:: The Last Stand ::


Assalamualaikum w.b.t


Siapa dah tengok cerita ni?

Wan baru habis tengok cerita ni. Best oooo. Rugi tak tengok.


Lagi best sebab ada pelakon legend ni, Arnold Shcwarzenegger. Yang dulunya terkenal dengan cerita Terminator. Dan pernah terkenal dengan dirinya sebagai seorang Gabenor kat California.

Syok-syok tengok cerita ni, terpikat pulak tengok kereta yang digunakan dalam cerita ni. Memang Perrrrgggghhhh lah... Director cerita ni guna dua prob kereta yang sangat menarik dari kilang yang sama.

CHEVROLET

ZR1 Corvette




ZL1 Camaro




*memang saje buat warne biru ngan putih... dah minat kan... hahaha...

macam? menarik kan?

Jom pilih yang mana nak..
Kalau nak laju boleh pilih ZR1.. Kalau yang modified macam dalam cerita tu kelajuannya boleh sampai 1000 h.p. oooo. TERBAEK!!!!

p/s: boleh belikan satu tak? hahahaha...

"Tak malu betul budak nama wan niahix tu eyk..."

"Keep Smiling"
^_^

Jangan meminta benda yang kita tak dapat nak capai, tapi usahakan apa yang kita ingin capaikan.

:: Alim ::


Assalamualaikum w.b.t

credit: Google Images
***************************************************************

Study kes:
Ketika sedang lepak di kedai makan...
A: Eyh ade nombor la... 4 digit lagi tu...
B: Pergi beli kat kedai sana tu C, mane tau dapat 1st prize..
C: ......???
A: Kau ni agak-agak lah, orang alim ko suruh beli benda gitu. Si C tu kan rajin sembahyang.

 ***************************************************************

Alim?
siapa tahu maksud alim sebenarnye...

Ke maksud Alim sebenarnya sesiapa sahaja yang rajin sembahyang.

Atau pun Alim ni nama Udin dalam lagu Udin Sedunia tu
"Udin yang alim namanya Alimudin"

macam tu ke?

Tapi itulah pandangan segelintir masyarakat tentang alim. Mereka menganggap alim ni kira macam orang yang kita nampak selalu sembahyang Fardhu, selalu pergi masjid atau surau bagi nasihat tentang agama sedikit di celah-celah perbualan, pakai kopiah atas kepala. Yang paling ketara sebab selalu sembanhyang Fardhu 5 kali sehari semalam dengan yang pakai kopiah tu. Padahal, tak tau lagi belakang-belakang. Nauzubillah lah kan. Hanya Allah yang tahu. Tapi kita bukan nak cakap pasal orang yang begitu. Kita nak cakap pasal pandangan sesetengah masyarakat tentang alim sahaja.

Tapi kalau yang berpandangan begitu orang yang non-Muslim takpe lagi. Yang sedihnya kalau Muslim. Tambahan, adakalanya orang yang begini, bila orang nak buat perubahan dengan membawa Islam sebagai teras pun mereka macam tak setuju. Tu yang pelik nye tu. Kata Muslim. Bila menang nombor nanti pandai pulak cakap "Alhamdulillah, dah rezeki". hehehe... (tergelak bile terdengar orang cakap gitu...)

Apa-apa pun, bagi wan orang yang alim ni kira orang yang faham agama dengan mendalam, dengan belajar jauh-jauh sampai Mesir, praktik kan apa yang di ajar. Yang fardhu dia lakukan apatah lagi yang sunat. Tu baru betul-betul orang alim.

Kan kita sebagai muslim ada Rukun Islam, salah satunya kan sembahyang Fardhu 5 waktu. Jadi as Muslim, kita wajib lah sembahyang Fardhu. Benda tu jadi benda biasa la sepatutnya sebagai Muslim. Bukan biasa tinggalkan, tapi biasa dilakukan dengan tekun. Nama pun wajibkan. Ini tak, orang baru sembahyang Fardhu pun dah cakap alim. Senangnya lah nak dapat gelaran alim kalau gitu.


Jadi as Muslim fikir-fikirkan lah,
cukupkah amalan wajib kita sebagai Muslim yang pasti kita kena lakukan?
adakah semua amalan kita diterima jika kita tak melakukan yang wajib?
cukupkah amalan kita untuk menebus semula dosa kita yang lalu?

Inikan pula dosa yang baru... :'(

p/s: Ini bukan politik... hahaha...

