:: Anak itu rahmat dari Allah ::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to mstar.

Kecoh dua tiga hari ni tentang penemuan seorang budak OKU di media massa baik dari media elektronik mahupun media cetak. Semua menyiarkan tentang penemuan budak yang sama. Sedih dan sayu pula wan melihat keadaan budak tersebut ketika berita itu mula-mula di siarkan di kaca TV. Sayu melihat keadaan dia yang kurus kering serta menampakkan tubuhnya separuh tertutup ditutupi hanya sebahagian daripada baju yang dia gunakan.

Keesokan harinya pelbagai tanggapan yang keluar dari kaca TV. Mengata begitu begini begitu begini. Ada yang menyalahkan ibubapa budak tersebut semata-mata, ada yang menyatakan hak budak itu sebagai OKU, dan tak kurang juga yang menyatakan kesanggupan ingin menyara budak yang terbabit itu di samping tanggapan-tanggapan lain yang tak terhitung banyak nya.

**********************************************************************

Ok, malas nak cakap lebih pasal budak tu. Wan just nak bersyukur atas rahmat yang Allah limpahkan keatas keluarga wan dengan mewujudkan seorang insan yang bernama Shahidatul Jannah di dalam kehidupan kami sekeluarga. Dengan adanya dia kami hidup bersederhana. Wan sangat bersyukur berada dalam keluarga ni. Alhamdulillah.

Sebenarnya ada satu video yang membuatkan wan teringin nak post tentang budak OKU ni. Video ni berkaitan dengan budak OKU dan ia membuatkan wan rasa sebak dengan apa yang berlaku. Jangan lah kita menyisihkan golongan begini, mereka juga berhak hidup di muka bumi milik Allah ni. Semuanya ada hikmah disebalik apa yang Allah jadikan di dunia ini.

Jom tengok video nya :


"Keep Smiling"
^_^

:: undefined mode, fainted mode, unactivated mode ::


Assalamualaikum wbt.


Tajuk Bahasa Inggeris sangat. hahaha.

Sejak entri terakhir dalam blog ni, wan rasa macam lain macam je. Entah lah kenapa. Jiwa kacau bilau. Semua benda yang di buat entah jadi ape entah. Serba tak kena. Ke sebab yang kawan wan si Shera cakap tu?

"Wan, asal dua tiga hari ni macam frust dengan someone je post dalam FB?"

hahaha. KOT..

Biar lah. Benda dah nak jadi kan. Nak salahkan sape? salah diri sendiri je la. Nak tunding jari pun tak kemana jugak, tak kan selesaikan apa-apa pun. Baik wan diam diri. Biar apa yang berlaku menjadi teladan dan sejarah yang akan sentiasa di lipatan sejarah zaman purba. Zaman dinasour dulu punya lipatan sejarah. hehehe.

Apa-apa pun yang penting siapa sahaja yang wan cakap tu, dia sentiasa gembira dan akan terus berjaya dalam pelajaran dia. Jangan jadikan wan sebagai idola. Wan tak layak nak di jadikan idola kecil. hehe.

************************************************************
haaaa...

Apa khabar semua pembaca blog wan? anda baik-baik saja ka? kalo yang sakit tu jangan lupa jumpa doktor. Makan ubat.

p/s: wan ni jenis 'lengat' sikit nak jumpa doktor. ehehehe. 'lengat' tu kira macam liat la. Kalau setakat sakit pening kepala tu memang tak lah nak jumpa doktor.

************************************************************

Lama betul tak update blog ni. Entah apa lagi yang wan nak update. Wan pun dah hilang akal. Masa yang terluang habis terbuang dengan bermesej dengan mrs.Celcom yang tak kunjung tiba memberi mesej. Benda tak perlu pun dia mesej gak. Cakap kita ada menang kereta la apa la. Ingat kita ni minum guna gelas Ali cafe ke nak minum seteguk terus bertukar ruangan ruang tamu. hehe. Tapi best jugak tu kalau sekali teguk terus dapat kereta. Boleh hadiah kat orang yang boleh bawak kereta tu. Takde lah dia nak tumpang orang lain lagi nak pergi mana-mana. hehehe. Angan-angan je.

