Assalamualaikum wbt.
Hari ini 16 Mei, wan nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar wan dari kecil sampai besar gajah sekarang ni. hehe. Terutamanya guru-guru yang pernah jadi guru kelas wan dulu masa wan belajar kat SRK OK Selair Matu (Tahun 1 & Tahun 2), SRK Pandan Indah (Tahun 3), Sekolah St. John Bukit Nanas (Tahun 4 & Tahun 5), SK Campuran & SK Sungai Nai (Tahun 6), SMK TPDP Hajjah Normah Daro (Tingkatan 1 - 5), KML, dan UiTM. Eyh, macam banyak sangat pulak tempat belajar. hehe.
SELAMAT HARI GURU!!!
Teringat dulu masa masih budak-budak mentah, cikgu-cikgu pernah marah, pernah jentik telinga, nasihat itu ini hinggalah sekarang wan jadi seorang yang entah apa-apa ni. Tapi yang penting bagi wan pengalaman bersama guru ni semua sangat berharga. Kerana mereka lah adanya pemimpin yang berwibawa, ustaz yang tegas menegakkan agama, pelajar yang taat dan patuh segalanya hingga berjaya. Tanpa kesabaran mereka untuk mendidik, pelajar-pelajar juga tak akan berjaya. Mereka berusaha sehabis baik untuk menjadikan seseorang pelajar itu berjaya hingga ke menara gading. Namun tanpa azam yang kuat dalam diri kita sendiri, usaha mereka ini seperti sia-sia sahaja. Akan tetapi mereka tetap berusaha untuk membantu yang kurang berkemampuan untuk terus cemerlang dalam kehidupan. Oleh itu, kepada mereka yang masih bergelar pelajar hendaklah menghargai guru-guru yang mengajar mereka. Tanpa guru mereka itu, mereka tidak akan mengenali huruf ABC, nombor 123 malah simbol-simbol dalam matapelajaran matematik mahupun sains.
"Kekecewaan melanda diri yang serba kekurangan ini."
:: Hanya keluarga terdekat dan si puteri salju sahaja yang pernah ku ceritakan exactly apa yang berlaku dalam diriku ini. ::
Apa-apa pun...
kepada semua guru-guru,
Credit Image to Ataicha's Blog
"Keep Smiling"
^_^
"Keep Smiling"
^_^
Merindui seseorang yang menjadi pujaan hati selama berkenalan.
0 komen sini:
Post a Comment