Blogger Card Yang Cantik



Semalam GF digemparkan dengan insiden seorang budak yang tiba-tiba masuk dalam group tu tanya benda yang wan pun tak pasti apa yang dia nak sebenarnya dan bagi komen yang sangat memerah otak semua orang lebih-lebih lagi admin. Kesian kat admin. Tak pasal-pasal kena gitu.

Peringatan kepada budak tu, jangan pernah menyumpah seranah orang ikut suka hati dan perasaan je eyk.

"Wan dah cuba untuk kautim dan cuba tanya elok-elok kan. Asal tak nak ikut cakap wan?"

Wan memang dah agak apa yang akan jadi kalau dia terus kat situ. Tu la wan cuba kautim ngan dia.Tapi dia tak nak ikut cakap wan. siap lawan lagi. Tapi wan cuba gak nak cakap dengan dia. tapi...HAMPEH!!!!

ok, stop sampai situ... kalau nak tahu lebih lanjut, tanya admin sendiri...

Tujuan asal entry ni adalah untuk reviewkan blogger card GF yang wan dapat dari admin GF. Terima kasih Siti NorMastura dan Muhamad Afiq...

*cantik tak... cantik tak... hehe... rama-rama tu smart

Amacam? jeles lah tu... kalau nak gak, join lah Geng Fiq'ra... tak rugi tau kalau join...

Ni nak cerita sikit macam mana wan dapat blogger card tu.

Wan dapat tahu yang wan dah ada blogger card ni masa admin tanya:

"Wan Niahix asal tak letak blogger card?"

Seriusly, wan masa tu memang tak tahu langsung yang wan dah ada blogger card tu. *Terkejut beruk kejap depan lappy. Setahu wan belum ada lagi. Sebab wan salu sangat kot usha semua blogger card tu. So, lepas kena tegur tu wan terus usha semua blogger card yang ada.

Lebih kurang macam ni lah yang wan buat :


cepat-cepat wan masuk kat page Blog fiQ'Ra Pancake


Pastu wan tengok ikut thumbnail semua blogger card yang ada,
akhirnya wan jumpa blogger card wan dalam senarai Blogger Card 10,


padahal masa tu dah Blogger Card 12 kot
adoyai... cuai sangat lah wan ni...


On the spot, wan terus letak kat blog wan. tengok gamba atas ni..
tak pun tengok kat sidebar tu eyk...
hehek...
Sorry admin, wan baru perasan..

ok, sampai di sini saja entri kali ni...
terima kasih sebab sudi baca..

"keep smiling"
^_^

-THE END-

- Link warna biru -



Link warna biru? apa tu?

Link warna biru atau dengan erti kata lain SPAM LINK bermaksud kita letak link berwarna biru yang mengandungi "HTTP://" atau "WWW" pada mana-mana ruangan komen sama ada di laman sosial mahupun di blog. Kalau kita letak link biru tu jugak, google akan detect link yang kita letak itu. Kalau kita letak banyak-banyak kali , google akan kelaskan link itu sebagai SPAM LINK. Oleh sebab itulah kita tidak boleh ping sesuka hati kita dalam sesuatu group atau blog dan yang paling menakutkan, blog kita mungkin akan didelete tanpa diberitahu terlebih dahulu oleh pihak BLOGSPOT. Jadi, kalau nak letak link tu, buang lah "HTTP://" atau "WWW" ye.

di bawah ni antara cara untuk kita elakkan dari SPAM LINK dalam blog :
  • Disallow anonymous posting.
    - orang tetap dapat tinggalkan komen yang tidak menyenangkan, tapi sekurang-kurangnya bukan sebagai "anonymous".
  • Implement CAPTCHA checking when making comments.
    - ada orang tak suka jenis macam ni sebab terlalu leceh.
  • Turn on comment moderation.
    - Jadi, kalau ada orang komen dekat blog kita, komen itu akan melalui proses approval terlebih dahulu.
  • Disallow link dropping in your comments.
    - Jadi, tak adalah google nak detect link dekat komen kita.
credit to : Bruce clay,INC
akhir kata dari saya, kalau kawan-kawan nak tinggalkan link tu, tinggalkan macam ni ye :
 
niahix01.blogspot.com/2011/12/akhirnya.html  *sebagai contoh
 
JANGAN tinggalkan yang ada macam ni:

http://niahix01.blogspot.com/2011/12/akhirnya.html  *sebagai contoh
www.niahix01.blogspot.com/2011/12/akhirnya.html   *sebagai contoh

sekian terima kasih.

