mane nak belajar ni?


Assalamualaikum w.b.t

wewiittt... angry bird kuning dengan angry bird hitam la:
Hahaha. Thanks kat korang berdua sebab cuba minta tolong kat wan yang tak berapa nak tolong sangat ni. huhu. Bila fikirkan balik, ape je yang wan tolong. macam takde ape-ape pun yang wan tolong. Kepada korang berdua, kalau korang dah habis isi UPU tu, nanti masa korang dah dapat keputusan SPM korang boleh tukar lagi tau korang punye pilihan kos tu (yang bagus nye korang ni, korang buat awal-awal. bagus-bagus. nanti tak susah lagi nak pikir macam-macam). Sorry sebab tak membantu sangat. Hati tengah gundah gulana katakan. Kepada cik angry bird hitam, kurang cakap nampak. hahaha. Takpe-takpe, baru first time kan tengok F2F. semoga korang berjaya kemana-mana yang korang nak tuju ye.

Gambar hiasan *Image credit to Google Images

ok, entri ni dibuat sebenarnya hanya nak tujukan lagu *eyh salah pesanan buat dua orang kawan karib tu je. Lagipun, wan dulu pun pernah melalui situasi macam ni. Tapi masa tu wan dapat masuk Kolej Matrikulasi Labuan. Best tak best belajar, biarlah ia menjadi kenangan kita. Hehe. Selain matriks wan jugak ade dapat tawaran dari Uitm Samarahan. Kos Pengurusan Ladang. Masa dapat tahu tu, wan dah kat dalam matrik dah.Tinggal nak daftar keesokan harinya je lagi. Terus abi wan tanya, "macamana? nak teruskan ke patah balik pergi Sarawak?". Dengan mata kebil-kebil cakap "Teruskan je lah, dah alang-alang". Dah takdir pergi matriks nak buat macam mana. terus kan sajelah.

Kepada budak-budak lepasan SPM tu, yang masih ada rasa nak belajar lah eyh, cepat-cepatlah beli no pin korang tu. Kalau dah malas nak belajar, pergi cari kerja. Boleh gak tampung sikit belanja dalam keluarga. Sekian.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Awak-awak, jangan lah nak usha macam tu sangat... tebal je rase pipi saye tau... adoi...

Dosa isteri vs Dosa Suami


Assalamualaikum w.b.t

Kenangan dan kenangan:
Teringat daku, dulu ada seseorang mengatakan "dialah orang yang paling bodoh yang pernah aku cintai". ketika itu aku sangat sentap. Sampai nak tidur pun pikir benda tu lagi. huish. sensitif gila hati aku ni. tapi, aku biarkan aje. Dalam fikiran aku, dah orang nye jenis ganas gitu nak buat macamana. bio je la. hehe. Yang pelik nye, sampai sekarang aku ingat benda tu. ke memang aku ni jenis gitu, ingat benda yang tak penting. haha. [semalam pergi sibu, jalan-jalan kat parkson, terus ternampak seorang perempuan yang iras-iras salah seorang dua hati dalam entri sebelum-sebelum ni. tu pun ternampak dari sisi je. tak bertembung depan-depan. terus cakap dalam hati, "orang lain kot". haha. pelik. Seharian berjalan, dapatlah sepasang kasut. warne biru lagi tu. suke-suke.]. ok, dah terambik selekoh jauh sangat. hehe.

Kembali kepada topik sebenar...

*image credit to Google Images

Semua orang yang dah berumahtangga mesti tahu sangat kan dosa pahala dalam rumahtangga. Ke suami tak ambik tahu pasal tu. Ni nak cakap sikit kepada yang tak tahu. Sebelum tu, jangan lupa basuh tangan sebelum bace. hehe. melalut tak tentu pasal. Entri ni bukan nak bandingkan dosa si suami dan si isteri ya. (macamlah wan ni dah kahwin, nak sangat ambik tahu pasal hal-hal macam ni. hehe.). Kepada para suami yang berada di luar sana, jagalah diri sendiri dan juga diri isteri anda. Jagalah pemakaian nya. Kan suami itu pemegang penuh dosa si isteri selepas di akad nikah. Jadi, jagalah pergaulan mereka. Jagalah cara dia berpakaian diluar dan didalam rumah. Kalau tak jaga, satgi berkerut dahi nak tampung dosa selain dosa kita sendiri. Wan selalu terfikir, kalaulah nanti wan dah berumahtangga, mampu ke wan nak tampung dosa isteri wan, dosa wan sendiri pun belum tentu tertanggung. Apatah lagi dosa si isteri tersayang yang di ambil dari ayah dia. Macam terbeban je. Tulah wan hold dulu benda tu. hehehe. Ada rezeki nanti wan akan cari yang memang mampu membimbing wan ke arah yang lebih baik dari apa yang wan ada sekarang. InsyaAllah. hehe. melencong lagi.

Sebenarnye kan, wan pelik kenapa ada lagi wanita yang pakai pakaian yang menunjukkan aurat mereka walaupun mereka dah berumahtangga. Mereka tak rasa mereka tu membebankan suami mereka dengan dosa murah macam tu ke. Ada masa tu, wan tukar sikit pandangan. Suami mereka tak ajar benda pasal aurat di tempat awam ke. Ke si isteri yang tak dengar kata. Bukan ke berdosa kalau isteri tak dengar kata suami yang menjuruskan mereka kearah kebaikan. Tapi kadang-kadang tu, suami ada kat sebelah je tu yang si isterinya pakai pakaian yang menjolok mata. Yang tak tahan tu, yang pakai legging. Bila tengok konfem nampak susuk tubuh. kan benda tu jadi tak menutup aurat. Walaupun pada zahir kita nampak macam tutup aurat, tapi kalau difikirkan balik legging tu boleh diumpamakan macam pembalut buku yang lutsinar tu. Lapik memang dah lapik buku, tapi still nampak rupa buku yang sebenar. Bagus bungkus je kaki tu gune plastik lutsinar. Nak sangat kan. Nak pakai legging tak kisah, tapi biarlah ade pakai skirt labuh ke, biar longgar-longgar sikit skirt tu. Jangan loggar kat pinggang pulak. Kang terlucut, mampuih. hahaha..

ok tu saje, panjang lebaq pulak..

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Sabut kecil basuh bubu,
untuk dipasang di hujung muara,
serabut dihati siapa yang tahu,
kalau dimuka tunjuk gembira

Dalam hati siape yang tahu...


Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan sahabat ku:
Kah mo terbasa entri ong eyh, ko nyabik maaf mun mo terasa hati. Embey wang ati ko pun bak migik lok sai-2. lagi pun telai, ko tao idun lok mo. mey ko bak migik wak neng lok mo tao mo. Dah lah telo dun bekawen katah udah. Nak melo pisah sebab wak sidu oi. ko mey luk buyak ko melo pisah. melo wak dah serasi bersama. Anggap lah wak tulis ko wang blog eyh just bak tingak-2 mak. Alah lik telo selalu. Jaong gik, eyh neng konsep ko debey lah, kah mo bak tao, mun ko tao sai-2 dun wak lok kawen ko, neng mbey wang ati ko bak migik. agik idak wang dunia eyh bak inyang ko. lagipun ubeng eyh neng mbey aseng ko agik bak pelik wak cdu.. semenjak ko pisah dengah apah suney atg dun... hmm.. (mo mesti teget janji ko ong eyh, nak risau, selagi telo bekawen, ko akan tepati janji ko dun. mo nak marah-2 mun temu ko ngah gan-2 nah. adoi.. berasah sih telai..)

Selamat kembali... hehehe...
*image credit to Google Images

[Tulis entri dengan emosi yang stress..]

kat mane kita tadi?

Dalam hati siape yang tahu kan?

Ok. ni gua nak cakap sikit apa yang ada dalam hati gua. Gua dah takde hati dah nak sentap menyentap/tarik menarik/tolak menolak hati orang yang hatinya yang memang gua tahu dah milik orang lain tau tak. Lagi-lagi yang hatinya belum dimiliki. Takde gunenye der. Bagus gua simpan hati gua ni sampai gua di alam kubur dari kemaruk orang kat dunia yang tak kekal ni yang kita sendiri pun tak pasti dia dapat ikut acuan kita ka idok. Lagipun der, gua nasihat satu je eyk, bapak gua pun cakap benda yang same kat gua, kalau hang dah terpikat sangat dekat orang tuh, baguih hang masuk meminang awal-awal sebelum benda yang tak baik berlaku. So, apa kata hang pinang budak tu awal-awal. Dapat gak gua makan nasik minyak hang. hahaha. ok. tu saje je weyh, bunga kata ja der. Jangan jadi macam gua, bila dah ade, **diampai-ampai saja. Mana tidak terbang melayang. Dan sebab tu jugak lah gua stop benda-benda macam tu. Tak mau dah. Jerak dalam bahasa Melanau.

Satu lagi, Kalau hang tanya kenapa gua pikir lagu ni, gua cakap satu je, gua memang dah fikir masak-masak dah apa yang gua nak buat untuk masa depan gua. Lagi baguih gua bayar PT gua dulu sampai habis. [biar beratus tahun pun gua kena bayar balik.. gua kisah ape..] Dari nak rebut benda yang belum tentu gua dapat. tu saja... semoga berbahagia hingga keanak cucu...

**[bahasa orang sabah] maksudnya, macam tak ambik peduli je..

Peringatan:
Penggunaan bahasa pasar dalam entri ini tidak sesuai untuk digunakan di dalam penulisan karangan budak sekolah. Harap Maklum.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Penjelasan dari semua pihak perlu dalam perbincangan supaya semua urusan menjadi lebih lancar.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Assalamualaikum w.b.t

p/s sambungan soalan dari cik 's' :
Awak-awak, mate saya tak sepet tau... mate ni ilham dari apek penjaga gol Malaysia tu.. hahaha.. (adoi.. perasan pulak dia mate kite yang memang sepet ni) Tapi ntah lah awak, mate saya makin sepet ke? tak perasan pulak. Tak cukup tidur kot. Mane tau kan. Hehe..

Kembali ke tajuk utama..




 

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, tetapi jangan pulak dengan ajaran-ajaran dan sunnah-sunnah yang dibawa nabi kita di'selesai'kan jugak. Biarlah ia menjadi panduan hidup kita selama kita hidup di dunia yang sementara ini.

Sepanjang program tu berlangsung, wan tak berpeluang pergi mengikut acara perarakan membawa sepanduk. Wan kena membungkus makanan untuk di agihkan kepada hadirin yang datang ke program ni. Yang best nye, suasana program dah macam musim raya Aidilfitri pulak. Dengan bilangan kereta yang tak terkira banyaknya lagi. Sampai yang 'double parking' pun ade. Adoi.

Tapi, bila dah habis mengagihkan makanan, wan curi sikit peluang untuk menjenguk sepanduk yang dihasilkan peserta-peserta yang bertanding. Itu pun wan ambik gambar yang menarik di mata wan je. Sebabnye antara yang banyak-banyak dihasilkan, 4 yang atas tu je yang ade prob yang terkeluar macam tu. hehe. sila-sila lah bersengkang mate tengok ye. hehe.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Kawan karib yang paling setia dengan kita ialah diri kita sendiri.

Sehari sebelum Maulidur Rasul...