Menarik hari ini:
Tahu tak ape tu Tweeps?
Simcard Ironman? Biar betul...
Kite nak Galaxy S4.. Boleh tak?
credit: Google Images

Teruskan yang wajib, amalkan yang sunat.

:: Temuduga ::


Assalamualaikum w.b.t


kali ni nak cakap pasal temuduga...

Kawan punye pasal la ni tersampuk sama dalam kes temuduga ni. Hahaha.

Anyway to you, thanks for asking me everything even I'm not giving you the best answer.
Even hati ni masih lagi jiwa Ikan Talapia... hahaha... Talapia lah sangat... percaye ke? jangan caye..

Jadi,
tips yang wan boleh bagi untuk yang nak interview tu satu je don't be hyper nervous. Dan jangan bagi nampak sangat nervous tu, nanti penemu duga tanye ape pun tak dengar. Tak dapat concentrate. Tu la yang tak best tu.

Kepada dia yang esaited sangat nak interview tu, rileks la ok.. jangan stress pulak sebab nak interview. Nanti tumbuh uban. tak takut ke? hahahaha... My prayer always with you.

Tu je la kot, sebab wan pun tak banyak sangat pengalaman dalam temuduga ni. Yang wan tahu temuduga wan selalu nye simple je. Takde lah lebih-lebih sangat sampai terkucil-kucil. hahaha...

Menarik Hari ini:

Sapa yang belum daftar Churp Churp? --> TEKAN SINI

Adakalanya benda senang pun boleh jadi susah kalau tak tahu cara nak menyelesaikannya.

:: WW23 - Buang Anak ::



|
|
|
|
|
|
V


|
|
|
|
|
|
V







 

Komen anda? tindakan kita?

*All images credit to Google Images*

:: Gaduh.. Gaduh.. Gaduh.. ::


Assalamualaikum w.b.t

*Gambar Hiasan*

Mesti ramai dah tau pasal video budak SMK Tun Hussien Onn hari tu kan... Kes tu pun wan tak tahu motifnye... Kali ni di tambah lagi kat Miri pulak.. Kat Sekolah Teknik. Tak habis dengan kes yang lepas, ade kes yang baru lagi... Diharap pihak-pihak berkuasa dapat mencari jalan untuk menyelesaikan semua ini..

*Gambar Hiasan*

*credit to Youtube*

APE NAK JADI DENGAN KORANG NI!!!!

p/s: Ini baru sikit je yang terakam sampai di upload kat media internet. Belum lagi yang tak terakam. Banyak lagi rasenye.

Perasaan pelik melanda diri bila semua ini berlaku.

:: KLMJ ::


Assalamualaikum w.b.t

Dua tiga hari kebelakangan ni asyik dengar lagu ni je...

:: Sleeq ft Aaron Aziz - Salam Semua ::

Tengah-tengah dengar tu, KLMJ lah pulak. Terkenang waktu masa-masa lalu dalam hidup ini. Terkenang waktu ber'cinta' dulu. Waktu berjauhan dengan keluarga dulu. Satu je yang belum, merindui seseorang yang teristimewa dalam diri ini iaitu isteri dan anak-anak.. hehehe... haaa... takde lain lah wan tu, nak layan jiwang karat lagi la tu... hahaha... tak payah lah wan... memang dah berkarat pun... tawakal je lah dengan jodohmu itu.. Kalau ada, adalah... Kalau tiada, berserah je lah... Dia Maha Mengetahui kan... hehehe... ok, melalut jauh sudah...

Sebenar nye nak cakap pasal singkatan "KLMJ" tu... Dulu ramai kawan-kawan dalam FB tulis singkatan gitu... terus terfikir, ape pulak tu... nak tanya orang yang tulis, bukannye nak cakap... Jadi, memandangkan sekarang ni zaman IT, jadi En.G lah jadi mangsa pelakon di kaunter pertanyaan... Cari punya cari, belek punye belek, rupa-rupanya KLMJ tu "Kenangan Lalu Menggamit Jiwa"... Laaaa, ingatkan maksud singkatan tu bende yang negatif. Positif rupenye... hahaha...
 
"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Menarik hari ini..
Menang bersama Kedai Popular
Jom makan... aiskrim.. belanje...
Bidang Astronomi? Mesti best kan...

Just hoping you are alright over there. Never regret whatever happen to us. There must be some "hikmah" behind all that.

