:: 'Couple' saya dah banyak berubah ::


Assalamualaikum wbt.

*Credit to Google Images*

 Couple???? bila masa wan couple? hahahaha.
Ada tak yang terbenak di hati nak tanya soalan tu. hehe.
Takde lah, entri ni bukan tentang couple ke ape kan.
saje je nak komen berkaitan dengan menatang yang diberi nama perubahan ni.
hehe.

Sebenarnya wan terbaca blog tersayang yang menceritakan kisah hidupnya. Ceritanya ada berkait dengan perubahan yang berlaku dalam hidup dia. Bermula dari zaman hingusan iaitu waktu sekolah rendah hingga lah masa kini. Seronok je baca. hehe. Dia tu memang peramah orangnye. hehe. Tu lah entri dia tak pernah membosankan wan bila nak baca. Wan sebenarnya bangga dengan orang yang ada perubahan dalam hidupnya tau. Tak kisahlah perubahan macam mana pun. Tak kiralah cepat atau lambat prosesnya tu. Yang penting dalam hidup kita ni mesti mau ada perubahan. Perubahan yang lebih baik adalah menuju kearah kebaikan lah kan. Bak kata kebanyakan pakar motivasi,

"Orang yang berjaya adalah orang yang melakukan perubahan pada hari ini, lebih baik daripada yang kelmarin dan esok lebih baik daripada hari ini."

Yang wan malas pasal perubahan ni, bila berkait dengan couple. wan buat contoh lah eyh. contoh nye macam kat bawah ni,

**********************************************************

 P: Bie, baby tangok bie dah banyak berubah la. Tak macam dulu.
L: Maksudnya? macam mane tu? cer terangkan sikit part mana yang berubah sesangat tu?
P: ......................*sunyi*

*setelah 40 dialog*
P: kita putus lah!!!! Gua dah tak nak tengok muka lu lagi lepas ni... Lu brambus... footlooose...
L: ............*sunyi*

**********************************************************
*Tak kisahlah sape yang start dulu eyk*

 See... kebanyakan hubungan yang dah makin goyah mesti ada pihak akan kaitkan dengan perubahan pihak yang satu lagi. Setelah beberapa perbincangan mesti ambik jalan mudah iaitu dengan memutuskan hubungan silaturahim. Padahal sebenarnya benda gini boleh settle kot. Boleh bawak bincang kat persidangan meja bulat (kene bulat ke? segi empat boleh tak? hehehe).

Yang tak tahan tu bila ada kes begini,

**********************************************************

*antara dialog di dalam 40 dialog*
 P: Bie ada orang lain dah kan? ni mesti ade perempuan lain ni. ni la yang baby tak suka ni.
L: Eyh, mana ade... suke hati je baby ni...
P: Bie jangan nak tipu!!! Tak nak caye bie lagi dah... Selama ni bie tipu kan...
L: ????

**********************************************************

 So pengakhiran kisah di atas, berakhir dengan perpisahan yang berpanjangan. Hingga ke akhir hayat. Tak bertegur sapa, tak cakap ape, hilang begitu sahaja. Padahal mengeratkan silaturahim itu amat digalakkan dalam Islam. Malah Islam melarang umatnya memutuskan silaturahim antara sesama umat. Seperti  sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Jadi, bagi kes di atas tu, adakah ia menjadi satu kesalahan jika kita mendengar penjelasan daripada orang tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan muktamat? tidak rasanya. Tidak kah bersangka baik itu lebih baik daripada menghukum secara membuta tuli. Cubalah selidik dahulu kebenaran sesuatu khabar angin kerana khabar angin yang tak baik akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, jika orang yang tersebut tak mengaku atas kesalahan yang di buat, tidak menjadi masalah jika kita berserah pada Allah dalam menghukum segala apa yang dia sedang buat. Bahawasanya Allah itu Maha Adil. Berserahlah pada Dia. Jika Allah tidak redha dengan perhubungan itu, confirm hubungan tu akan goyah. mesti banyak benda yang jadi.

Apa-apa pun, kita kena ingat Allah itu wujud. Dia yang mengurus segala apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi bagi wan, apa-apa pun hubungan wan dengan manusia sekarang ni wan akan serah dengan Allah. Wan akan redha dengan ketentuan Ilahi.


"Keep Smiling"
^_^

Jodoh dan takdir itu ketentuan Allah, kita hanya merancang Dia yang menentukan.

4 komen sini:

Farah Waheda Wahid said...

setiap manusia pasti akan berubah... terpulang sama ada kepada yang lebih baik atau yang sebaliknya...

Niahix_01 said...

@Farah Waheda Wahid,

Betul.. betul... mesti ada perubahan...

Nisa Greennnpanda said...

ehem3.. ^_^

btul tue kate wan...
btw, moge wan n si dia kekal hgga akhirat~~~~

CikTeddyCorner said...

baca sikit, fikir. baca sikit,fikir.haha
betul tu kanda wan.
btw nanti kawen jangan lupa jemput kita tau ^_^