Imam Muda? memandai je...


Assalaamualaikum w.b.t

 
Gambar hiasan
*Image credit to Google Images

Ok, semua orang pun tahukan program Imam Muda tu satu program yang melahirkan bakat-bakat muda yang sangat mendalam fahamannya tentang Islam.

Tapi entri kali ni bukan nak cerita panjang lebar pasal program tu. Tapi nak kaitkan istilah tu dengan entri dekat blog cik Syra H ni (dia guna blogskin, so, takde la feeds... cari la sampai puas kalau dia dah update lagi... hehe..).

Setakat ni dah dua orang dah gelar Wan ni Imam Muda, padahal ciri-ciri pun langsung takde kat diri Wan ni. Ataupun sebab ade lebam dua kat dahi Wan ni yang hampir serupa dengan gambar kat atas tu, mereka terus gelar Imam Muda. Lagipun dalam cerita Hantu Kapcai tu kan ade Fizz Fairuz yang nak jadi Imam Muda.

Kalau sebab nasihat wan yang lebih berbentuk islamik, wan tak tau nak cakap ape lah eyh. Bagi wan, nasihat tu adalah untuk diri wan juga. Semuanya supaya Wan akan lebih tekun mengerjakan suruhan Yang Maha Esa. Dia yang merancang segala-galanya, dia juga yang menarik segala-gala nikmat yang diberikan. Semuanya itu bukan bermaksud Dia tak kesian kat kita, tapi Dia nak uji kita dengan kesabaran dan kecekalan hati kita dalam menjalani hidup kita seharian. (dah bunyi macam Imam Muda pun ade... hahaha...)
Sampai situ je lah kot. Nak cakap panjang lebaq satgi boring pulok nak baca entri panjang-panjang (tibe-tibe tukar loghat..). Jadi, sampai disini saja. Terima Kasih.


"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

p/s: Syra, pama mo ah. ajeh aseng ko bak lulo mo menak sepanduk men gerai melo dun... hahaha...

Kalau ada hati pada seseorang, luahkanlah supaya orang tersebut tahu masih ada yang menyayangi mereka.

0 komen sini: