:: Rancangan-Nya lebih baik ::


Assalamualaikum wbt.


Kelmarin, ummi, abang Hafiz, Halimaton, Abu Handalah, dan wan sendiri merancang untuk pergi ke Sibu. Dengan tujuan untuk mengurus kan hal yang masih tertunggak. Mengikut perancangan asal, kami akan ke sibu menggunakan dua motorsikal dan salah seorang daripada kami akan guna ekspress (bot laju kalau cakap KL. hehe. kot. entah lah). Tapi yang jadi, sebaliknya hanya satu motor sahaja yang digunakan. Hanya Wan dan Abu Handalah sahaja yang pergi menggunakan motosikal. Tapi bila difikirkan semula apa yang terjadi, Allah punya perancangan jugalah yang terbaik. Dialah sebaik-baik perancang. Sebabnya, pada asalnya ummi seorang sahaja yang akan menggunakan ekspress. Tapi yang jadi, Halimaton dan Abang Hafiz ikut sekali dalam ekspress. Hikmahnya, kalau jadi apa-apa dekat ummi, adalah orang yang nak tengok-tengokkan dia. Dan ada juga teman dia berbual. Lagipun, Ummi cepat bosan jika hanya duduk-duduk macam tu saja.

Perjalanan untuk ke Sibu dengan menggunakan motorsikal selalunya hanya memerlukan masa 2 jam sahaja untuk sampai. dan ia akan melibatkan perggunaan dua buah feri. Nak dipendekkan cerita, salah satu feri yang di gunakan untuk pergi sibu itu rosak. Mereka ambil masa 3 jam untuk baiki feri tu. Disebabkan masa yang lama itu, banyak kenderaan yang beratur panjang. Hinggakan jika kita kira muatan feri dan kenderaan yang ada, feri tu memerlukan 4 kali ulang alik barulah mencukupi untuk menghabiskan sisa-sisa kenderaan yang ada ketika itu. Barisannya macam hampir 1km kalau tak silap. Jadi, kan wan cakap tadi ummi cepat bosan dengan benda begitu kan, dia akan bosan jika tak buat sesuatu. Hikmahnya di sini Ummi tak perlu nak duduk lama-lama menunggu mereka membaiki feri melainkan ummi ikut serta menggunakan motorsikal.

Sampai sahaja wan di Sibu, wan terus ke rumah kakak sepupu wan yang rumahnya berada di Sibu. Sampai sahaja di depan rumah, terus wan parkir dan menongkatkan motor. Habis kebas seluruh badan sebab lama sangat memandu. Kalau terus menulis masa tu, agak-agak tulisan wan mesti bergegar-gegar. hehe. Dari situ jugak, wan faham hikmahnya Allah merancang sesuatu. Dia memang Maha Hebat. Semua benda berjalan dengan lancar dengan apa yang dirancang oleh-Nya. Macam yang ummi selalu kata,

"Kita hanya boleh merancang begitu begini, tetapi rancangan yang Maha Esa itu kita tak tahu."

Apa-apapun, semua peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita di dunia ni, mesti ada hikmahnya. Samada sedikit mahupun banyak. Qada' dan Qadar, takdir, dan jodoh itu hanya Allah yang tahu. Kita hanya merancang, usaha dan ikhtiar yang terbaik untuk kehidupan kita.

Allah Maha Besar.

"Keep Smiling"
^_^

Jika dia memang bukan jodohku, tiada lebih dari berserah pada Ilahi yang mampu aku lakukan.

2 komen sini:

anamizu said...

DIA maha hebat dalam segalanya. kan wan?

Unknown said...

perancangan Allah itu hebat. Cpt or lambat kta akan tauk juak hikmahnya..