Giveaway Lestari April



Host GA : Kasih Lestari Abadi

Tarikh Tutup : 22 April 2013

*Tekan Banner untuk join*

Small Giveaway #3 by Ninaa


Assalamualaikum w.b.t


... KECIL sahaja ...

hehehe...

Host : Ninaa Zaini

Tarikh tutup : 14 April 2013

Jom JOIN ----> SINI

:: Baldu Biru ::


Assalamualaikum w.b.t

Tempoh hari wan ada terbeli satu tudung bawal. Biase lah kan, kalau laki yang beli memang main tunjuk je lah. Dan kesan nye sampai sekarang wan tak pasti warne tudung bawal yang wan beli tu. hahahahaha... yang pasti warna dia lebih kurang macam yang atas tu... Teal ke Turquoise? hehehe...

Sebelum tu, mesti ade yang tertanya-tanya kenapa lak wan ni buang tebiat nak beli tudung ni? hahaha.. Sebenarnya wan nak bagi kat kawan wan mase kami sama-sama praktikal dulu. Jadi, dah nama janji kan kena gak tunaikan. Selain itu tujuan lainnye nak beri sokongan dekat kawan karib wan(yang jual tudung bawal tu) supaya dia terus berusaha dalam bidang perniagaan.. hahaha.. Lagipun tempat tinggal dia dekat je dengan wan dan harga tudungnya pun murah... (Kalau jauh tadi, jenuh gak wan nak kirim-kirim duit pulak kan.. Dah alang-alang dekat ni, apalagi grab the opportunity lah.)

Lepas ni plan nak beli lagi. Sebab tudung tu tak memenuhi permintaan sebenar. Ingat nak beli macam warna kat bawah ni. Tapi, dah ade yang book. Tak boleh buat ape lah. Redha je la... hehehe... (Tunggu ada duit lebih sikit nanti beli lagi)


In future, plan nak beli yang pelangi macam yang bawah ni...
mungkin beli dari butikpinkku...(nampak macam lebih banyak pilihan)
boleh bagi kat isteri (kalau jodoh dah ditentukan)...
InsyaAllah...


All images credit to butikpinkku

Lain dirancang lain dibuat. Semuanya Allah dah tentukan. Alhamdulillah.

Mini - Mini Giveaway By NabilaMedan


Assalamualaikum w.b.t

Jom join GA ni...

*Tekan Banner untuk join

Tarik tutup : Seperti yang tertera di banner

nak mintak tekan ni dengan ni boleh... hehehe... terima kasih...

:: WW22 - Anak Kak Eton ::




kabur...

Takleh dok diam...

ais dalam peti dia cakap salji...

hahaha...

Credit untuk Kak Eton

:: oohhh Ayang ::


Assalamualaikum w.b.t

*Gambar Hiasan*
Image credit to Google Images

Ayang?

sape tu?

makwe eyh?

hahahahhahahaha...

^_^

(senyum saja)

Sebenarnye nak cerita pasal seorang budak kecil kat tempat kerja wan. Nama timangan dia 'Yang'. Dah orang panggil dia gitu kan. Wan pun panggil macam tu jugak lah. hahaha. Nama betul dia ada kaitan dengan Dayang kot. siapa tahu kan. Wan tak tanye pun nama penuh budak tu. Yang best pasal budak ni dia jenis yang aktif. Bak kata orang 'peramah'. Jadi, tiap kali dia pergi dekat dengan Wan, dia mesti main cubit. Cubit sikit takpe gak. Ni cubit berpuluh kali. Tadi dah cubit, jap lagi cubit lagi. Macam ade je bende dia tak puas hati.

"Kalau orang yang jenis panas baran ni, habis dah budak ni dikerjakan." kata wan dalam hati. Jadi di sebabkan wan ni dah biasa dengan adik-beradik wan, wan jadi jenis tak kisah tau dengan ape yang dia buat. Kalau dia nak cubit, biaq pi la dia nak cubit. Yang penting dia puas main. Biasa lah kat tempat kerja wan tu mana ada budak-budak seumur dengan si Ayang ni. Jadi takde la teman untuk dia bermain. Sebab tu lah wan tak kisah. hehehe.

