Assalamualaikum w.b.t
Ok, gambaq kat atas nu bukan gambaq wan not even my brother... hahahaha... Ihsan dari pokcik Google...
Entah lah sejak kebelakangan ni wan rasa macam malas nak makan nasi. Kalau kat tempat kerja dah macam muak dah. Asyik tengok ayam je je. Dah macam takde benda lain dah nak tengok. Ayam penyeklah, ayam goreng lah, nasi ayam lada hitam lah, ayam bakar lah. Wan bukan nak complain diorang jual benda-benda tu semua eyk (kang tak pasal-pasal kena saman sebab mengata apa yang orang kat open air tu jual.. hehe..) Takde lah sampai macam tu kan. Just, Wan dah macam takde selera bila asyik tengok ayam saja. Bila kat rumah macam tu jugak. Ummi tersayang masak macam-macam nak bagi anak-anak dia selera nak makan. Tapi wan, tak jugak. Kerepek jugak yang di jamahnya. Makanan yang ringan-ringan jugak menjadi sasaran. Dah macam kat rumah tu takde nasi pulak dah buat macam tu. eyhhh.. ade nasi, wan je yang tak selera nak makan nasi. hehe.
Tapi bila fikir-fikir balik, takut pulak kang kena penyakit yang pelik-pelik. Kang kene gastrik ke. naye kita dibuatnya. Takut owh. Boleh jadi macam pembunuh senyap jugak oo gastrik tu. Ingat penyakit jantung tercabut, paru-paru berlubang dan berair tu saja yang boleh jadi pembunuh senyap ke. Gastrik pun nak jugak. Sebabnya gastrik ni kebanyakan orang kita buat sambil lewa je. Sakit perut je makan penadol. Tak pun makan ubat-ubat yang katanya boleh kurangkan rasa sakit perut. Padahal berjumpa dengan orang yang lebih pakar itu kan lebih bagus daripada hanya makan benda-benda macam tu. Kalau kita jumpa doktor pakar, kita boleh check sampai dalam perut. Mana tau dinding perut kita dah tahap kronik di hakis dek gastrik tu. Kita mana tau kan. kan. kan. hehe.
Above of all, kita kena jugak berserah pada Yang Maha Esa. Ubat-ubatan, doktor-doktor pakar tu semua adalah ikhtiar kita di dunia ni je. Jika Allah berkehendakkan kita sihat dengan hanya makan panadol, maka kita sihatlah dengan makan panadol tu. Kalau tak, kena lah pulak kita jumpa doktor. Kalau dah tak juga, tawakal dan doa jugalah sebaik-baik penawar hati. Yakin lah, bahawa semua penyakit itu ada penawarnya. Tapi ada satu sakit yang tak mungkin ada penawarnya, iaitu sakit ketika nak mati. Bila-bila masa je kita boleh di tarik nyawa. Mungkin esok, lusa, tulat dan tak mustahil sejam lagi. Allah Maha Besar.
"Keep Smiling"
^_^
Kesihatan diri itu datang daripada Allah dan penawar segala penyakit juga datang daripada-Nya.
6 komen sini:
kali rindu ngan 'nya' kali nak ya ilang selera..mcm pepatah eh.. makan x kenyang..hihi
@Yumida: Kali juak owh... hahaha... ada2 jk...
kene ambik vitamin penambah selera la wan ni kot hehehe
wahwahwah smoga tuan puteri membacanya hehe
*komen google plus yg mane mksud wan ek? yg kat blog k.ana ke? kalo kat blog k.ana tu xde guna komen google plus pon rasenye hehe
@Anamizu:
Kak ana, hehehe... agknye la kot...
tmpt komen kat post dalam blog kak ana tu le... ke bendenye memang begitu... ntah le... hehe...
rindu tuan puteri r tu... tu pasal xselera..
@zizie:
Ye la tu... lbh kurang lh tu kot...
Post a Comment