalah ikhtiar kita di dunia ni je. Jika Allah berkehendakkan kita sihat dengan hanya makan panadol, maka kita sihatlah dengan makan panadol tu. Kalau tak, kena lah pulak kita jumpa doktor. Kalau dah tak juga, tawakal dan doa jugalah sebaik-baik penawar hati. Yakin lah, bahawa semua penyakit itu ada penawarnya. Tapi ada satu sakit yang tak mungkin ada penawarnya, iaitu sakit ketika nak mati. Bila-bila masa je kita boleh di tarik nyawa. Mungkin esok, lusa, tulat dan tak mustahil sejam lagi. Allah Maha Besar.


"Keep Smiling"
^_^

Kesihatan diri itu datang daripada Allah dan penawar segala penyakit juga datang daripada-Nya.

:: Rindu sama seseorang ::


Assalamualaikum wbt..

Credit to Google Images

Rindu itu satu lumrah kehidupan. Diri ini tiba-tiba merindui ayahanda yang dicintai yang telah lama meninggalkan dunia yang sementara ini. Pemergiannya memberi seribu sejuta sebanyak mana lah dugaan. Namun, apa yang diajar tetap diturutkan di hati yang kecil ini. Yang baik di turut dengan hati yang tulus ikhlas.

Rindu diri ini juga pada kaban-kaban(kawan-kawan dalam bahasa Iban) yang dulu sama-sama menimba ilmu demi masa depan yang lebih cerah. Ada yang masih di dada telefon bimbit dan tak lupa juga yang telah lama lost contact. Rindunya zaman itu. Riang tawa panas marah kita tetap bersama. Tetap di hati.

Teringat masa masih di bangku UiTM dulu. Kami sekelas sangat mengambil berat antara satu sama lain. Ada sekali tu wan post tentang benda-benda macam ni di facebook. Lalu keesokkan hari nya, riuh satu kelas cakap,

"Weyh, wan dah jatuh cinta lah... Wan... Wan... cer citer sikit mane satu orangnya...."

Hanya senyuman yang dapat wan bagi masa tu. Dengan sedikit ulasan,

"Alaa... kalo jadi nanti korang tau jugak orang nye yang mana kannnn... hehehe..." sambil memberi senyuman yang sangat lebar.

Padahal dalam hati ketika itu hanya Allah je yang tau. hehe..

"Keep Smiling"
^_^

Kecantikan wajah itu satu nikmat Allah.

Mini Giveaway by www.AimanAziz.com


Assalamualaikum w.b.t

http://www.aimanaziz.com/2014/02/mini-giveaway-by-wwwaimanazizcom.html

...Tekan banner untuk join...

Antara hadiah yang ditawarkan:
  • Wang tunai RM50 - Top Refferal
  • 10 keping Bookmark - 10 terawal yang menyertai
  • 30 keping Bookmark - Berdasarkan random

Tarikh tutup:
14/02/2014
Dah dilanjutkan hingga
21/02/2014
Mini GA ini telah dianjurkan oleh AimanAziz pemilik blog Galah Panjang.

:: Adakalanya... Hati... ::


Credit images to Google Images

Adakalanya...
hati ini tak tenteram memikirkan apa yang akan daku lakukan selepas ini,
adakah akan daku lamar dirimu untuk kehidupan ku di dunia dan akhirat,
adakah apa yang daku rancangkan akan terjadi,
adakah apa yang daku inginkan akan menjadi kenyataan,
adakah dirimu puteri yang di tunggu-tunggu selama ini.

Adakalanya...
hati ini membisikan kata-kata manis dari bait-biat puisi dahulu kala,
pepatah yang tak terungkap dari hati yang tak terkata,
peribahasa yang menerangi hati dikala duka,
syair gurindam enak di alun,
seperti lagu dan irama.

Adakalnya...
hati ini berkata berhentilah wahai pemuda,
memberi harapan yang palsu akan mendatangkan kebinasaan,
lihatlah apa yang berlaku sebelum ini,
tak pernah kekal walau dirimu nekad.

Namun...
Ketahuilah wahai hati,
bahawasanya jodoh ajal maut itu milik tuhanku..
Allah S.W.T
Dia yang berkuasa atas apa yang akan berlaku dan yang telah berlaku.
Dia yang berhak menentukan yang terbaik untuk diriku,
Dia berhak mengubah segala corak batik untuk hidupku,
Dia lah yang menentukan Qada' dan Qadar ku,
kemana haluanku, kemana perginya hala tuju hidupku.