Dalam satu-satu tindakan budak tu, adakalanya wan rasa tak puas hati pun ade jugak. Masalahnye baru kenal kot, dah main sekeh-sekeh kepala. Mane tak sakit hati. Tapi, ape boleh buat. Karang dipukul budak tu, fikir budak tu anak orang. Karang takut dia tak dan nak main. Jadi biarkan aje. Janji dia happy. Padahal sebenarnye wan juga yang salah. Dah wan suke sangat usik-usik dia. siapa suruh. tahan kan aje lah.

Ade jugak terdetik dalam hati wan, "Kalau lah orang tua budak ni nampak ape budak ni buat kat aku, agak-agak mesti dia dah kene marah.". Kalau wan, wan tak sampai hati nak marah. Tulah masalahnye. Adoi...

*nanti kalau wan berkesempatan wan ambik gambar dengan budak tu... hehe... comey je budaknye..

p/s kepada budak freehair pergi kantin:
Latihlah diri awak untuk memakai tudung kemana sahaja awak pergi ok. Tanam azam, latih diri, keluar je dari pintu rumah walaupun nak jemur kain, kene tutup aurat. Pakai tudung. Tak perlu gopoh gapah, slow-slow. Mula-mula tutup tang rambut guna towel ke. Kalau dah biase nanti, tutup guna tudung pulak. Sediakan satu tudung khas untuk time keluar jemur kain ke. Sangkut tang dinding sebelah pintu. Jadi, senanglah sikit nak tarik. Tak gitu? hehehe...
"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Thanks for accepting my present.

:: Teh Tarik Dangdut ::


Assalamualaikum w.b.t


Hatiku,

Kini,

Semakin lama,

Semakin
bergoncang
seperti susu
di dalam hidangan
Teh Tarik Dangdut...

Jika di gerakkan badannya,

hanya susunya bergerak-gerak,

tidak bercampur, tidak berselerak..

seperti sedang menarikan tarian dangdut...

ok,
Sebenarnya, wan baru belajar cara nak buat air macam kat atas tu. hehehe. Macam buat teh tarik. Yang tak tahan tu, teh tarik yang original tu lah yang paling lama wan belajar. Nama pun belajar sendirikan. Takde guru. Gurunya hanyalah observing. Tengok orang lain buat. Lepas tu tiru je. Banyak kali gak lah cuba. Bak kata orang "jangan cepat mengalah". Jadi, dengan semangat yang ade teruskan jugak dan dengan izin-Nya dapatlah macam yang atas. Dengan detail lagi tu... Barulah puas hati. hehehe...

Alhamdulillah...

"Keep Smiling"
^_^

Usaha Tanda Kejayaan

:: Si Purple itu Chubby ::


Assalamualaikum w.b.t

*sapa tahu sapa dia ni? nak tahu gak sapa...
seriusly nak tau 'siapakah gerangan tuan puteri' ini... hehehe...
(nak creditkan gambar tu je sebenarnye...)

Ingat cuti nak pergi Hungary,
Si Purple itu sunggah Chubby.

Anak gajah sebesar keldai,
Diberi susu oleh ibunya,
Menjejak sahaja kaki di kedai,
Terus ternampak muka si dia.

Gula dimasak dibuat pekat,
Untuk air segelas sehidang,
Bila tertunai apa dihajat,
Baru sebentar terus menghilang.

Sungguh cantik si kelip itu,
Malam menyala di pohon bakau,
Dengupan laju kaki terpaku,
Jauh disana hati terpukau.

Pergi ke laut membawa bekalan,
Untuk dimakan ketika sepi,
Semua ini sebuah hayalan,
Mainan hati hanyalah mimpi.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Keliru dengan hati yang berduka ini

:: Sanah Helwah Shera ::


Sanah Helwah Shera

credit to google images

Cari barang tertarik langsir,
Terjumpa pula pengetip kuku,
Ingin ucapkan Selamat Hari Lahir,
Kepada Shera teman bloggerku.

hehe.. hentam saja...

Wan doakan Shera semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Jangan lupa jemput wan kalau dah nak buat nasik minyak karang. hahahaha...

ok,
kepada yang nak terjah blog dia, boleh gi SINI eyh..
tak pun, tekan je banner bawah ni... hehe...

p/s: dia ni peramah orangnye... hehehe...

kita bertemu hanya sebentar di alam maya ini,
namun kita seperti sahabat yang sudah lama mengenali,
terima kasih kerana sudi,
menjadi sahabat kepada patik yang serba kekurangan ini.

"Keep Smiling"
^_^

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang berlaku pada diri kita.