-THE END-

Motiffff????



Takde motif.. 
memang saje-saje je nak tulis entry ni..
nampak sangat takde keje lain nak buat kan...
hehe...

ok... 
berbalik pada tajuk kat atas tu... 
kenapa wan tulis tajuk entri macam tu?

sebenarnya... 
tadi admin Geng Fiq'ra ada suruh buat satu task. 
task nya kena cari post yang mula-mula sekali masa group GF ni di buat...
walau pun task tu nampak susah, apa salahnya kite cuba kan..
nak tau ape jawapan nye?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng,jeng,jeng!!!

so, jawapan yang Faizal PM bagi tadi tersangat lah betul.
Tu pun kalau dia tak letak "or" selepas nama Siti NorMastura.
^_^

 dan inilah muka-muka orang yang mula-mula masuk group ni..

 Lepas approved semua,
baru la admin kita tu tambah lagi satu admin iaitu Muhammad Afiq.
dan dengan harapan...

...semua boleh kumpul sama-sama...

dan Muhammad Afiq juga lah yang pertama sekali 
gembirakan Siti NorMastura dalam group ni...

diikuti dengan...

Myza Sam yang ucap terima kasih untuk shawl dia,

 Ana Amalina yang bagi kata-kata semangat kat admin kita tu ,

Ayu Farahana yang ucapkan terima kasih sebab approved kan dia,

dan juga Nurul Yui yang kongsi kan entry dia kat dalam group GF ni.

Jadi, itulah antara post-post yang pertama group ni...


Yang bawah ni pulak adalah tujuan wan yang kedua mencari post-post lame ni. hehe. 

Memang dah lama wan nak cari peluang macam ni.  Akhirnya dapat juga. Pada 9 December 2011 wan telah dimasukkan oleh adik wan sendiri ke dalam group ni..

Dan secara jujurnya wan memang tak berminat untuk ikut perkembangan group pada awalnya. Tak kira lah group mana pun. Tapi entah mengapa hati wan terpanggil untuk jenguk sendiri group ni. Dan bawah ni post pertama wan bersama dua-dua Admin Geng Fiq'ra ni..

 wan masih ingat lagi yang admin kita, Mas tanye "ape tu LOL"..
terus ade sorang tu,
Ieya Nadiyajawab... "lot of laugh"
lepas tu terus wan komen "lol.."
hehek...
sangat gembira masa mula-mula kenal admin.
spoting sangat-sangat..

Lepas daripada tu wan cuba aktif kan diri dalam GF. Pastu wan kenal pulak dengan  Faizal PM, Nia Lidia, Kamil Kahar, Nuha ZahariJoel Leslie, Ira nur, Lieya Papaya, Nur Aisyah, dan banyak lagi lah... Dah tak terkira dah...

dengan erti kata lain kat dalam GF ni takde rasa tersisih lah... 
semua ade.. 
Dah macam satu family dah..

Kepada semua ahli GF terima kasih sebab masuk dalam GF ni. Jangan pernah marah kan admin kalo dia tegur. Sebabnya bacalah balik tujuan asal admin tu. Dia nak kite kumpul sama-sama. Jangan pentingkan diri sendiri ye kawan-kawan..

Last sekali, wan nak mintak maaf kepada semua ahli GF yang terasa dengan apa yang wan cakapkan tadi tu. 

"Sapa makan cili dia terasa pedas nya kan" 

Dan kepada admin, wan mintak maaf sangat-sangat kalau wan ada terkasar bahasa atau tak menurut perintah admin.

kepada semua yang baca entri ni...

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Wordless Wednesday









Event : Majlis Anugerah Kemerlangan
Tarikh : 20 Disember 2011
 Tempat : SACC, Shah Alam

-THE END-

First Giveaway by WM Erlysa, Athirah & Madee



Semalam adik wan, Nia Lidia ada tag wan untuk ikut sama join GA ni. Hehe..
"ni abg wan buat eyh adik.."
"Saya menyertai Giveaway nie kerana saya masih baru dalam dunia berbloging. Jadi saya perlukan GA seperti ini bagi memudahkan saya menerokai lebih mendalam dalam bidang berbloging ini. "
Tag untuk:
Adikku HSNL | Adikku Ira nur | Adikku Nur Aisyah

Giveaway ini dianjurkan oleh : WM Erlysa | Athirah | Madee

Senarai Nama Hott Giveaway by Erlysa,Madee n Athirah


-THE END-

Contest My Blog Awesomelicious


Eyh! Eyh! 
korang salah tekan ke ni?
hehek...
main-main je lah...
alang-alang korang dah jenguk entri ni kan..
ape kata korang PICIT burung biru macam Rio ni dulu


tu pun kalau ada sape-sape yang belum bela la...
atau ade rase nak bela...