InsyaAllah, nanti wan akan hidup kan semula blog wan ni. Nak isi dengan benda-benda berfaedah sikit. di samping selit-selit sikit kisah diri yang entah kemana hala tuju kehidupan ni.

Ok lah, sekian.

"Keep Smiling"
^_^

:: Selamat Hari Guru ::


Assalamualaikum wbt.

Credit Image to SPKK

Hari ini 16 Mei, wan nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar wan dari kecil sampai besar gajah sekarang ni. hehe. Terutamanya guru-guru yang pernah jadi guru kelas wan dulu masa wan belajar kat SRK OK Selair Matu (Tahun 1 & Tahun 2), SRK Pandan Indah (Tahun 3), Sekolah St. John Bukit Nanas (Tahun 4 & Tahun 5), SK Campuran & SK Sungai Nai (Tahun 6), SMK TPDP Hajjah Normah Daro (Tingkatan 1 - 5), KML, dan UiTM. Eyh, macam banyak sangat pulak tempat belajar. hehe.

SELAMAT HARI GURU!!!

Teringat dulu masa masih budak-budak mentah, cikgu-cikgu pernah marah, pernah jentik telinga, nasihat itu ini hinggalah sekarang wan jadi seorang yang entah apa-apa ni. Tapi yang penting bagi wan pengalaman bersama guru ni semua sangat berharga. Kerana mereka lah adanya pemimpin yang berwibawa, ustaz yang tegas menegakkan agama, pelajar yang taat dan patuh segalanya hingga berjaya. Tanpa kesabaran mereka untuk mendidik, pelajar-pelajar juga tak akan berjaya. Mereka berusaha sehabis baik untuk menjadikan seseorang pelajar itu berjaya hingga ke menara gading. Namun tanpa azam yang kuat dalam diri kita sendiri, usaha mereka ini seperti sia-sia sahaja. Akan tetapi mereka tetap berusaha untuk membantu yang kurang berkemampuan untuk terus cemerlang dalam kehidupan. Oleh itu, kepada mereka yang masih bergelar pelajar hendaklah menghargai guru-guru yang mengajar mereka. Tanpa guru mereka itu, mereka tidak akan mengenali huruf ABC, nombor 123 malah simbol-simbol dalam matapelajaran matematik mahupun sains.


"Kekecewaan melanda diri yang serba kekurangan ini."

:: Hanya keluarga terdekat dan si puteri salju sahaja yang pernah ku ceritakan exactly apa yang berlaku dalam diriku ini. ::

Apa-apa pun...

kepada semua guru-guru,

Credit Image to Ataicha's Blog

"Keep Smiling"
^_^

Merindui seseorang yang menjadi pujaan hati selama berkenalan.

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

:: Kejujuran tanpa sempadan ::


Assalamualaikum wbt.

Image credit to wikiHow

Wan pernah tertanya pada diri sendiri apa yang akan terjadi kalau semua benda dalam hidup kita, kita tak pernah tipu. Kita jujur sepanjang masa. Kira apa sahaja yang keluar dari mulut kita bukan lah kata dusta.


APA YANG AKAN JADI EYH???


Kita fikir lah sendiri ye. Bukan nak cakap kita kena tipu orang. Tapi cuba bayangkan kalau orang tanya benda yang berkaitan dengan rahsia yang kita memang tak nak bagitau orang lain. Kalau secara jujur, kononnya lah kan, terus kita bagitau je rahsia kita begitu begini begitu begini tanpa rasa segan silu. Dah tu mana pergi rahsia kita? kalau rahsia kita tu berkaitan aib kita? nak cakap jugak ke? Dah tu kalau tipu begitu begini begitu begini dah rasa macam tak selesa pulak sebab tipu orang. Kononnya tadi nak jujur sepenuh masa. Akhir sekali, takde benda nak simpan. Aib tergadai.

