Assalamualaikum wbt.
Credit image to mstar.
Kecoh dua tiga hari ni tentang penemuan seorang budak OKU di media massa baik dari media elektronik mahupun media cetak. Semua menyiarkan tentang penemuan budak yang sama. Sedih dan sayu pula wan melihat keadaan budak tersebut ketika berita itu mula-mula di siarkan di kaca TV. Sayu melihat keadaan dia yang kurus kering serta menampakkan tubuhnya separuh tertutup ditutupi hanya sebahagian daripada baju yang dia gunakan.
Keesokan harinya pelbagai tanggapan yang keluar dari kaca TV. Mengata begitu begini begitu begini. Ada yang menyalahkan ibubapa budak tersebut semata-mata, ada yang menyatakan hak budak itu sebagai OKU, dan tak kurang juga yang menyatakan kesanggupan ingin menyara budak yang terbabit itu di samping tanggapan-tanggapan lain yang tak terhitung banyak nya.
**********************************************************************
Ok, malas nak cakap lebih pasal budak tu. Wan just nak bersyukur atas rahmat yang Allah limpahkan keatas keluarga wan dengan mewujudkan seorang insan yang bernama Shahidatul Jannah di dalam kehidupan kami sekeluarga. Dengan adanya dia kami hidup bersederhana. Wan sangat bersyukur berada dalam keluarga ni. Alhamdulillah.
Sebenarnya ada satu video yang membuatkan wan teringin nak post tentang budak OKU ni. Video ni berkaitan dengan budak OKU dan ia membuatkan wan rasa sebak dengan apa yang berlaku. Jangan lah kita menyisihkan golongan begini, mereka juga berhak hidup di muka bumi milik Allah ni. Semuanya ada hikmah disebalik apa yang Allah jadikan di dunia ini.
Jom tengok video nya :
"Keep Smiling"
^_^
0 komen sini:
Post a Comment