Credit images to Google Images

"Keep Smiling"
^_^

Jodoh pertemuan itu telah ditulis sejak mula kita lahir ke dunia ini lagi.

:: Kalau boleh bukak semua sekali ::


Assalamualaikum wbt.

Ok..
agak extreme tajuk yang dikemukakan di atas tu...
hehehe..

Sebenarnya salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan kita mati kelemasan ketika ingin menyelamatkan diri semasa berlakunya kejadian yang tak diingini seperti kapal yang dinaiki tiba-tiba dipukul ombak dan karam ialah dengan membuka semua benda yang ada pada badan kita. Terutamanya baju dan seluar termasuklah barang-barang kemas yang berkemungkinan akan menjadi pemberat kepada kita untuk mencapai permukaan air laut. Dengan cara ini kita akan lebih mudah terapung di permukaan air supaya lebih mudah untuk mencapai benda-benda yang mudah terapung di dalam air sebagai contoh papan dan tong.

Akan tetapi, dalam kebanyakan kes-kes begini mangsa-mangsa amat jarang dapat bertindak segera untuk melakukan perkara sebegini. Ini kerana situasi begini lebih mudah mempengaruhi mangsa untuk mencari tempat untuk berpaut terlebih dahulu sehinggakan ada yang hebat berenang pun boleh lemas dipukul ombak.

Ada juga kes yang sempat melakukan perkara tersebut namun oleh kerana rasa malu yang terlalu tinggi jika diselamatkan oleh orang ramai mangsa lebih rela melepaskan bantuan yang ingin diberikan oleh penyelamat-penyelamat yang sedia berkhidmat. Hingga satu saat penyelamat tidak dapat menyelamatkan mangsa atas penolakan yang tersebut, akhirnya mangsa itu lemas begitu sahaja.

Akhir kalam, belajarlah berenang untuk keselamatan bersama. Sediakanlah jaket keselamatan sebelum terjadinya kejadian yang tak diingini. Sediakan jaket sebelum tenggelam.


"Keep Smiling"
^_^

Adakalanya di waktu kelam kabut kita tak akan terfikir perkara yang paling mudah yang perlu kita lakukan.

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

:: Wan Niahix mencari kekasih?? ::


Assalamualaikum wbt...

:: Gambar Hiasan ::
Credit to Google Images

*********************************************************

"Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya RM160, tunai"

sah, sah, sah... sah... sah....

**********************Berangan je pong**********************

Agak-agaknya boleh tak letak tajuk macam tu... hehehe... dah macam orang gian nak bernikah lah pulak... adoi... Tapikan, setiap kali terlihat orang melangsungkan perkahwinan mesti wan terfikir bila lagi wan jadi macam diorang ni. Dah macam jenuh dah membujang trang tang tang ni.. hahaha...

"Wan, jangan nak mengade-ngade. duit tak cukup dah nak menggatal nak pinang anak orang." bisikan dalam hati.

Hahaha... Last-last, sabor yo la... Nak taknak kene lah puasa sunat banyak-banyak... Barulah tak belanja banyak sangat. Ni tak, kalau boleh tiap pagi nak pekena roti canai kat kedai je kerje.. adoi... Bersenam tak jugak... Badan dah makin 'bulat'... hahaha..


"Keep Smiling"
^_^

Jodoh ketentuan Allah. Apa yang baik daripada-Nya, akan ku terima seadanya.

:: Kunci motorku senudey ::


Assalamualaikum wbt.

*Gambar Hiasan*
Credit to Google Images

Tempat :
Kedai Waffle Open Air

Masa :
6:30 pm - 9:30 pm

Hari :
 Selasa
(4 Februari 2014)

Situasi:

Pada suatu hari,  si kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun. Mana firaun pakai sultan. Entah... Haaa start dah nak merepek. Nak bagi panjang tread la tu. Tak payah lah wan. Straight to the point je la. hehe.

ok.

Cerita nya macam ni.

