CoNtEsT I LoVe My BFF By LyAnA N NaDiA



Tu la gambar member-member wan yang paling rapat dengan wan. 
hehe...

apa lagi ye...
emmm...

ha...
Sebenarnya entri ni adalah untuk contest yang dibuat oleh


Lyana & Nadia

Kalau nak join contest tekan SINI eyh...

jadi,
nak cerita sikit la pasal mereka yang dekat dalam gamba tu...
 Klik button bawah ni ye...

1. Abdul Wahab
- Dia ni kawan wan yang first sekali lepas wan 'lari' dari KL. hahak.. Sebenarnya wan pernah belajar dekat KL dalam tahun  1997-1999. Lepas dapat tahu dekat tempat wan ada sekolah baru bukak betul-betul depan rumah wan sendiri, wan terus 'lari' dari KL dan sambung belajar dekat sekolah tu dalam tahun 2000. Masa tu wan masih Darjah 6 lagi. hehe... dekat situ lah wan kenal dengan dia ni. wan kenal dia ni gitu-gitu je pada mula nya. Kenal pun sebab ke'famous'an abg sulung wan. Tegur punya tegur, terus jadi kawan sampai la sekarang. Banyak sangat la kenangan dengan dia ni masa masih budak-budak dulu. hehe...
2. Rajiskanda
-  Dia ni pulak rapat sebab wahab rapat dengan dia. Wan rapat dengan dia ni masa form 1. wan selalunya kalau kawan pada kawan memang akan anggap kawan wan jugak. Kenal punye kenal, last-last jadi la kawan rapat. Tapi sebenar nya dia ni sama kelas dengan wan jugak masa darjah 6 dulu. just kami tak rapat sangat je. Tegur pun masa main bola sama-sama. tu pun sekejap je. hahak... 
3. Tan Hai Ping
-  Nama yang kami panggil dia ni 'Aping'.. hehe... sebab ramai yang panggil dia dengan panggilan tu. so lekat la nama tu. hehe.. wan rapat dengan dia ni masa form 5. sebab masa tu je wan rasa rapat dengan dia ni. hahak. walaupun wan dah kenal dia ni masa form 3 lagi. dia ni baik... pandai lagi tu... hehe.. senang cakap, dia ni TERBAEK la... hahak...
4. Amalina Mamena
- budak ni pulak budak paling pandai, paling peramah, paling bising, dan banyak lagi la. hahak.. wan cakap macam tu sebab, kalau yang sama satu form dengan wan dulu tak kenal dengan dia ni, mmg pelik la. mungkin orang tu jenis menyepikan diri kot sampai tak kenal dengan budak ni. wan satu kelas dengan dia ni start dari form 1 sampai form 5... tak cukup form 5, masok matrik pun matrik yang sama. tp wan start rapat betul-betul dengan dia masa form 5. hahak... lama tak... biasa la wan ni pemalu orang nya. jadi takda masa nak rapat-rapat dengan orang walaupun sama kelas kecuali yang rapat dengan wan macam Wahab dan Rajiskanda tu...
5. Norafezam
- Dia ni pulak wan kenal masa form 5. rapat pun masa form 5 jugak. kenal pun sebab minat main pingpong. tapi masa tu wan belum menceburkan diri dalam sukan tu lagi. wan just tengok-tengok je la. dia ni dulu wakil sekolah tau. sampai masuk peringkat negeri bagai. senang  cakap dia ni memang terer la main pingpong. wan rapat dengan dia ni pun sebab Wahab yang rapat dengan dia ni. hehe. kira macam kes Rajiskanda jugak la.
P/S: sejak pengenalan dengan mereka ni. tertubuh lah persatuan 6 sahabat (Wan, Wahab, Rajiskanda, Aping, Amalina, Ejam) secara tak formal. hahak... kami masih kawan sampai sekarang.. wan takkan lupa dengan mereka ni. walaupun kami berjauhan, persahabatan kami takkan terputus...
 
6. Neil
- Dia ni pulak kawan rapat wan masa dekat matrik. kenal pun macam kenal Wahab jugak. kenal gitu-gitu. terus jadi kawan rapat. sampai kawan-kawan lain cakap kami ni adik beradik, adik dan abang. keluar outing sama-sama, pergi 'ciber cafe' sama-sama masa outing dulu. ada sekali tu kami nak jalan pergi taman burung dekat labuan tu. bas punya la lambat masa tu. tunggu punya tunggu. semua cakap tak lalu taman burung tu. Kautim punye kautim, kami decide nak jalan kaki je pergi sana. punya la jauh taman burung tu. ingatkan dekat, sebab masa lalu situ guna bas nampak macam dekat. hehe.. kami dah macam naik gunung kinabalu je. tapi last-last sampai jugak. hehe... dia la kawan wan yang paling best dekat matrik Labuan dulu. sanggup je nak jalan kaki pergi mana-mana... hahak...
7. Victor
- Dia ni pulak kawan rapat wan masa dekat uitm sekarang. kenal pun gitu-gitu sebab wan dengan victor ni di antara 6 lelaki yang ada dalam kelas masa tu. dalam kelas masa tu ada lebih kurang 20 orang je. so cuba bayang kan berapa banyak perempuan berbanding lelaki yang masuk universiti. hahak... ciput je. semester 1 dan 2, wan sama kelas lagi dengan victor ni. sampai la semester 3 kami terpaksa dipisahkan. memang dipaksa pun kami rasa masa tu. tak pasal-pasal kena pisah gitu je. hahak.. sampai sekarang wan masih rapat dengan dia ni... dia ni baik sangat... dan korang akan tau kebaikan dia kalau korang kawan dgn dia.. Baik sesangat..

tu je la wan bole cerita buat masa skrg...
hehe..

sebelum tu...

tag untuk:
Nikisa Izas | Qissya

id follower : wan niahix
id fb : wan niahix

Tarikh tutup : 9 Febuari 2012

"keep smiling"
^_^

-THE END-

3 komen sini:

e-lyana said...

wahhhh, 1 malaysia meyh, unik2!!

lyana kagum sangat :)

lyana doakan kamu semua kekal bersahabat selama2nye keyh

n TQ join contest lyana :)

Joel Leslie said...

hebat :D tahniah tau!

e-lyana said...

e-lyanalovelifestory.blogspot.com/2012/02/yeah-pemenang-contest-i-love-my-bff-by.html#more

:)