Amplang...



Assalamualaikum awak,

Hari dimana semua orang mengucapkan hari ibu kepada ibu mereka, saya teringat kat awak. Awak memenuhi seluruh ruang hati saya. Saya hanya nak cakap yang saya rindukan awak. Banyak benda yang saya nak cerita kat awak hari ni sebenarnya. Akan tetapi, awak telah mengaburkan semuanya. Saya terus tak jadi nak cerita benda tu semua kat awak. Jadi kalau awak ternampak entri saya yang ni, awak akan tahulah apa yang saya nak cerita tu.

Pertama sekali saya nak cerita kat awak ialah hari ni untuk pertama kalinya saya terserempak dengan saudara saya. Selama satu semester ni, ni baru first time jumpa dia. Bukan bermaksud dah bertahun ye. Dalam semester ni je. Hehe. Saja saya nak kongsi kegembiraan saya jumpa saudara saya tu. Baru gap satu semester pun dah rasa gembira jumpa saudara kan, inikan pula kalau bertahun. hahak.

Yang dua, saya nak cerita kat awak ke mana saya dan kawan sebilik saya pergi bersiar-siar tak tentu hala sehari-harian hari ni. Bermula dengan makan, terus pusing ketiga-tiga mall yang ada kat Shah Alam ni. Habis semua kami ronda. Kejap-kejap tengok handphone, Kejap lagi tengok casing handphone, habis tengok tu, tengok kejap budak-budak menari chicken dance kat atas pentas, pastu pergi beli deodorant pulak. macam-macam lagilah kami buat kat mall semua tu.

Selain tu, saya nak cerita kat awak yang saya jumpa tiga orang kawan saya di tiga tempat yang berbeza dalam satu hari je. Biasalahkan musim konvo, mestilah jumpa banyak kawan-kawan. Hehe. Kat satu mall tu saya terserempak dengan senior saya. Masa saya ternampak dia, saya terus saja halang jalan dia dengan tunduk muka. Jadi dia tak nampak saya. Hahaha. Jahat tak saya. Tapi lepas tu saya tegur lah dia. Barulah dia perasan saya yang halang jalan dia. Kami pun tegur sapa sekejap. Lima saat lepas perbualan singkat tu, saya pun terfikir, mesti senior saya tu fikir "nak kene budak ni halang-halang jalan aku pulak kerje dia" masa saya halang dia tadi. hahaha....

Lepas tu, saya ternampak kawan sekelas saya pulak, dia tak perasan saya pada mulanya. Jadi, dengan rasa tak malu, saya terus tunjuk muka depan dia. Sebenarnya saja saya buat macam tu, nak tengok apa reaksi dia. Awak nak tau macam mana reaksi dia. Macam kera nampak cermin owh. Bak kata orang Indonesia "kaget gitu". Hehe. Dengan tak semena-mena kene cubit sekali. Hahaha.. Mesti kawan saya tu cakap dalam hati "haaaa, baru kau tau sapa aku. buat lah lagi kalau berani". Saya pun meratap kesakitan, yang dibuat-buat sebenarnya. Hehe. Jadi, kami pun bertanya lah tentang aktiviti harian masing-masing. Rupa-rupanya, dia kat situ jaga salah satu booth milik makcik dia. Patut lah berdiri je kat booth tu. Macam nak taknak je rupe dia tu.

Petang sikit, dalam pukul berapa entah, kawan karib saya pulak datang kat bilik saya. Bukan bilik lah, kira macam dorm lah. Dia datang dari jauh. Dari Sabah owh, dia datang untuk konvo. Hmm. Saya bila lah lagikan. Dia datang kat dorm saya tu just untuk ambik baju konvo dia je sebab hari tu masa sesi ambik baju konvo, saya yang tu long ambik kan. Jadi, sambil-sambil tu kami bertanya khabar masing-masing, tanyalah dia dah kerja ke belum. Dia cakap, dia baru je dapat kerja. Alhamdulillah lah dia dapat kerja sudah. Saya bila lagi. Adoi. Sebelum dia berundur diri, dia ada bagi saya AMPLANG. Keropok dari Sabah. Kalau tak tau, tengoklah gambar yang saya sertakan bersama entri ni ye. hehe..

Jadi, itu saja saya nak cerita kat awak, terima kasihlah sebab awak baca sampai habis. Saya tak tahu nak bagi apa sebab awak baca sampai habis.Sebelum mengundur diri, saya nak minta maaf kalau ayat yang saya guna sepanjang entri ni sangat-sangat tak sesuai. Tatabahasa lari bak kata orang lama-lama. hehe...

sekian, terima kasih.


"keep smiling"
^_^

-THE END-

4 komen sini:

zizie said...

amplang tu apa?

izamin said...

sedapnya tu laici ke abg wan? errr.. :P hehe

Momma AA said...

saya pernah mamam amplang.. syok smpi x terasa tetiba dah abis.. huhu..

wan niahix said...

@zizie:
amplang tu yang kat gmbr bawah sekali... hehe...
die kira mcm keropok jugak lah... ^^,
buatan org sabah...

@izamin:
fizah, ape pulak laicinye... tu amplang la.. kalo laici xdenye nk letak dalm balang gitu...

@Momma AA:
tau xpe, mmg syok... hehe...