Nak di jadikan cerita, petang tu wan turun kerja kat kedai yang tertera di atas tu macam biasa. Jadi, dah jadi kebiasaan bagi wan kalau dah sampai kat situ wan akan merayap dulu setawaf dua, lepas tu barulah hinggap kat kedai. Di pendek kan cerita, abang kandung wan dan sepupu wan datang singgah ke kedai tempat wan kerja. Tiba-tiba hati wan berdegup kencang seperti kuda liar melawan arus di sungai. Tangan wan terkorek-korek kocek beg tempat wan letak kunci motor kebiasaannya. Malangnya, benda yang dikorek tak ada. Punya lah gelabah wan bila tahu kunci motor dah tak ada. Dengan rasa tidak puas hati wan korek balik beg tu, mana tahu salah tengok kan. Alangkah sedihnya bila tahu benda tu memang tak ada dalam beg tu.

Maka operasi mencari dan menyelamat pun bermula. Mula-mula check kat motor kot-kot masih melekat betenggek kat motor. Lepas tu pusing kedai makan yang wan ronda-ronda polis-entri tadi. Cari pula kat dalam kedai tempat wan kerja kot-kot tercicir kat mana-mana. Akhirnya...... HAMPA. Tak puas hati juga, wan pusing lagi tempat yang sama dua tiga kali. Sampailah ada datang pasukan penyelamat lain yang nak tolong sama mencari mangsa yang hilang tu. Dan selepas berhempas pulas mencari hingga ke longkang-longkang kecil di sekeliling kedai, akhirnya..... HAMPA juga.

Wan tetap tak puas hati. Dalam hati masa tu wan dah tawakal je. Menunggu something miracle happen je lagi. Biasalah kan waktu dalam kesempitan macam tu memang tak ada tempat lain untuk meminta petunjuk dan pertolongan. Untuk meredakan hati yang bergelora seperti ada angin monsun barat daya yang kuat melanda di jiwa. Hanya Allah lah tempat meminta semua tu.

Dan betul lah kata alim ulama'. Allah itu sentiasa membantu hamba-hambanya dalam kesusahan. Dia memberi petunjuk kepada kita jalan mana yang terbaik untuk kita. Dia berkuasa memberi ujian terhadap hamba-hambanya. Bukan bermakna Dia tak suka, tetapi Dia akan lebih sayang pada hambanya yang sabar menghadapi segala ujian dan rintangan yang telah Dia aturkan sejak kita lahir ke dunia lagi.

Ceritanya belum berakhir di sini.

Jadi, wan sabarkan diri untuk menenangkan hati yang lara. Kerja tetap kerja. Wan tetap buat kerja sebagai pembuat Waffle dengan tekun dan ikhlas walaupun dalam hati tetap terfikir pasal kunci yang hilang. Sampai kawan-kawan wan yang nak gembirakan wan pun wan buat tak tahu je. hehe. sampai macam tu sekali mood wan eyk kalau benda macam ni berlaku. Memang tak layan orang lain dah kecuali pelanggan Waffle lah kan. Kalau pelanggan pun wan buat macam tu, naye lah jawap nye.

Singkatkan lagi cerita, masa wan hantar pesanan pelanggan yang memesan waffle, wan tetap tercari-cari kunci yang hilang tu kot-kot tercicir kat mana-mana. Tiba-tiba.... jeng, jeng, jeng... mata wan terkesima melihat gelagat kunci motor tu sedang nyenyak tidur di dalam longkang. Yang wan tak tahan tu, longkang tu berada dekat depan kedai waffle tu je. Punya la wan pusing-pusing, keluar masuk kedai nak mencari benda tu, rupa-rupanya ada dalam longkang tu je. Wan apa lagi tergelak sampai keluaq air mata lah jawabnya. hahahaha. Alhamdulillah, pencarian berakhir. Wan bersyukur sangat-sangat kepada Allah. Ucapan syukur ke hadrat Ilahi tu tak lekang dari mulut wan. Kalau tak tersebut dengan lafaz pun mesti dalam hati tetap berbisik kesyukuran kepada Allah.

:: Alhamdulillah ::

Senudey itu bermaksud di simpan dek "sesuatu" aka hantu.

"Keep Smiling"
^_^

AMARAN!!! Jangan percaya benda-benda karut seperti hantu tu. Tetapi anggaplah tiap-tiap sesuatu itu adalah ujian daripada Allah. Dia layak menguji kita dengan apa cara sekali pun.

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :

Kategori Onlineshop :

:: WW2 - Pantai Belawai ::


Dua kali dah pergi pantai ni. hehe. ok, masa untuk gambar sahaja.

15 Ogos 2013

********************* First time *********************




**************************************************

26 Januari 2014

******************* Second Time ********************







**************************************************

Hubungan persahabatan yang erat akan sentiasa terjalin walau sejauh mana pun kita berada.