:: Kad Raya Eyka ::


Assalamualaikum w.b.t


Entri ini khas untuk Cik eyka

Tempoh hari, dalam bulan Ramadhan pada tahun 2013, daku telah menerima sepucuk surat yang bersampul coklat.

'Surat dari bank ke ni, ataupun surat dari Universiti?' ujar diriku dengan penuh tanda tanya.

Daku terus membuka surat tu. Buka punya buka, ada lagi satu sampul berwarna putih di dalamnya.

'Amboi, ni dah macam cerita Upin Ipin ni yang ada kotak hadiah makin lama makin kecik tu.' bisik hatiku sambil tertawa kecil.

Lalu daku mengoyak cermat sampul putih tersebut, dan ternampaklah sepucuk kad raya yang kelihatannya seperti masih baru. Berfikir ku sejenak dan akhirnya baru daku teringat bahawa Cik Eyka ada memberitahuku keinginannya untuk mengirim kad raya kepadaku. Tanpa segan silu, terus ku belek-belek kad raya itu. Tiba-tiba ternampak seperenggan tulisan di dalamnya.

'Ni mesti nak buat wasiat ni, tak pun cerpen, paling koman pun nasihat lah' ujar diriku.

Daku membaca warkah tersebut. Maka terpancar kegembiraan di wajahku ketika itu.

Abg wan nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberi kad raya kat Abg wan ni.
Nak mintak maaf jika tiada balasan dari Abg wan.
Selamat Hari Raya Eyka.

Buluh di ambil di buat lemang,
Ketupat di anyam di malam raya,
Ampun dariku jika terlempang,
Juga ucapan Selamat Hari Raya.


"Keep Smiling"
^_^

Sebulan Ramadhan kali ini sungguh bermakna bagi ku.

:: Tahun ni pun? ::


Assalamualaikum w.b.t

credit to Google Images

Siapa masih ingat pasal entry wan tahun lepas?
yang ade gambar anak buah wan?

mesti tak ingat kan? hehehe...
saje je tanye sebenarnye...

kalau nak tengok entri tu, tekan lah SINI.

Jadi, mesti dah tahu kan kenapa tajuk entri ni di buat?
hehehe...

Sebenarnye,
Tempoh hari kakak ipar wan telah selamat melahirkan anak...
jadi keluarga wan dah semakin bertambah...
Alhamdulillah..


Tambahan lagi,
esok Wan dah cuti untuk raya...
Hari ni mungkin last wan kerja...
Bukan berhenti kerja eyh, tapi cuti raya...
hehe..

Dengan ini wan nak ucapkan,
Selamat bercuti kepada yang telah bercuti.
kepada yang tak dapat cuti,
selamat menjalankan tugas.

~SELAMAT BERCUTI~

"Keep smiling"
^_^

Disamping kegembiraan terselit kesedihan di dalam diri ini akan bulan Ramadhan yang semakin berakhir. Cukupkah amalan ku? Dapatkah aku berjumpanya lagi di tahun yang akan datang? Ramadhan oh Ramadhan.

:: Kisahku - Bermulanya Penulisanku ::


Assalamualaikum w.b.t
Warning!! Tread panjangggg...sampai hujung kampung..hehehe...


Setiap penulis blog mesti ada pengalaman pertama sebagai penulis blog kan? di mana ada yang berkongsi suka duka kehidupan, berkongsi pengalaman, nasihat, tunjuk ajar, dan ilmu yang dipelajari supaya bermanfaat untuk orang lain. Tak lupa juga penganjuran contest, Giveaway, dan segmen yang pasti akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama penulis blog.

Dulu ada seorang sahabat wan yang sentiasa mendorong wan untuk menceburkan diri dalam penulisan blog. Sebenarnye dia takde lah suruh wan buat blog tapi dia approach wan dengan meminta wan untuk baca blog dia dan beri komen. Jadi, wan komen lah ape yang patut kat blog dia. Tapi sekarang ni dia dah berhenti dari menjadi seorang penulis. Entahlah kenape. Jarang dah tengok dia menulis kat wall FB dia pasal blog dia. sibuk lah kot. Yang selalunya dia update status FB dia je la. hehehe. Tambahan, wan jadi rapat dengan dia melalui Yahoo Messenger dimana dulunya terkenal dengan YM. Entah macammana wan boleh dapat ID YM dia pun wan tak ingat dah sekarang. Yang wan ingat wan memang selalu YM dengan dia. hehe. Tapi sekarang dah kurang. Lagipun, sekarang ni YM dah tak ramai yang guna. Skype ramai la.

