Cinta...

Bak kata orang ia amat mengembirakan. Itupun bagi yang pernah dan sedang berjinak-jinak. Tetapi kalaulah itu yang berlaku kenapa masih ada yg bersedih. Adakah cintanya tidak pernah diterima atau dirinya yang tidak pernah berusaha ke arah itu. Adakah semua itu takdir yang di tentukan oleh Yang Maha Esa. Jika itulah yang dikatakan takdir, kenapa perlu ada yang menggadaikan nyawanya. Kenapa pula nyawa yang dipertaruhkan sedangkan takdir yang ditentukan oleh-Nya sentiasa ada. Walau cepat mahu pun lambat, kita perlu menunggu. Ada masanya Tuhan telah memberi peluang kepada "kita" utk mencuba tetapi kenapa perlu ada yang sombong atau dalam bahasa lainnya "jual mahal". Adakah mungkin "mereka" tiada keberanian untuk memulakan langkah atau takut niat tidak kesampaian...

Fikir-fikirkanlah...dan Selamat beramal... ^_^

SALAM LEBARAN...




Selamat Hari Raya...

Selamat hari raya pada semua muslimin muslimat... ^_^

Situasi 12


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Di suatu pagi yg buta (sahur daaa)...

mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...

Alim : masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..''MAK BUAT HO..HO...HOLICK ERK ???..''

Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!..

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Situasi 11


ku tahu ku tidak mungkin dapat mencarimu di dalam hatiku ini,
ketika ku merinduimu,
TETAPI adakalanya,
ku berdoa agar dirimu ada di sisi ku,
jadi ku dapat membisikan padamu,
"Sayangkamoo," di telingamu.. ♥

Situasi 10


Girl: Kalo kite kawin nanti, berhenti merokok k.
Boy : Ok!
Girl: 'minum' pun jangan.
Boy : Ok!
Girl: dan jangan pergi clubbing.
Boy : ye..
Girl: Ape lagi awak bole tinggalkan untuk saye??
Boy : Idea nak kawin dengan awak! :)..

Situasi 9


Girl: saya cemburu la.
bila perempuan lain tengook kat awak...

Boy: Jangan cemburu, Baby..
Girl: Kenape pulak?

Boy: Sebab awak ade ape yang mereka takde.
Girl: Ape die?

Boy: Hati  saya ♥ ♥

Situasi 8


Seorang lelaki telah melamar seorang gadis,

Gadis itu menolak lamarannya

...

tetapi lelaki tersebut tidak SEDIH sekali pun....!

Sahabat lelaki tersebut bertanya kepadanya: Kau ni tak ade perasaan ke?
kau tak sedih pun KENAPE ?????

Lelaki tersebut: Kenapa aku perlu sedih?
Aku kehilangan orang yang tidak mencintai aku..

tetapi

Perampuan tu hilang Lelaki yang SANGAT mencintai dia..!!

Situasi 7


Suatu hari seorang gadis bertemu dengan teman lelakinya
ketika mereka bertemu, gadis itu memberi sepucuk surat kepada teman lelakinya itu

teman lelakinya juga memberi sepucuk surat kepadanya
di dalam surat yang di tulis oleh gadis itu tertera perkataan " saya nak awak tinggalkan saya"
"sebab saya sudah ada teman lelaki baru.. dan dia lebih bagus dari awak"

tanpa disedari sebuah kereta telah melanggar lelaki itu
dan dia meninggal dunia...
ketika gadis itu membuka surat yang di berikan oleh lelaki itu,

terpampang satu tulisan..
"Hari kamu meninggalkan saya adalah hari terakhir saya hidup dnuia ini..."