Habis tu kene tipu lah ni? Tak jugak. Kita kena lah cakap elok-elok. Macam tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerakan. Cakaplah kita tak boleh nak kongsi begitu begini sebab begini begini begini. Rahsia kan, tak kan nak bagitahu orang lain.

Tapi jangan pulak semua benda kita nak tipu. Kita sendirilah yang jangka dan tentukan yang mana kita nak jujur sejujurnya, mana kita nak simpan. Jangan sampai amanah orang pun tergadai sama sudah. Apa kita nak jawab kalau di tarik nyawa nanti. Takut ooo.

Nauzubillah min zalik.

"Keep Smiling"
^_^

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)

 Follow blog dan G+:



:: Booth pin-pin. Nak beli ke tak? ::


Assalamualaikum wbt.


Tahun lepas, wan simpan je hasrat nak beli pin tudung. Pin tudung lah kan macam kat gambar atas tu. hehe. Dah macang balun mat jiwang 99 karat lah pulak wan ni kan. hehe. Takde lah. Teringin nak bagi kat adik-adik dan emak. Saje je nak bagi. Kalau diorang nak tolak ke, nak buang ke, nak bagi orang lain ke lepas tu, wan kisah ape. Yang penting hasrat tercapai. hehe.

Nak di jadi kan cerita, tahun lepas ada satu booth ni jual pin-pin tu semua. Tapi wan tak sempat nak pergi sebab masa wan cukup duit, booth tu dah tutup. Nyesal tak pergi awal. Dua tiga hari lepas, booth tempat jual benda gitu buka lagi. Apa lagi, terus pergi situ. Tapi, sejak dua tiga kali pergi situ hati ni main dialog plak. berdolak dalih sekejap cakap tak payah sekejap cakap beli je. Lastly, tak jadi beli terus balik rumah. Bila dah sampai rumah, cakap beli lah pulak. Ada masa tu nekad giler nak pergi kat booth tu. Tapi bila sampai kat booth, tak jugak. Adoi.

Hari ni tak kira, nak pergi gak. Kena beli jugak.

"Keep Smiling"
^_^

1# SIMPLE GIVEAWAY by AA


Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.com/2014/03/1-simple-giveaway-by-aa.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali :) )

TARIKH PENTING : 
MULA : 22/03/2014
TAMAT : 22/04/2014
UMUM PEMENANG : 26/04/2014
Tekan LOVE3:




Tekan Fanpage:


:: Kisah Jubah Tak Jadi::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to Goole Images **Kot.. hehe..

Suatu masa dahulu, patik pernah teringin membeli sepasang jubah wanita seperti dalam gambar diatas. Sebagai hadiah dalam fikiran ketika itu. Oleh sebab kesempitan kewangan, tak jadi nak beli. hehe. Simpan sajalah hasrat tu untuk isteri kesayangan yang tak kunjung tiba lagi.

Patik bukan lah seorang anak raja yang mampu memberi semua harta benda yang diinginkan di dunia ini. Kenangan, pengalaman, titik peluh, tanak umah, tanak masek, padai risak, manok tekukor, siau lalong, kerunong besengan semuanya tak akan ada jika ia tanpa kehendak Yang Maha Esa. Yang patik mampu hanyalah memberi seberapa banyak yang patik mampu berikan mengikut halangan dan dugaan yang ada. Harapan dikala senja... dikala bermenung... dikala menghitung hari permergian...

ok,
berangan lagi. hahaha. Wan berdoa mendapat isteri yang sangat baik.. InsyaAllah.

"Gamber ubeng Abg wan agik kurus sabey" bak kata adik-adik

"Keep Smiling"
^_^

:: Kucing penyayang ::


Assalamualaikum wbt

http://zamani84.blogspot.com/2014/03/kelebihan-dengkuran-kucing-kepada.html
Jom singgah blog Abe Zamani. Baca pasal kucing. hehe. Tekan je gambar. Kredit gambar kat Abe Zamani.

