Short but Meaningful


Assalamualaikum
dan
Selamat sejahtera semua...

Eyza dan Nad
ada buat satu contest, 
iaitu

*tekan banner untuk join

Bunyi contest macam best je...
hehe...

Jom kita ikuti sedutan ini...
    Bak kata orang kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sangat sukar dicari. Begitulah yang terjadi kepada Roy. Seorang remaja yang baru genap 2 tahun menamatkan zaman persekolahannya. Kini, dia sudah 2 bulan meringkuk di dalam penjara tanpa dilawat oleh sahabat-sahabatnya mahupun keluarganya. Sungguh pilu perasaannya ketika mengingatkan dia di situ tanpa seorang pelawat.

   Semua ini berlaku semuanya gara-gara dia tertangkap ketika melakukan rompakan di sebuah bank 2 bulan lepas. Ketika itu, dia sedang sibuk mengisikan wang yang berada di bilik kebal bank tersebut. Tanpa dia sedari, polis sudah pun menyerbu bank itu sebelum dia sempat melarikan diri. Ketika tangannya digari dan dia dibawa ke dalam kereta polis, dia cuba memerhati sekelilingnya jika ada rakan-rakannya yang turut tertangkap. Namun dia hampa. Tiada seorang pun daripada rakan-rakannya yang turut sama dalam rompakan yang telah dirancang oleh mereka selama berbulan-bulan itu di tangkap polis.

    4 minit sebelum polis sampai ke tempat kejadian, Ariyl telah diberitahu oleh Barry bahawa kegiatan mereka telah pun dihidu oleh anggota polis. Dengan cepat Ariyl menuju ke bilik kebal untuk memberitahu Roy supaya melarikan diri. Namun belum sempat dia sampai ke bilik kebal tersebut, dia telah dihalang oleh Risk dengan alasan mereka kesuntukan masa. Dengan hati yang berat, Ariyl pun terus lari ke kereta yang mereka naiki untuk aktiviti rompakan mereka dan melarikan diri.
. . : : KAWAN MENANGIS SUKAR DICARI : : . .

Follow :

" Nad "

" Eyza "

" Hasmarafizzcorporation "

" Syahridzeah "

Tarikh Tutup :
10 Feb 2012

p/s : nama-nama yang terlibat tiada kaitan dengan sesiapa, samaada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia
"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

1 komen sini:

Miss Nadya said...

tengs for joining..:)

gud luck..

betul.kawan menangis susah di cari..

http://www.nornadiah.com/2012/02/senarai-nama-join-short-but-meaningful.html