"adoi, ape yang aku melalut ni..."
*sambil pukul kepala sikit

Tujuan entri ni sebanarnya untuk yang bawah ni. 
Teruskan pembacaan eyh kawan-kawan...

*klik gambar untuk join

Haaa... kannn....
contest ni sebenarnye secara tak sengaja di"tag" 
oleh
budak comey Einz nie kat wan

so, wan join je lah contest ni ye...

Tuan Tanah Contest : Tasya | Tyra

Kepada Tuan Tanah :

" cantik blog korang berdua... comey je... hehek... suke-suke...
korang berdua pun sama-sama comey... ^_^"

Tag contest ni untuk :

Tarikh tutup :
31/12/2011
  
-THE END-

Pencarian Bakat dlm Penulisan...


Entri nie wan buat khas kepada blog member wan, 


"Kid's, wan tengok Kid's sangat bagus dalam penulisan novel. 
so, wan harap kid's join contest nie eyk.. mane tau rezeki kid's kan"

and kepada blogger-blogger lain yang ade bakat dalam penulisan tu join lah jugak eyh...

Tuan tanah contestAishah

Kat bawah ni contestnya :

*klik banner untuk join

Syarat-Syarat:-
1. Follow blog Heart of Beauty untuk mengetahui informasi terkini.
2. Follow penaja  ini, ini , ini dan ini *wajib
2. Buat satu entri dan letakkan karya anda pada entri tersebut.
3. Letakkan banner di atas pada entri anda tersebut.
4. Tema bagi setiap kategori tersebut ialah bebas.
5. Kalau boleh tag 2 orang. Tidak wajib.
6. Siap. Kemudian, berikan link entri tersebut kepada komen SINI.
 
Kategori penulisan ialah :

Cerpen

Sampai disini saja entri kali ni..
kepada yang nak/dah join tu,
Semoga Berjaya dari saya.

-THE END-

Akhirnya...




Sehari suntuk jugak lah baca semua entry "Story aku & lagu" aktiviti ke-5 Geng Fiq'ra ni... 
hehe... 
memang macam-macam cerita dah baca.. 
ada cerita pasal hargai ibubapa, kawan-kawan, 
tak kurang juga yang kongsi kisah percintaan masing-masing...
ada sesetengah cerita tu yang sedih, ade yang gembira, ade jugak yang memang gempak la...
sampai tak terkata dah...
hehe...

Anyway...
Geng Fiq'ra memang TERBAEK!!! 
*sambil gerak ibu jari macam boboiboy
rugi kepada sesiapa yang belum join..

p/s : semua entry wan bace, komen, dan follow... 
*ni kire BW la kan... 
hehe...
tapi kepada yang wan tak sempat nak komen tu, mintak maaf lah ye... ^_^

-THE END-

KISAH BENAR UNTUK TATAPAN BERSAMA


Rasanya ramai dah tahu pasal cerita ni..,
so, wan just nak share je la ye...

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

"Why dont you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?"

Perogol tu jawab: 

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.
 ***************************************************************************

Sebarkan kepada rakan-rakan anda
:)
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Kakilepak.com
-THE END-

Story Aku & Lagu


Antara syarat-syaratnya :

1) buat entry bertajuk " Story Aku & Lagu "
2) sertakan blogger card dalam entry itu
bagi yang belum ada kad, sila daftar dulu dan join lah ^^
3) beritahu 1 sahaja lagu yang memberi maksud yang mendalam dalam hidup awak..
cerita sikit kenapa lagu tu yang awak paling suka.. cuba lah buat sekreatif yang mungkin..

Tarikh tutup : 26 Disember 2011, jam 12 tengah hari





Kepada admin Geng fiq'ra, Siti Mastura & Muhamad Afiq, wan masuk aktiviti 5 terus tau. Sorry la tak dapat nak ikut aktiviti sebelum-sebelum ni. ^_^

Ok, untuk aktiviti ni wan nak kongsi lagu yang wan memang tak pernah nak jemu dengar. Walau dengar beribu kali pun. hehe.. Lagu nya ialah lagu Lafaz Yang Tersimpan oleh UNIC. 

