:: Anak itu rahmat dari Allah ::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to mstar.

Kecoh dua tiga hari ni tentang penemuan seorang budak OKU di media massa baik dari media elektronik mahupun media cetak. Semua menyiarkan tentang penemuan budak yang sama. Sedih dan sayu pula wan melihat keadaan budak tersebut ketika berita itu mula-mula di siarkan di kaca TV. Sayu melihat keadaan dia yang kurus kering serta menampakkan tubuhnya separuh tertutup ditutupi hanya sebahagian daripada baju yang dia gunakan.

Keesokan harinya pelbagai tanggapan yang keluar dari kaca TV. Mengata begitu begini begitu begini. Ada yang menyalahkan ibubapa budak tersebut semata-mata, ada yang menyatakan hak budak itu sebagai OKU, dan tak kurang juga yang menyatakan kesanggupan ingin menyara budak yang terbabit itu di samping tanggapan-tanggapan lain yang tak terhitung banyak nya.

**********************************************************************

Ok, malas nak cakap lebih pasal budak tu. Wan just nak bersyukur atas rahmat yang Allah limpahkan keatas keluarga wan dengan mewujudkan seorang insan yang bernama Shahidatul Jannah di dalam kehidupan kami sekeluarga. Dengan adanya dia kami hidup bersederhana. Wan sangat bersyukur berada dalam keluarga ni. Alhamdulillah.

Sebenarnya ada satu video yang membuatkan wan teringin nak post tentang budak OKU ni. Video ni berkaitan dengan budak OKU dan ia membuatkan wan rasa sebak dengan apa yang berlaku. Jangan lah kita menyisihkan golongan begini, mereka juga berhak hidup di muka bumi milik Allah ni. Semuanya ada hikmah disebalik apa yang Allah jadikan di dunia ini.

Jom tengok video nya :


"Keep Smiling"
^_^

:: undefined mode, fainted mode, unactivated mode ::


Assalamualaikum wbt.


Tajuk Bahasa Inggeris sangat. hahaha.

Sejak entri terakhir dalam blog ni, wan rasa macam lain macam je. Entah lah kenapa. Jiwa kacau bilau. Semua benda yang di buat entah jadi ape entah. Serba tak kena. Ke sebab yang kawan wan si Shera cakap tu?

"Wan, asal dua tiga hari ni macam frust dengan someone je post dalam FB?"

hahaha. KOT..

Biar lah. Benda dah nak jadi kan. Nak salahkan sape? salah diri sendiri je la. Nak tunding jari pun tak kemana jugak, tak kan selesaikan apa-apa pun. Baik wan diam diri. Biar apa yang berlaku menjadi teladan dan sejarah yang akan sentiasa di lipatan sejarah zaman purba. Zaman dinasour dulu punya lipatan sejarah. hehehe.

Apa-apa pun yang penting siapa sahaja yang wan cakap tu, dia sentiasa gembira dan akan terus berjaya dalam pelajaran dia. Jangan jadikan wan sebagai idola. Wan tak layak nak di jadikan idola kecil. hehe.

************************************************************
haaaa...

Apa khabar semua pembaca blog wan? anda baik-baik saja ka? kalo yang sakit tu jangan lupa jumpa doktor. Makan ubat.

p/s: wan ni jenis 'lengat' sikit nak jumpa doktor. ehehehe. 'lengat' tu kira macam liat la. Kalau setakat sakit pening kepala tu memang tak lah nak jumpa doktor.

************************************************************

Lama betul tak update blog ni. Entah apa lagi yang wan nak update. Wan pun dah hilang akal. Masa yang terluang habis terbuang dengan bermesej dengan mrs.Celcom yang tak kunjung tiba memberi mesej. Benda tak perlu pun dia mesej gak. Cakap kita ada menang kereta la apa la. Ingat kita ni minum guna gelas Ali cafe ke nak minum seteguk terus bertukar ruangan ruang tamu. hehe. Tapi best jugak tu kalau sekali teguk terus dapat kereta. Boleh hadiah kat orang yang boleh bawak kereta tu. Takde lah dia nak tumpang orang lain lagi nak pergi mana-mana. hehehe. Angan-angan je.

InsyaAllah, nanti wan akan hidup kan semula blog wan ni. Nak isi dengan benda-benda berfaedah sikit. di samping selit-selit sikit kisah diri yang entah kemana hala tuju kehidupan ni.

Ok lah, sekian.

"Keep Smiling"
^_^