Setiap kucing ada sifat penyayangnya. Inikan pula kita. Dulu wan ada kucing nama minous. Kucing tu sangat penyayang. Wan suka main dengan minous. Sekarang ni wan dah ada seekor lagi kucing, adik-adik panggil dia penyamun. Sebab dulu masa si penyamun ni masih kecil, penyamun ni selalu masuk dalam rumah dengan guna jalan lubang-lubang kecil. Kira yang cukup dengan saiz badan dia lah. Kalau lubang yang dah kene sumbat gune botol pun, sanggup dia tolak-tolak botol tu supaya lubang tu terbuka balik. Jahat betul. Hehe. Boleh cakap kucing ada 9 nyawa tak kalau kucing tu pernah kena lenyek dek hilux? sebab si penyamun ni pernah kena langgar hilux, tapi sampai sekarang dia masih hidup. Panjang umur punya kucing. hehehe. Allah berkehendak begitu. kan.

"Keep Smiling"
^_^

:: Kulit mengelupas, ubat? ::


Assalamualaikum wbt.

credit image to Google Images

Siapa tahu ubat terbaik untuk kulit mengelupas, kepala gatal dan batuk-batuk?

psst, jangan-jangan kulit menggelupas sebab kurang air tak? boleh jadi tak?

(Kaki ke atas tangan ke bawah)

Pernah terlintas di fikiran kalau lelaki buat macam ni,

Mula-mula, pergi jumpa emak bapak kepada orang yang kita berkenan. Tapi nak cari waktu emak bapak dia free. Tak pun waktu emak bapak dia duduk bersama adik-adik dia. Bila peluang ada, teringin nak tanya keinginan diri untuk menjadikan anaknya sebagai isteri. Jika meraka setuju dan pasti orang yang diinginkan tu belum dipetik orang, terus bincang kita akan hantar cincin sebagai tanda dengan syarat jangan bagitahu orang yang diingini tu siapa yang lamar. Bila dah hantar cincin, suruh mak dia sendiri yang sarungkan. Katakan ada orang dah 'cop'.

Kalau dia tanya kat kita, kita ke yang lamar dia. Kita pura-pura tanya "ade ke?" dan ucap "Tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan". Kalau dia berdegil, kita cakap lah "tanya lah kat ibu, takkan dia tak tahu bakal menantu dia.". Kalau tetap juga tak menjadi, kita cakap lah "siapa pun yang melamar, dah jodohkan, nak tolak ke? takpa kita redha je dengan apa yang akan berlaku. Jodoh masing-masing kan. Allah je yang tahu." dengan nada yang cool giler. Dengan harapan dia akan sentiasa tertanya-tanya siapa orangnya. Lepas tu kita buat dunno je kalau dia tanya. macam kejam je bunyi nye. hehehe. Last sekali kita akan tunjuk muka masa akad nikah je dan nak tengok reaksi orang yang kita berkenan tu. Agak-agak apa reaksi dia eyh.

ok, agak-agak boleh jadi ke benda macam tu. hahaha. angan-angan sangat. Terikut Mat Jenin lah tu. Berangan je lebih.

"Keep Smiling"
^_^

Rupa-rupanya dalam mimpi je.

:: Masih Mencintainya ::


Assalamualaikum wbt.


Nak menjiwangkan diri dengan lagu masih mencintaimu oleh papinka kejap. hehehe.

Masa kat dalam feri hari tu, wan berdiri kat sudut-sudut feri sambil dengar lagu. Tiba-tiba dalam playlist tu mainkan lagu ni. Terus teringat apa yang terjadi pada diri ini. Semua benda berlaku dengan begitu cepat. Orang yang di ingini menjadi milik orang. Bersabarlah Wan. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Ada seseorang lebih baik untukmu. Tu lah namanya tiada jodoh. Kononnya menginginkan yang mudah. Tapi yang berlaku sebaliknya. Apakan daya, itulah takdir yang Allah telah tentukan. Samaada Wan ataupun dia, tak kira siapalahkan, mesti ada takdir masing-masing. Tak kiralah kekal mahupun terumbang-ambing.

