:: 'Couple' saya dah banyak berubah ::


Assalamualaikum wbt.

*Credit to Google Images*

 Couple???? bila masa wan couple? hahahaha.
Ada tak yang terbenak di hati nak tanya soalan tu. hehe.
Takde lah, entri ni bukan tentang couple ke ape kan.
saje je nak komen berkaitan dengan menatang yang diberi nama perubahan ni.
hehe.

Sebenarnya wan terbaca blog tersayang yang menceritakan kisah hidupnya. Ceritanya ada berkait dengan perubahan yang berlaku dalam hidup dia. Bermula dari zaman hingusan iaitu waktu sekolah rendah hingga lah masa kini. Seronok je baca. hehe. Dia tu memang peramah orangnye. hehe. Tu lah entri dia tak pernah membosankan wan bila nak baca. Wan sebenarnya bangga dengan orang yang ada perubahan dalam hidupnya tau. Tak kisahlah perubahan macam mana pun. Tak kiralah cepat atau lambat prosesnya tu. Yang penting dalam hidup kita ni mesti mau ada perubahan. Perubahan yang lebih baik adalah menuju kearah kebaikan lah kan. Bak kata kebanyakan pakar motivasi,

"Orang yang berjaya adalah orang yang melakukan perubahan pada hari ini, lebih baik daripada yang kelmarin dan esok lebih baik daripada hari ini."

Yang wan malas pasal perubahan ni, bila berkait dengan couple. wan buat contoh lah eyh. contoh nye macam kat bawah ni,

**********************************************************

 P: Bie, baby tangok bie dah banyak berubah la. Tak macam dulu.
L: Maksudnya? macam mane tu? cer terangkan sikit part mana yang berubah sesangat tu?
P: ......................*sunyi*

*setelah 40 dialog*
P: kita putus lah!!!! Gua dah tak nak tengok muka lu lagi lepas ni... Lu brambus... footlooose...
L: ............*sunyi*

**********************************************************
*Tak kisahlah sape yang start dulu eyk*

 See... kebanyakan hubungan yang dah makin goyah mesti ada pihak akan kaitkan dengan perubahan pihak yang satu lagi. Setelah beberapa perbincangan mesti ambik jalan mudah iaitu dengan memutuskan hubungan silaturahim. Padahal sebenarnya benda gini boleh settle kot. Boleh bawak bincang kat persidangan meja bulat (kene bulat ke? segi empat boleh tak? hehehe).

Yang tak tahan tu bila ada kes begini,

**********************************************************

*antara dialog di dalam 40 dialog*
 P: Bie ada orang lain dah kan? ni mesti ade perempuan lain ni. ni la yang baby tak suka ni.
L: Eyh, mana ade... suke hati je baby ni...
P: Bie jangan nak tipu!!! Tak nak caye bie lagi dah... Selama ni bie tipu kan...
L: ????

**********************************************************

 So pengakhiran kisah di atas, berakhir dengan perpisahan yang berpanjangan. Hingga ke akhir hayat. Tak bertegur sapa, tak cakap ape, hilang begitu sahaja. Padahal mengeratkan silaturahim itu amat digalakkan dalam Islam. Malah Islam melarang umatnya memutuskan silaturahim antara sesama umat. Seperti  sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Jadi, bagi kes di atas tu, adakah ia menjadi satu kesalahan jika kita mendengar penjelasan daripada orang tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan muktamat? tidak rasanya. Tidak kah bersangka baik itu lebih baik daripada menghukum secara membuta tuli. Cubalah selidik dahulu kebenaran sesuatu khabar angin kerana khabar angin yang tak baik akan mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, jika orang yang tersebut tak mengaku atas kesalahan yang di buat, tidak menjadi masalah jika kita berserah pada Allah dalam menghukum segala apa yang dia sedang buat. Bahawasanya Allah itu Maha Adil. Berserahlah pada Dia. Jika Allah tidak redha dengan perhubungan itu, confirm hubungan tu akan goyah. mesti banyak benda yang jadi.

Apa-apa pun, kita kena ingat Allah itu wujud. Dia yang mengurus segala apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi bagi wan, apa-apa pun hubungan wan dengan manusia sekarang ni wan akan serah dengan Allah. Wan akan redha dengan ketentuan Ilahi.


"Keep Smiling"
^_^

Jodoh dan takdir itu ketentuan Allah, kita hanya merancang Dia yang menentukan.

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja


Assalamualaikum wbt.

Tekan Banner untuk Join 
Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]

Nak tag :
Kids | LompatFrogLompat


:: Teringin nak pergi haji ::



Assalamualaikum wbt.

Credit to TH Film(Youtube)

Sebenarnya lepas tengok video kuliah dari Ustad Abdullah Khairi kat atas tu ha. Tiba-tiba hati ini terasa sayu, sedih teringin nak pergi sana juga. Entah lah kenapa. Tiba-tiba rasa sebak masa mula-mula dengar kuliah yang berkaitan dengan haji tu. Backgound music yang buat kisah tu makin sedih kot. hehehe. Kalau tak percaya, pi la tengok video kuliah  kat atas tu. Tak rugi punya. Wa sakap lu. hehe.

Memang logik pun sebenarnya kan, kita sebagai umat Islam kena ada niat nak menunaikan rukun Islam yang kelima tu. Selagi kita masih ada kuasa. Bukan kuasa macam power renjers tu tak, tapi kuasa macam kita masih ada kuasa untuk berdiri kiranya kita masih ada kekuatan untuk melakukan ibadah tu lah kan. Tambahan kita kena lah ada duit. Simpan duit dari kecik dalam tabung buluh tu. Nanti bila dah besar banyak berbukit-bukit lah duit tu. Jadi, boleh lah buat pergi haji. hehe.

Tapi malangnya, wan masa kecik dulu tak pernah fikir benda-benda tu semua. Yang wan tau gula-gula, keropok, jajan, mainan dan macam-macam lagilah. Takat tu je pikir. Habis tabung dikorek nak beli mainan. Habis belakang arnab kena kopak. Kan dulu ada tabung yang bentuk arnab tu kan. Yang warna pink, biru, putih, haa tabung tulah yang kene pecah tu. Kadang-kadang tu tak sampai sejam duit tu masuk dalam tabung, dah kene korek balik keluar. Mana tak jadi tanah lapang je duit tu. Kalo simpan, lama dah duit tu jadi berbukit bukau hutan hujan tropika. Tak gitu yop. hehe.

Jadi, apa-apa pun benda baik yang kita nak buat mesti mau ada niat. Selagi niat takda, selagi tu kita tak plan nak buat apa. kan. Semoga suatu hari nanti wan sempat menjejakkan kaki ke sana. InsyaAllah.

"Keep Smiling"
^_^

Kita hanya merangcang dan Allah yang menentukan bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

:: WW1 - Rindu Abi ::


..Dirimu sentiasa di dalam ingatan saat suka dan duka..

21 Disember 2013M

bersamaan

22 safar 1435H




:'(


Image credit to Google Images

Sepanjang mana umur kita di dunia ini, kita akan tetap melalui alam akhirat jua akhirnya.

:: Cinta kerana couple ::


Assalamualaikum wbt.

credit to TH Film(youtube)

credit to TH Film(youtube)
ok.. kali ni nak sentuh sikit tentang couple-couple ni. hehe.

Video kat atas tu bagi wan penjelasan yang cukup bagus untuk menjelaskan semua benda berkaitan tentang couple ni.

Dulu wan pun pernah jahil dalam bab-bab yang macam ni. Setelah mengharungi beberapa episod jerit pahit hal berkaitan dengan couple ni, akhirnya wan faham kenapa kita sebagai umat Islam takde istilah-istilah couple ni. Couple ni kononnya hak bagi pasangan remaja untuk mengetahui semua benda berkaitan pasangan mereka. Kononnya mempertahankan cinta yang berputik sekian lama. Padahal, hal-hal begini akan menyusahkan sebelah pihak jika ia tak sampai ke hujungnya iaitu ke jinjang pelamin.

Dah macam sia-sia je kenal berbulan-bulan, bertahun-tahun tapi berakhir dengan episod duka yang mendorong kebanyakkan remaja untuk membunuh diri dengan kata lain lebih kepada mengalami tekanan jiwa. Sat lagi terpampanglah di dada akhbar tajuk-tajuk duka seperti 'remaja bunuh diri ditinggal kekasih', 'remaja bunuh kekasih', 'Dendam kekasih' dan banyak lagi. Kan dah sia-sia hidup kat dunia. Kan bagus tunaikan ibadah Allah, pahala pun dapat. Daripada dapat dosa disebabkan oleh diri kita yang tak terkawal tu.

"Keep smiling"
^_^

Bercinta bercinta jugak, batas pergaulan kena jaga.

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum wbt.


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

:: Kisahku - Bibit-bibit Percintaan ::


Assalamualaikum w.b.t


ok... kali ni nak cerita pasal percintaan pulak. hehe.

Siapa yang tak pernah menghadapi fasa ni, ANGKAT TANGAN!!. hehe. Amboi macam marah je. hehe. Takdelah, macam tak percaya pulak kan kalau ada yang angkat tangan. Kebanyakkan anak muda sekarang mesti ada menghadapi fasa ni. Yang membezakannya hanyalah samaada hanya sekali atau berkali-kali bak kata budak-budak Cinta Monyet. Sat lompat sini, sat lompat sana. hehe.

Sekarang ni senang sangat orang nak cakap ungkapan "I love you" kat seseorang yang mereka cintai. Terutamanya budak-budak yang baru nak berjinak-jinak dengan benda-benda cintan cintun gini. Padahal, adakalanya perkataan tu kebanyakkan budak zaman sekarang salah gunakan. Guna perkataan tu hanya untuk sesuatu agenda. Habis agenda tu, habis lah. Dah macam sindiket pulak. Mentang-mentang muka lawa, muka hensem, habis budak-budak muda dia nak try. Dah dapat, blah. Asal dapat je, kononnye dah jadi hak. Padahal, selagi belum akad, belum hak lagi. Tulah sebab timbul perkataan Cinta Monyet kot. Lompat parti punya olang. hehe.

Adakalanya tak semestinya sebab yang atas tu. Adakalanya sebab benda lain. Mungkin sebab tak sepefahaman ke, kaki spare ke dan macam-macam lagi jenis fesyen lah. Kalau yang tak sepefahaman tu kira standard la sikit kan. Even orang dah nikah pun boleh tak sepefahaman. Betul ke? pi la tanya dengan yang dah nikah tu. hehehe.

...Rasenye  dah melalut dah ni...

Ok. Wan malas nak cerita yang lepas-lepas eyk. Yang lepas biarkan lepas je lah. Malas nak ingat lagi dah. Bak kata peribahasa, barang yang lepas jangan dikenang. hehe. Jadi, kita bincang percintaan yang sekarang. hehe.

Mencintai seseorang untuk kesekian kalinya tu sangat tak dapat diterima dek akal Wan sendiri. Mana tak nya, Wan sebelum ni pernah niat dalam hati, Wan dah tak nak terlibat dalam alam ni lagi. Sebab kebanyak dalam alam ni akan mengecewakan Wan sendiri. Tapi untuk yang kali ni, Wan hanya serah pada Yang Maha Esa. Biar Dia yang atur semuanya. Dia kan Maha Berkuasa. Jadi, Wan terima apa saja ketentuan daripada-Nya. Semoga Allah merahmati hidup Wan selama ini dan yang akan datang.

Setiap kali Wan tengok pasangan sahabat-sahabat Wan yang tak melalui zaman bercinta macam budak-budak zaman sekarang, iaitu bercinta lebih kepada nafsu, mesti Wan cemburu. Macam mana mereka boleh bertahan? Macam mana mereka menjaga hubungan mereka sebelum berkahwin? Padahal selama ni Wan tak pernah rasakan hubungan begitu boleh bertahan hingga ke jinjang pelamin. Tapi, sekarang Wan dah faham. Semua orang tak mengalami jalan hidup yang sama. Semua itu adalah ketentuan Allah. Takdir yang telah diatur dari dulu lagi.

Semua orang ada jalan hidup masing-masing. Begitu juga perjalanan menuju sunnah Rasulullah itu. Semua orang berbeza. Ada yang bertenggek kok tingkap pun dah temu jodoh. hahaha. Ade ke.. Kalau yang jatuh dari pokok atau tempat-tempat tinggi tu mungkin ade kot. Ape tah lagi yang hanya setegal ambil gambar.

ok cop. Hilang idea suda.

Ape-ape pun, Semoga kehidupan di masa hadapan kita di rahmati oleh-Nya. InsyaAllah.
Persahabatan kita tak akan terpisah walaupun kita akan dipisahkan dengan sesuatu suatu hari nanti.