Selamat Hari Raya Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidiladha

diucapkan kepada semua sahabat handai yang beragama Islam.

baik yang dekat mahupun yang jauh.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan murah rezeki.

serta dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan.

Paku pakis pohon pandan,
Proses tebu nak buat gula,
Kambing sapi di buat korban,
Selamat menyambut Aidiladha.

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

*buat entri mase pening-pening

Pengorbanan :: Penghayatan : : Peringatan

Surat Berantai??


Assalamualaikum

Kembali bersama blog kesanyangan yang telah lama dibiarkan bersawang dengan seukir senyuman sinis..


Dapat tak baca apa yang di tulis kat dalam gambar atas tu?
agak-agak kita nak percaya bulat-bulat tak?

Kalau yang fikir dua tiga kali tu, bagus lah. Bukan lah nak cakap kita tak percaya dengan benda-benda macam tu. Tapi adakalanya benda tu macam tak logik je. Betul ke benda tu akan jadi macam yang di tulis tu. ataupun ada sesetengah pihak tu saje nak ambik kesempatan. Kira macam ada udang sebalik batu lah. Bukan benda tu macam SURAT BERANTAI je ke?

Kalau Wan lah kan, Wan tak percaya sangat benda macam ni. Melainkan ia melalui sumber yang betul-betul boleh dipercayai contohnya dari Mark Zuckerberg sendiri. Lagipun tak kan dorang tu nak suruh orang bayar kot sedangkan selama ni laman sosial tu free je. Sejak tu jugaklah, pengguna server dorang makin ramai. Takkan dorang nak pengguna dorang 'lari' sebab benda macam tu kot. Lagipun, kebanyakkan pengguna laman sosial adalah golongan yang tak mampu nak bayar macam yang tertera dalam 'surat' kat atas tu. ke lebih ramai yang 'berduit' bukak akaun dalam laman sosial macam tu. Tak kira lah facebook ke, twitter ke, friendster ke, myspace ke, hi5 ke, apa-apa jenis laman sosial je lah. Kalau macam tu, memang untung lah laman sosial. Apa-apa pun, semua tindakan teletak pada diri kita sendiri. Bak kata Nabil, Lu Fikir lah sendiri....

itu saja...

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Percaya sesuatu biar bertempat. Jangan sampai memakan diri.

Aurat dan senyuman.


Assalamualaikum...

Kembali semula dengan blog kesayangan bersama seukir senyuman...

 *Images credit to Google Images

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.


KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
ok. yang atas tu main fotostat je. hehehe. Lagipun I like the idea. Ada masa tu tak sanggup nak tengok. Istifagh je yang dapat buat. Nak marah sat gi, ade la yang cakap busybody la ape la. Tapi kalau ada yang memang bersungguh-sungguh untuk menutup aurat tu, bagus lah. Yang penting kerana Allah ye.

**********************

Kali ni kat tempat kerja asyik tengok orang senyum je. Entah ape yang bermain kat fikiran mereka tu wan pun tak tahu. tapi bagus jugak. Taklah stress tengok orang mulut muncung je. hehe.

**********************

Akhir sekali. bukan wanita sahaja yang ada masalah dengan aurat ni ye. Lelaki pun ada jugak. Memang tak boleh nak salahkan sebelah pihak saja. kita kena fikirkan sama-sama je la ye.

Itu saja..

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Adakalanya untuk melakukan sesuatu kearah kebaikan memerlukan pengorbanan.

Malam teka-teki..



A : Banyak-banyak kereta, kereta apa yang belum mandi wajib?

B : ??????

A : Banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak di panggil kereta?

B : ????????

C : Buah apa yang  besarnya macam buah rambutan, tapi orang tak makan?

B : huh? macam 'double meaning' je... hahaha...

(sama-sama gelak)

Itulah suasana malam ni di tempat kerja. Masa bosan dah tak tau nak buat apa. Balas-balas teka-teki dengan budak kedai sebelah. Kacau-kacau orang yang lalu lalang dan yang minta order waffle, potato spring ke, french fried ke, wedges ke... soal ni, soal tu... last habis masa.. hehe..

"Keep Smiling"
^_^

-THE END-

Learning from experince is the best teacher