Assalamualaikum w.b.t

p/s for kawan karib Cik Mulongs, Cik 's' :
Amboi, main hide and seek bagai eyh. Suke hati hang lah yo. Janji hang gembira sudah. hehe. yang pasal ushar-ushar tu memang ambe tak tau nak kate ape la kan. Ambe memang ngaku je la. Tak pun awok tanye lah hati ambe ni. hehe..Tapi nak, mun amah mo labik bak mukut ko atang kubah? hehehe.. ka banus beseloh tujuan, ko pubak ngah amah mo "ko eyh bak 'betuloi' teng anak mo apah ayeng ateng. kenah kah?" . hahaha. (perasan lik ko). *ok, terkeluar bahasa ibunda sekejap..

Back to the future...

*Image credit to Google Images

Sempena Maulud Nabi ni mesti banyak aktiviti yang kita nak di buat kan? Semalam hari sebelum maulud nabi, sehari-harian wan kat kedai. Waktu pagi tu macam hari-hari biasa, dengan bunyi-bunyi unggas, cengkerik, dan burung-burung hutan. hehe.. ok.. tu tokok tambah je...

Tapikan, waktu tengah hari tu, ade lah seorang budak perempuan tu.. dia lari-lari nak pergi kedai makan kat belah depan kedai tempat wan tu. Bila wan tengok betul-betul, macam kenal je dia tu. Gosok-gosok sikit mata. haa. memang kenal pun. Yang tak tahan tu, mase dia nak balik ke mane entah, dia lupa pulak nak angkat tongkat motorsikal dia. Nasib baik dia tak jatuh. Syukur sangat. Alhamdulillah.. Lain kali hati-hati eyk. Segan sangat ke tengok Imam Muda kat depan kedai ni sampai macam tu sangat lagak nye. hehe..

Waktu malam nya pulak, wan pergi masjid tempat wan biasa pergi sembahyang pada waktu maghrib. Fuhhh! Ramainye... kata wan dalam hati. Kalau nak ikut hati jahat memang banyak benda dah terfikir dalam otak sebab penyebab ramainya orang pada malam ni berbanding hari-hari biasa. Tapi, wan harap masjid tu dapat diceriakan lagi dengan kedatangan mereka pada hari-hari berikutnya. Makin ramai makin bagus. kan-kan.

Malam sikit lagi, sediakan juadah untuk orang ramai keesokan harinya iaitu hari Maulud Nabi. Huiyh, hari yang memenatkan. Dahlah dua hari lepas badan lemah je, miseng *demam dalam bahasa melanau* lagi tu. Setengah hari je wan kat kedai. Alhamdulillah, sihat terus dalam satu malam.

Ape-ape pun, Selamat menyambut Maulidur Rasul semua.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Adakalanya sesuatu yang baik akan hilang tanpa kita sedar dan kehilangannya akan diingat-ingat.

Dating : Keluar bersama seseorang...


Assalamualaikum w.b.t

p/s for babengs:
Tergolak eden baco blogmu. Lagipun apa yang awak buat, sebenarnya saya pun buat jugak. Just saya takut je kalau-kalau nanti ade yang tak puas hati. Dalam hati awak kan dah ade. Jadi saya malaslah nak kacau ape yang dah ade dalam hati orang. Nanti berubah hati pulak. Lagi bagus awak sayang ape yang di dalam hati awak tu. Mane tahu dialah YOUR FUTURE. Bagi saya sekarang ni, kalau lah di dunia ini tiada untuk saya, saya nak rebut yang ada di kehidupan yang lebih kekal nanti. Ape-ape pun, tiap malam awak nampak comel, lagi-lagi kalau tengah senyum. perghhh!!! (ok.. melalut suda)

Back to the topik...


Wan tak tahu lah eyh, ape hukum dating-dating ni..
Tapi,benda ni macam dah jadi trend pulak kat budak-budak zaman sekarang. Dah macam benda penting pulak dalam pergaulan. Yang buat wan geram campur pelik tu, bila ada yang bangga sangat keluar dengan pasangan masing-masing. Sampai benda tu pun hebah kat orang lain. Kalaulah yang cakap macam tu orang yang dah berkahwin takpe lagi (orang yang dah berkahwin pun takde nya nak hebah-hebah benda gitu). Ni dak orangnye belum kahwin lagi, belum akad lagi pun dah bukan main lagi ligannye.