Nak dipendekkan cerita, bermulanya wan sebagai penulis blog bukanlah kerana kawan wan tu sebenarnya. Dia tu hanyalah orang yang memberi semangat untuk terus membaca dan menulis blog. Wan bermula menulis blog dengan niat suka-suka sahaja. Hanya ingin mengisi masa lapang. Masa tu wan masih pening-pening lagi macammana nak buat blog. Tak tahu nak mula dengan apa. Jadi, masa tu wan suka sangat mendownload movie, games dll. Jadi bermula lah blog wan dengan kongsi benda-benda untuk download. Tapi sekarang wan dah tak share benda gitu dah. Malas rasanya. Mungkin sebab Link download cepat mati kot. Jadi entri-entri tu wan dah buang... hehehe... Lepas tu berbulan jugak wan tak tahu nak letak ape lagi dalam blog.

Suatu hari, ada seorang penulis blog telah ajak wan masuk satu segmen. Kids nama penanya. Jadi, daripada blog kosong tanpa coretan huruf lagi bagus wan masuk segmen. Masuk punya masuk alik-alik terus jadi kawan kepada penganjur segmen tu, iaitu kids sendiri. Semakin lama kami semakin dekat. Namun tidak sekarang. Dia sudah semakin sibuk dengan kerjanya. Dia juga sudah semakin kurang menurunkan bakat penulisan cerpen di blognya. Akhirnya, kami lost-contact. Yang wan tahu dia dah bekerja. Alhamdulillah. Terima Kasih Kids untuk pengalaman yang kita hadapi bersama.

Terbang sang helang tinggi di awan,
Sampai bila-bila kita akan kawan.

........ To Be Continue .....

"Keep Smiling"
^_^

Jangan percaya hanya pada satu sumber, dikhuatiri ia adalah sumber yang salah maka rujuklah pada yang lebih arif.

:: Ucapan "Innalillah" & Musibah ::


Assalamualaikum w.b.t

Gambar Hiasan 
Credit to Google Image

Sedutan dari drama :

"Sebentar tadi keluarga sofia telah di timpa musibah. Rumah mereka hampir di pecah masuk ketika mereka sedang solat di masjid." kata Ustad Azam kepada isterinya.

"Innalillahi.." balas isteri Ustad Azam dengan penuh kepiluan di benak hatinya.

Lalu mereka pun terus bersiap-siap untuk menjenguk keluarga yang telah ditimpa musibah itu.

Sedutan perbualan penonton drama :

A: Kenapa nak cakap "Innalillah" pulak? bukan nye diorang tu mati pun.. (sambil ketawa kecil)
B: ????? (sambil berfikir apa yang nak balas)

Ok, rasanya kebanyakan masyarakat kita akan cakap macam tu kan? dimana ucapan "Innalillah" itu hanya untuk sesuatu yang berkaitan dengan orang yang meninggal dunia sahaja. Ucapan itu jika disebut ketika ada terdengar sesuatu musibah akan jadi sesuatu yang pelik dan aneh untuk masyarakat kita. Padahal ucapan itu memang perlu di sebut ketika terdengar sesuatu musibah. Tak kira lah musibah tu berbentuk macam mana pun. Orang meninggal dunia ke, orang jatuh basikal ke, orang kene rogol ke, orang kene langgar ke, orang kene ragut ke dan macam-macam lagi jenis musibah lah. Yang penting ia suatu musibah.

Adakalanya ia menjadi susah bila ada yang jahil, tapi tetap nak bertegas dengan pendirian dia. Walaupun kita dah terangkan apa sebenarnya yang berlaku. Bila dah macam tu, kita yang dah tahu ni jadi was-was pulak. Sampai tak terkata nak balas ape-ape lagi. Lagi-lagi kalau yang tegas sangat tu lebih tua dari kita. Rasa macam tak sampai hati nak marah-marah.

Walaubagaimanapun, yang penting kita dah usahakan untuk menyebarkan sesuatu yang benar ye. Itu yang penting. Tak kiralah dengan siapa pun kita sebarkan. Orang yang lebih tua ke, yang lebih muda ke, yang penting kita cuba untuk menyampaikan ilmu yang kita ada supaya ilmu itu akan sentiasa kekal di ingatan kita.

Dan banyak lagi lah ucapan-ucapan yang kebanyakan masyarakat kita salahguna apabila berlaku sesuatu. Antaranya ialah seperti yang di terangkan di sesetengah forum dan website di bawah ni. 


Tambahan, credit untuk semua link-link di atas tu kerana dari situlah idea untuk entri kali ini terbit.

Itu saja untuk entri kali ini. SELAMAT HARI RAYA.

"Keep Smiling"
^_^

Ingat! kita bukan mencari kesalahan orang, tapi juga ingin mengatur diri kita supaya menjadi lebih baik.