:: Kunci motorku senudey ::


Assalamualaikum wbt.

*Gambar Hiasan*
Credit to Google Images

Tempat :
Kedai Waffle Open Air

Masa :
6:30 pm - 9:30 pm

Hari :
 Selasa
(4 Februari 2014)

Situasi:

Pada suatu hari,  si kancil datang beramai-ramai menghadap sultan firaun. Mana firaun pakai sultan. Entah... Haaa start dah nak merepek. Nak bagi panjang tread la tu. Tak payah lah wan. Straight to the point je la. hehe.

ok.

Cerita nya macam ni.

Nak di jadikan cerita, petang tu wan turun kerja kat kedai yang tertera di atas tu macam biasa. Jadi, dah jadi kebiasaan bagi wan kalau dah sampai kat situ wan akan merayap dulu setawaf dua, lepas tu barulah hinggap kat kedai. Di pendek kan cerita, abang kandung wan dan sepupu wan datang singgah ke kedai tempat wan kerja. Tiba-tiba hati wan berdegup kencang seperti kuda liar melawan arus di sungai. Tangan wan terkorek-korek kocek beg tempat wan letak kunci motor kebiasaannya. Malangnya, benda yang dikorek tak ada. Punya lah gelabah wan bila tahu kunci motor dah tak ada. Dengan rasa tidak puas hati wan korek balik beg tu, mana tahu salah tengok kan. Alangkah sedihnya bila tahu benda tu memang tak ada dalam beg tu.

Maka operasi mencari dan menyelamat pun bermula. Mula-mula check kat motor kot-kot masih melekat betenggek kat motor. Lepas tu pusing kedai makan yang wan ronda-ronda polis-entri tadi. Cari pula kat dalam kedai tempat wan kerja kot-kot tercicir kat mana-mana. Akhirnya...... HAMPA. Tak puas hati juga, wan pusing lagi tempat yang sama dua tiga kali. Sampailah ada datang pasukan penyelamat lain yang nak tolong sama mencari mangsa yang hilang tu. Dan selepas berhempas pulas mencari hingga ke longkang-longkang kecil di sekeliling kedai, akhirnya..... HAMPA juga.

Wan tetap tak puas hati. Dalam hati masa tu wan dah tawakal je. Menunggu something miracle happen je lagi. Biasalah kan waktu dalam kesempitan macam tu memang tak ada tempat lain untuk meminta petunjuk dan pertolongan. Untuk meredakan hati yang bergelora seperti ada angin monsun barat daya yang kuat melanda di jiwa. Hanya Allah lah tempat meminta semua tu.

Dan betul lah kata alim ulama'. Allah itu sentiasa membantu hamba-hambanya dalam kesusahan. Dia memberi petunjuk kepada kita jalan mana yang terbaik untuk kita. Dia berkuasa memberi ujian terhadap hamba-hambanya. Bukan bermakna Dia tak suka, tetapi Dia akan lebih sayang pada hambanya yang sabar menghadapi segala ujian dan rintangan yang telah Dia aturkan sejak kita lahir ke dunia lagi.

Ceritanya belum berakhir di sini.

Jadi, wan sabarkan diri untuk menenangkan hati yang lara. Kerja tetap kerja. Wan tetap buat kerja sebagai pembuat Waffle dengan tekun dan ikhlas walaupun dalam hati tetap terfikir pasal kunci yang hilang. Sampai kawan-kawan wan yang nak gembirakan wan pun wan buat tak tahu je. hehe. sampai macam tu sekali mood wan eyk kalau benda macam ni berlaku. Memang tak layan orang lain dah kecuali pelanggan Waffle lah kan. Kalau pelanggan pun wan buat macam tu, naye lah jawap nye.

Singkatkan lagi cerita, masa wan hantar pesanan pelanggan yang memesan waffle, wan tetap tercari-cari kunci yang hilang tu kot-kot tercicir kat mana-mana. Tiba-tiba.... jeng, jeng, jeng... mata wan terkesima melihat gelagat kunci motor tu sedang nyenyak tidur di dalam longkang. Yang wan tak tahan tu, longkang tu berada dekat depan kedai waffle tu je. Punya la wan pusing-pusing, keluar masuk kedai nak mencari benda tu, rupa-rupanya ada dalam longkang tu je. Wan apa lagi tergelak sampai keluaq air mata lah jawabnya. hahahaha. Alhamdulillah, pencarian berakhir. Wan bersyukur sangat-sangat kepada Allah. Ucapan syukur ke hadrat Ilahi tu tak lekang dari mulut wan. Kalau tak tersebut dengan lafaz pun mesti dalam hati tetap berbisik kesyukuran kepada Allah.

:: Alhamdulillah ::

Senudey itu bermaksud di simpan dek "sesuatu" aka hantu.

"Keep Smiling"
^_^

AMARAN!!! Jangan percaya benda-benda karut seperti hantu tu. Tetapi anggaplah tiap-tiap sesuatu itu adalah ujian daripada Allah. Dia layak menguji kita dengan apa cara sekali pun.

1 komen sini:

nuyui a.k.a miss YUI said...

hihi..mula2 mcm was2..rupanya dlm lgkg eaaa.