Cukup-cukuplah, tak payah nak ceritalah benda-benda gitu. simpan sendiri sudah. Tak kisahlah kalau nak keluar bersama sekali pun tapi jagalah batas pergaulan. Ingat, orang yang dah berkahwin pun ada had nya di tempat awam. Inikan pula yang belum berakad nikah, lagilah banyak 'red tape'nye. Jangan sampai tergadai ape-ape sudah. Sekarang dah dunia akhir zaman. Macam-macam boleh berlaku lagi-lagi benda yang kita tak jangka. Peramal kaji cuaca pun kalah tau. Kat kampung wan yang kecik ni pun dah ade kes yang pelik-pelik dan menyayat hati, apatah lagi di tempat-tempat yang lebih besar. Jadi berjaga-jagalah wahai anak muda, jangan sampai diri anda diselubungi trauma.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Yang rukun itu wajib, tiada yang dolak dalih nya lagi.

Imam Muda? memandai je...


Assalaamualaikum w.b.t

 
Gambar hiasan
*Image credit to Google Images

Ok, semua orang pun tahukan program Imam Muda tu satu program yang melahirkan bakat-bakat muda yang sangat mendalam fahamannya tentang Islam.

Tapi entri kali ni bukan nak cerita panjang lebar pasal program tu. Tapi nak kaitkan istilah tu dengan entri dekat blog cik Syra H ni (dia guna blogskin, so, takde la feeds... cari la sampai puas kalau dia dah update lagi... hehe..).

Setakat ni dah dua orang dah gelar Wan ni Imam Muda, padahal ciri-ciri pun langsung takde kat diri Wan ni. Ataupun sebab ade lebam dua kat dahi Wan ni yang hampir serupa dengan gambar kat atas tu, mereka terus gelar Imam Muda. Lagipun dalam cerita Hantu Kapcai tu kan ade Fizz Fairuz yang nak jadi Imam Muda.

Kalau sebab nasihat wan yang lebih berbentuk islamik, wan tak tau nak cakap ape lah eyh. Bagi wan, nasihat tu adalah untuk diri wan juga. Semuanya supaya Wan akan lebih tekun mengerjakan suruhan Yang Maha Esa. Dia yang merancang segala-galanya, dia juga yang menarik segala-gala nikmat yang diberikan. Semuanya itu bukan bermaksud Dia tak kesian kat kita, tapi Dia nak uji kita dengan kesabaran dan kecekalan hati kita dalam menjalani hidup kita seharian. (dah bunyi macam Imam Muda pun ade... hahaha...)
Sampai situ je lah kot. Nak cakap panjang lebaq satgi boring pulok nak baca entri panjang-panjang (tibe-tibe tukar loghat..). Jadi, sampai disini saja. Terima Kasih.


"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

p/s: Syra, pama mo ah. ajeh aseng ko bak lulo mo menak sepanduk men gerai melo dun... hahaha...

Kalau ada hati pada seseorang, luahkanlah supaya orang tersebut tahu masih ada yang menyayangi mereka.

May coming back...


*Image credit to Google Images

lame dah rasa nya tak update blog...

otak tengah kosong fikir ape nak update...

tapi ape-ape pun..

akan difikirkan semula ape yang nk update...

terima kasih kepada yang sudi

blog jog..

blog walk..

terjah..

singgah...

berenang...

melompat...

simpan kucing dalam chatbox...

dan macam-macam lagi yang  korang buat kat blog wan ni...

terima kasih sekali lagi...

hehehe...

"keep smiling"
^_^

-THE END-

Kawan tika ketawa senang nak cari, kawan tika berduka sangat susah nak cari.