:: Cantik baju GF... GirlFriend ::


Assalamualaikum w.b.t

Depan

Belakang

Ok dah tengokkan gambar kat atas tu...
agak-agak apa sebenarnya yang berlaku dengan baju tu?






















Takde apa-apa yang berlaku kat baju tu sebenarnya. hehehe.

Kisah ni berkisar pada dua tiga hari yang lepas. Pada hari tersebut wan tiba-tiba terasa nak guna baju tu. Jadi dengan tanpa rasa segan silu, wan pakai je la baju tu. Lepas tu, Wan ajak lah adik wan yang sama-sama GF tu keluar jalan-jalan pergi pasar. Kalau yang sama-sama Geng Fiqra, mesti tau adik wan mana satu yang wan maksudkan. hehe. Nak di pendekkan cerita, masa berjalan-jalan kat pasar, wan tengok ada ramai (kira ramai lah sebab 4 orang) budak perempuan tengah usha wan dalam-dalam punya. Mana tak nya salah seorang daripada diorang tu tengok, dari muka dia belah kanan hingga lah dia toleh ke kiri. Asyik usha je tu. haha. Nak dijadikan cerita, wan jadi riak macam orang paling popular dan paling hensem kat dalam kampung. Kira bajet artis lah kan. hahaha.

"Asal diorang usha aku ni, hensem sangat ke aku hari ni dengan shade gelap ni. Di tambah lagi dengan baju GF yang comey ni dan pakaian yang serba hitam di tengah hari yang mataharinya mencanak di atas kepala ni. hehe." ujar wan dalam hati.

Nampak tak permainannya kat situ. hehe. riak je lebih. Tak bagus owh riak. Jadi wan biarkan je lah rasa tu berlalu begitu sahaja. Nak ditambahkan cerita, pada waktu Asar tu, Wan pergi lah masjid kan untuk mengerjakan solat Asar secara berjemaah dengan jemaah-jemaah yang datang ke masjid pada petang tu. Salah seorang daripada diorang adalah kawan wan, Syafiq nama dia. Jadi, macam biasalah jika kami berdua terserempak begitu mesti kami akan bertegur sapa dan antara bahan sapaan ialah baju GF tu lah,

"Eyh GF... GirlFriend... hahhaa... pelik betul simbol baju tu..." kata Syafiq kat wan.

"hehehe.." hanya balas senyuman dan tawa saja yang dapat wan bagi.

Habis solat dan doa, wan terus bergegas ke tempat kerja. Tak jauh pun. Kira-kira 500m dari Masjid je. Sampai kat kedai, macam biasa, bersiar-siar lah dulu. hehe. 'Mengular' bak kata orang Sarawak. Nak dijadikan kisah baju ni ultimate, masa kat kedai, orang tanya lagi pasal baju tu. Tetap tetang simbol GF.

"GF??? Ape tu??" tanya salah seorang daripada kawan wan kat open air tu.

"Owh.. cuba tengok belakang... tu lah maksud GF tu..." Balas wan dengan yakin sekali.

"Ooo.. Geng Fiq'ra... Gempak..Fewitt.." baca kawan wan dengan nada orang yang baru dapat ilmu.

********************************************************************

15 minit kemudian... Baru wan perasan sesuatu yang pelik... Lain daripada yang lain...

ok... pengakhiran cerita ni pembaca boleh baca balik dan kaitkan dengan gambar kat atas...

********************************************************************

SEMOGA BERJAYA!!!!

Hahahaahhaha!!!

What a mess day...

"Keep Smiling"
^_^

Kekhilafan itu akan berlaku dan jika ia berlaku, Allah jugalah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan.

4 komen sini:

CD said...

zizie pakai baju i am blogger pun, org tgk2 tau.. nak tgk link blog kite le tu.. hehehe..

Niahix_01 said...

hehe.. tu la pasal...

"Keep Smiling"
^_^

Unknown said...

kmk pun ingat gf ya tek girlpren..huahuahua
kacak la kalernya, biru pink

Niahix_01 said...

@Yumida:
Hehehe... bnyak dh orang mdh kdk ya... saba jk lh...