♥♥♥SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT ♥♥♥

Situasi 6


IA BERMULA DENGAN SEORANG LELAKI YANG MENGHADAPI PENYAKIT KANSER DAN DI JANGKA HAYATNYA HANYA TINGGAL SATU BULAN SAHAJA LAGI.
DIA MENCINTAI SEORANG PEREMPUAN YANG BEKERJA DI SEBUAH KEDAI MENJUAL CD (CAKERA PADAT).
TETAPI DIA TIDAK MEMBERITAHU PEREMPUAN ITU BAHAWA DIA MENCINTAI PEREMPUAN ITU.
SETIAP HARI DIA AKAN PERGI KE KEDAI ITU DAN
MEMBELI SATU BUNGKUSAN CD HANYA KERANA INGIN BERBUAL DENGAN PEREMPUAN ITU.

SELEPAS SEBULAN, LELAKI TERSEBUT TELAH PUN MENINGGAL DUNIA.

SUATU HARI, PEREMPUAN ITU PERGI KE RUMAH LELAKI TERSEBUT KERANA INGIN BERTANYAKAN KHABAR,
IBU LELAKI TERSEBUT MEMBERITAHU PREMPUAN ITU BAHAWA LELAKI ITU

TELAH MENINGGAL DUNIA DAN MENEMANI PEREMPUAN ITU KE BILIK LELAKI TERSEBUT.
PEREMPUAN ITU TERNAMPAK SEMUA BUNGKUSAN CD YANG TELAH DI BELI LELAKI TERSEBUT TANPA DIBUKA SATU PUN,

PEREMPUAN ITU MENANGIS DAN MENANGIS HINGGA LAH SUATU HARI PEREMPUAN ITU MENINGGAL DUNIA.
KAMU TAHU KENAPA PEREMPUAN ITU MENANGIS?

INI KERANA PEREMPUAN ITU TELAH MELETAKKAN SEPUCUK SURAT CINTA
DI DALAM SETIAP BUNGKUSAN CD ITU...DIA SANGAT MENCINTAI LELAKI TERSEBUT...

Situasi 5


Adakalanya terlalu lambat untuk perbetulkan keadaan...

Adakalanya kita menyakiti seseorang lebih daripada yang kita tahu...

Adakalanya senyuman itu luntur di depan mata kita...

dan adakalanya kitalah penyebab seseorang itu menangis...

Jangan pernah lakukan sesuatu yang kita tidak suka org lakukan kepada kita.

Hargailah kehidupan kita dan sayangilah orang di sekeliling kita !!!

Situasi 4


Seorang gadis dan teman lelakinya ber'message' selepas bergaduh..

Gadis: Saya tak akan pernah menang :'(

Lelaki: Itu Tipu!!

Girl: Kenapa pulak ??

Boy: Sebab awak telah me'menang'i hati saya ♥ :)

Situasi 3


Cikgu: Apa ciita-cita kamu bila dah besar nanti?

Aiman: Saya nak jadi seorang Doktor...

Ali: Saya nak jadi seorang Peguam..

Fara: Saya nak jadi seorang IBU...

Wan: Saya nak tolong Fara jd "IBU"...

* nama yg terlibat tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia...

Situasi 2


♥♥ Dia membisikkan kepada kekasihnya, "Sayang, saye sayang awak."

Kekasih : Sayang awak juga.

Dia : "betul ke nie?"

Kekasih : "Ya,lebih dr segalanya"

Lalu,
...Dia melutut, mengeluarkan sebentuk cincin, dan berkata "Buktikan."
Kekasih itu senyum dan menjawab YA ♥♥ :)

Situasi 1


Boy:- Hye ?

Girl:- hye.. . Awak ape khabar?

Boy:- Saye sihat. Boleh tak awak buat impian saya menjadi kenyataan ?
          Hanya awak sorang saje yang dapat tolong saye...

Girl: - Baiklah... .ape impian awak. . ???

Boy:- saye hanya mahukan tandatangan awak, sayang... boleh la...

Girl:- jangan sedih ye sayangku,
kat mane yang nak kene tandatangan tu. ?

Boy:- kat dalam borang 'kawin' kita ... ''♥''

Apabila Lelaki Mencintai Kekasih nya...



1. Kecantikan kamu diketepikan,keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar sms..walaupun tidak dibalas..ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu…

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..

6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja..

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

12. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek…

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam,tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

-copy & paste-