Kat bawah ni lirik nya :
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
Tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
Tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Cerita disebalik lagu ni :

Suspen pulak nak cerita. hehe. Wan bukan nak cerita pasal maksud lirik-lirik tu dalam hidup wan tau. Tapi wan nak cerita macam mana wan dapat tahu lagu ni dan first impression wan masa dengar lagu ni dulu. hehe.

Wan dapat tau lagu ni dari orang yang bertakhta di hati wan skrg ni. hehe. Dia kenal kan wan dengan lagu ni.  Katanye dia dengar lagu ni time dia ikut kem. Masa kem tu dia sedih-sedih dengar lagu ni. hahak. Sedih tak sedih korang dengar lah sendiri ye. Jadi, lagu ni lah yang akan mengingatkan wan masa kiteorang mula-mula kenal dulu. Tah macam mana wan boleh jatuh hati kat dia ni pun wan tak tau. hehe. Terima kasih awak. Awak akan selalu dihati saya. Awak dah macam kena stepler gun kat hati saya ni. hehe.

Ok, going forward. karang cerita punya cerita tak habis-habis karang. First impression masa wan dengar lagu ni, wan terus teringat kat Almarhum datuk wan. Beliau meninggal awal tahun 2010 kalau tak silap. Yang sedihnye, wan tak sempat datang jenguk dia time dia mula-mula sakit. Masa tu wan masih kat Matrik Labuan  lagi. Punye lah sedih masa mula-mula wan dengar datuk wan tu sakit. Dia ade penyakit kencing manis kalo tak silap, tak pun sakit tua. <--- Tengok, sampai penyakit datuk sendiri pun wan tak ingat..

Tapi, wan sempat jugak lah urus dia masa dia masih sakit dulu. wan sempat mandikan dia, tukarkan lampin untuk dia, sorongkan meja tempat dia makan, layan dia gelak-gelak, dan banyak lagi..
Terima kasih Pak Akey.. <--- panggilan kiteorang kat dia

Walaubagaimana pun, wan lagi sedih bila wan tak sempat nak uruskan jenazah dia. wan tak sempat nak tengok muka dia sebelum dia meninggal dunia dan yang lagi tragis tu, keesokan hari lepas wan dapat tau datuk wan dah meninggal, wan ade satu paper Final Exam. so, korang bayangkan lah sendiri ye concentrate tak concentrate nya wan malam tu. wan hanya dapat berdoa supaya Almarhum datuk wan sentiasa tenang dan takde pape yang berlaku.

Ok, sampai disini saja entry kali ni. Terima kasih sebab sudi baca.


-THE END-

Internet Download Manager (IDM)



Internet Download Manager (IDM) ni kira macam satu sofware untuk download macam-macam. IDM boleh digunakan untuk download movie, lagu, video youtube, software-sofware, dan banyak lagi. Yang bagusnya, IDM ni dapat resume balik apa yang kita download tu terutamanya download yang disebabkan oleh hilang connection internet.

*Peringatan!!! : Belilah barangan yang original. Kat kedai komputer ada jual software ni. Wan just share je.

Download :


-THE END-

Shoutbox expiring...


Terbaek la Shoutmix... 
akhirnye tukar juga status atas die tu...

dari "IMPORTANT NOTICE" kepada "Shoutbox expiring..."


hehe... terpaksa lah tukar shoutbox macam ni... 
nak tukar apa ya?
hmmm...
Shoutbox yg ni lah kot...
-^_^-
 
"so, officially wan nk tukar shoutbox shoutmix ke shoutbox"


-THE END-

Panda didunia...


Sebelum tu nk mintak tolong tekan INI, INI, INI dan INI eyk... Terima kasih...

Tujuan entri ni dibuat adalah sebagai kempen untuk beruang yang hitam putih tu dari terus pupus. Seperti yang kita semua tahu, panda ni antara haiwan yang semakin pupus. Kat bawah ni butir-butir secara ringkas tentang panda : 

Nama : Giant panda
Nama Saintifik : Ailuropoda melanoleuca
Lokasi: Barat Daya China (Gansu, Shaanxi, dan Provinsi Sichuan) hingga ke timur dataran tinggi Tibet.
[WWF]

Dalam dunia sekarang ada lebih kurang 1,600 ekor panda saja lagi tinggal dan hampir 200 ekor panda dipelihara dalam zoo, wildlife preserves, dan lain-lain. 

Kat bawah ni antara gambar-gambar panda yang wan ambik dari google image :






 "so, ape lagi... jom kite pakat-pakat sokong kempen selamat kan panda nie... hehe..."
"dan terima kasih kerana sudi baca entry wan ni..."

-THE END-