"Jika Allah berkehendakkan kita dengan orang tu, dengan dialah kita akan dijodohkan. Begitu jugalah sebaliknya. Dunia ini masih luas untuk diterokai. Selagi masih di panjangkan umur, carilah. InsyaAllah, akan ku temu jua. "

Akan daku bawa diri ini kemana sahaja Allah inginkan daku pergi. Terima kasih atas segalanya.

"Keep Smiling"
^_^

Semoga kita bertemu di Jannah.

:: Rancangan-Nya lebih baik ::


Assalamualaikum wbt.


Kelmarin, ummi, abang Hafiz, Halimaton, Abu Handalah, dan wan sendiri merancang untuk pergi ke Sibu. Dengan tujuan untuk mengurus kan hal yang masih tertunggak. Mengikut perancangan asal, kami akan ke sibu menggunakan dua motorsikal dan salah seorang daripada kami akan guna ekspress (bot laju kalau cakap KL. hehe. kot. entah lah). Tapi yang jadi, sebaliknya hanya satu motor sahaja yang digunakan. Hanya Wan dan Abu Handalah sahaja yang pergi menggunakan motosikal. Tapi bila difikirkan semula apa yang terjadi, Allah punya perancangan jugalah yang terbaik. Dialah sebaik-baik perancang. Sebabnya, pada asalnya ummi seorang sahaja yang akan menggunakan ekspress. Tapi yang jadi, Halimaton dan Abang Hafiz ikut sekali dalam ekspress. Hikmahnya, kalau jadi apa-apa dekat ummi, adalah orang yang nak tengok-tengokkan dia. Dan ada juga teman dia berbual. Lagipun, Ummi cepat bosan jika hanya duduk-duduk macam tu saja.

Perjalanan untuk ke Sibu dengan menggunakan motorsikal selalunya hanya memerlukan masa 2 jam sahaja untuk sampai. dan ia akan melibatkan perggunaan dua buah feri. Nak dipendekkan cerita, salah satu feri yang di gunakan untuk pergi sibu itu rosak. Mereka ambil masa 3 jam untuk baiki feri tu. Disebabkan masa yang lama itu, banyak kenderaan yang beratur panjang. Hinggakan jika kita kira muatan feri dan kenderaan yang ada, feri tu memerlukan 4 kali ulang alik barulah mencukupi untuk menghabiskan sisa-sisa kenderaan yang ada ketika itu. Barisannya macam hampir 1km kalau tak silap. Jadi, kan wan cakap tadi ummi cepat bosan dengan benda begitu kan, dia akan bosan jika tak buat sesuatu. Hikmahnya di sini Ummi tak perlu nak duduk lama-lama menunggu mereka membaiki feri melainkan ummi ikut serta menggunakan motorsikal.

Sampai sahaja wan di Sibu, wan terus ke rumah kakak sepupu wan yang rumahnya berada di Sibu. Sampai sahaja di depan rumah, terus wan parkir dan menongkatkan motor. Habis kebas seluruh badan sebab lama sangat memandu. Kalau terus menulis masa tu, agak-agak tulisan wan mesti bergegar-gegar. hehe. Dari situ jugak, wan faham hikmahnya Allah merancang sesuatu. Dia memang Maha Hebat. Semua benda berjalan dengan lancar dengan apa yang dirancang oleh-Nya. Macam yang ummi selalu kata,

"Kita hanya boleh merancang begitu begini, tetapi rancangan yang Maha Esa itu kita tak tahu."

Apa-apapun, semua peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia ni, mesti ada hikmahnya. Samada sedikit mahupun banyak. Qada' dan Qadar, takdir, dan jodoh itu hanya Allah yang tahu. Kita hanya merancang, usaha dan ikhtiar yang terbaik untuk kehidupan kita.

Allah Maha Besar.

