Assalamualaikum w.b.t
Kenangan dan kenangan:
Teringat daku, dulu ada seseorang mengatakan "dialah orang yang paling bodoh yang pernah aku cintai". ketika itu aku sangat sentap. Sampai nak tidur pun pikir benda tu lagi. huish. sensitif gila hati aku ni. tapi, aku biarkan aje. Dalam fikiran aku, dah orang nye jenis ganas gitu nak buat macamana. bio je la. hehe. Yang pelik nye, sampai sekarang aku ingat benda tu. ke memang aku ni jenis gitu, ingat benda yang tak penting. haha. [semalam pergi sibu, jalan-jalan kat parkson, terus ternampak seorang perempuan yang iras-iras salah seorang dua hati dalam entri sebelum-sebelum ni. tu pun ternampak dari sisi je. tak bertembung depan-depan. terus cakap dalam hati, "orang lain kot". haha. pelik. Seharian berjalan, dapatlah sepasang kasut. warne biru lagi tu. suke-suke.]. ok, dah terambik selekoh jauh sangat. hehe.
Kembali kepada topik sebenar...
*image credit to Google Images
Semua orang yang dah berumahtangga mesti tahu sangat kan dosa pahala dalam rumahtangga. Ke suami tak ambik tahu pasal tu. Ni nak cakap sikit kepada yang tak tahu. Sebelum tu, jangan lupa basuh tangan sebelum bace. hehe. melalut tak tentu pasal. Entri ni bukan nak bandingkan dosa si suami dan si isteri ya. (macamlah wan ni dah kahwin, nak sangat ambik tahu pasal hal-hal macam ni. hehe.). Kepada para suami yang berada di luar sana, jagalah diri sendiri dan juga diri isteri anda. Jagalah pemakaian nya. Kan suami itu pemegang penuh dosa si isteri selepas di akad nikah. Jadi, jagalah pergaulan mereka. Jagalah cara dia berpakaian diluar dan didalam rumah. Kalau tak jaga, satgi berkerut dahi nak tampung dosa selain dosa kita sendiri. Wan selalu terfikir, kalaulah nanti wan dah berumahtangga, mampu ke wan nak tampung dosa isteri wan, dosa wan sendiri pun belum tentu tertanggung. Apatah lagi dosa si isteri tersayang yang di ambil dari ayah dia. Macam terbeban je. Tulah wan hold dulu benda tu. hehehe. Ada rezeki nanti wan akan cari yang memang mampu membimbing wan ke arah yang lebih baik dari apa yang wan ada sekarang. InsyaAllah. hehe. melencong lagi.
Sebenarnye kan, wan pelik kenapa ada lagi wanita yang pakai pakaian yang menunjukkan aurat mereka walaupun mereka dah berumahtangga. Mereka tak rasa mereka tu membebankan suami mereka dengan dosa murah macam tu ke. Ada masa tu, wan tukar sikit pandangan. Suami mereka tak ajar benda pasal aurat di tempat awam ke. Ke si isteri yang tak dengar kata. Bukan ke berdosa kalau isteri tak dengar kata suami yang menjuruskan mereka kearah kebaikan. Tapi kadang-kadang tu, suami ada kat sebelah je tu yang si isterinya pakai pakaian yang menjolok mata. Yang tak tahan tu, yang pakai legging. Bila tengok konfem nampak susuk tubuh. kan benda tu jadi tak menutup aurat. Walaupun pada zahir kita nampak macam tutup aurat, tapi kalau difikirkan balik legging tu boleh diumpamakan macam pembalut buku yang lutsinar tu. Lapik memang dah lapik buku, tapi still nampak rupa buku yang sebenar. Bagus bungkus je kaki tu gune plastik lutsinar. Nak sangat kan. Nak pakai legging tak kisah, tapi biarlah ade pakai skirt labuh ke, biar longgar-longgar sikit skirt tu. Jangan loggar kat pinggang pulak. Kang terlucut, mampuih. hahaha..
ok tu saje, panjang lebaq pulak..
"Keep Smiling"
^_^
-THE END-
Sabut kecil basuh bubu,untuk dipasang di hujung muara,serabut dihati siapa yang tahu,kalau dimuka tunjuk gembira
1 komen sini:
betul 2..kt sbgai isteri mmg perlu jg aurat..ksian suami.. kli yg blum kwen, ksian kt bapa n adik srta abg2 ye.. sm2 le kt mbri pringtn..
Post a Comment