"Keep Smiling"
^_^

Jika dia memang bukan jodohku, tiada lebih dari berserah pada Ilahi yang mampu aku lakukan.

:: Pertunangan rakan seperjuangan ::


Assalamualaikum wbt.

Pada hari ahad, 23 mac 2014, berlangsungnya majlis pertunangan sahabat seperjuangan wan semasa di sekolah menengah dulu iaitu Amira. Dia bertunang dengan orang kampung dia juga. Ucapan tahniah untuk sahabat dan semoga cepat-cepat lah nikah tu. Tak yah tangguh-tangguh. hehe.

Dah! malas nak cerita panjang, jom tengok gambar. hehe.







Nampak sangat meriah. Semoga kedatangan mereka ke majlis ni akan membawa rahmat dan rezeki kepada mereka.

"Keep Smiling"
^_^

:: Lucu aka terejik ::


Assalamualaikum wbt.



Sumber

Dalam musibah yang telah menimpa mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi MH370 ni, ramai yang datang memberi sokongan moral samaada dari dalam negara mahupun dari luar negara. Tak lupa juga, ada yang menggunakan kebijaksanaan dan kekreatifan mereka untuk turut serta dalam mendoakan agar misteri kapal terbang itu dapat di temui semula.

Hanya yang peliknya bila benda yang dilakukan itu terlampau kreatif sehinggakan. entahlah nak cakap macam mana. Hanya mampu tersenyum dan ketawa je bila tengok gambar kat entri lulu pages dan kat sini. Melucukan je gelagat orang zaman sekarang ni.


Apa-apa pun, semoga kapal terbang itu dijumpai semula.

#PrayForMH370

"Keep Smiling"
^_^
 

:: Game Addictions aka Giler Game ::


Assalamualaikum wbt.





Sebelum meneruskan penulisan, nak minta maaf jika wan ada buat salah kat sesiapa saja. hehe. Mana tahu ada kan. Salah komen ke, salah post ke. Minta maaf sangat-sangat.

ok,
nak tahu kenapa tiba-tiba hilang penulisan kat blog?

Game lah jawabnya. Sekali main game, dua tiga jenis game. Satu game saja ambik masa yang lama. Dah leka main game, last-last terus tertidur tak pun nanti buat kerja lain. Nak buat entri pun sampai lupa. adoi. hehe.

apa lah wan ni Game addiction betul la...

"Keep Smiling"
^_^



:: Drama Jika Itu Tadirku ::


Assalamualaikum wbt.

Siapa selalu tengok drama ni?

Best tak drama ni?

Mungkin drama ni belum sampai kemuncak lagi kot sebab nya wan belum tengok lagi drama ni. Tu yang nak tahu sangat tu. Ape cerita dengan sambutan drama yang baru ni selepas cerita Ariana Rose. hehe.
Lagi hebat ke?

Apa-apapun, mari sama-sama kita memeriahkan industri perfileman negara kita.

"Keep Smiling"
^_^

:: Eyh, malu-malu pulak dia ::


Assalamualaikum w.b.t

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrdznB_VJWhQjdg6JlAkNvzm9HATmbyXcatK4RPjzTjj-p075p69sOjnQqzMhM8YlPAkfxM_SMdBxiO1Kt0P4FzJVcfvh_Yde0Ra6LvwI4ENKjTXMjofh0XYyEPSEX4IDyjYmE2JlwCLk/s1600/Habib+Awliya+Hari+Raya.jpg


Kisah ni sebenarnya berlaku masa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Tak sempat nak cerita sebab laptop di cabut nyawanya. Ribbon untuk button on-off di tarik-tarik oleh budak nakal kat atas tu. hehehe. Yang lelaki tu. Tu yang lama menghilang tu. Payah sikit nak update blog guna laptop orang lain. Sebab Wan ambik masa yang lama nak karang satu entri. Mana tak nya, taip padam taip padam. Last-last tak jadi taip. Adakalanya masuk jadi draft je. Publish tak jugak. hehe.

Ok, berbalik semula pada kisah hari raya. Wan tak ingat pulak kisah ni berlaku pada tarikh bila. Tapi yang wan masih ingat ia berlaku pada waktu malam. Masa tu bapa kepada budak perempuan tu pergi beraya ke rumah tempat kami berkumpul pada hari tu. Iaitu di rumah bapa saudara wan. Selalunya kami akan beraya kat situ kalau bapa saudara wan beraya ke kampung halaman. Kiranya kalau dia balik sinilah kan. Jadi, malam tu bapa budak tu bawak budak perempuan yang comel tu beraya sekali. Pada mulanya, budak perempuan tu asyik berkepit je dengan bapa dia. Tak nak lepas lagi tu.

Nak di pendekkan cerita, lepas di pujuk-pujuk, akhirnya budak kecik tu tak takut lagi. hehehe. Yang tak tahan tu budak kecik tu comey oo. Hehe. Kalau tak percaya, cer tengok muka Habib Awliya tu. hahaha. Yang tu yang tak tahan tu, dengan spontan dia buat muka malu-malu sambil genggam tangan gitu. Boleh-boleh je si Habib Awliya tu jadi gitu. Dua gambar terakhir tu gambar sebelum budak perempuan tu nak balik. Habib tahan budak perempuan tu daripada berdiri. Macam tak nak bagi budak tu balik je. hehe. Dia tahan kuat-kuat lagi tu. Adoyai. Habib habib. Ada-ada je perangai dia tu.

"Keep Smiling"
^_^

Cahaya mata itu rezeki daripada Allah.

:: Berangan-angan macam nak kahwin ::


Credit image to Fuadansari

Tengah duduk termenung depan laptop tiba-tiba berangan. Nak kahwin pulak rasanya, lepas tengok tips mendapat ketenangan ketika akad nikah dari bro Erazfadli. hehe. Amboi balik-balik sentuh pasal pasangan hidup ni. hehe. ampun :) bak kata kak Anamizu.

Macam mana rasanya eyk masa nak akad nikah? mesti berdebar-debarkan? mesti rasa macam tok kadi tu adalah guru besar atau pengetua sekolah yang paling garang dalam sejarah kehidupan kita. Salah sebut je terus sentap. Asal gagap je terus rasa macam tak jadi je benda yang nak di buat. hehe. Tapi InsyaAllah, lepas baca tips tu semua, siapa-siapa yang nak akad nikad tu mesti tenang punya. Tak pun boleh gak sebelum nak duduk depan tok kadi tu, cuba tarik nafas panjang-panjang lepas tu lepas. InsyaAllah kita akan tenang dan semua urusan akan berjalan dengan lancar. Dah macam ada pengalaman lah pulak bunyinya kan. hehehe. Takdelah, kebanyakan benda-benda macam tu akan buat kita gemuruh aka nervous kan. Jadi, dengan menarik nafas yang panjang selalunya akan mengurangkan sedikit rasa gemuruh tu. Wan selalu buat masa nak mulakan presentation dulu. hehehe.

Lepas habis je semua. Terus bawa pasangan kita 'lari' pergi land below the wind. Perghh!!! Cantik owh tempat-tempat tu semua kalau nak dijadikan tempat untuk bermulan berbulan madu. Actually, semua tempat kat negara kita ni sesuai untuk tujuan tu. Tinggal kita je lagi nak pilih yang mana yang kita minat. Visit Malaysia lah katakan. Kalau bukan kita yang nak meriahkan industri pelancongan negara kita, siapa lagi kan? hehe.

Lari lari jugak, jangan lupa pulak nak tutup pili air. Itu kan salah satu cara menjimatkan air. Nanti tak pasal-pasal balik dari ber'honeymoon' dapat bil air ber'rat-rat'. hehehe. Lagi pun negara kita sekarang dah makin panas. Berpada-padalah nak gunakan air eyh.

"Keep Smiling"
^_^


Planning for future event.