:: Pesta Kaul Perayaan Masyarakat Melanau ::


Assalamualaikum wbt.

Credit image to Google Images.

Tak lama lagi pesta kaul. heeehu.
Macam lah wan nak pergi menyambut pesta kaul ni kan. hehehe.

Sepanjang umur wan, wan belum pernah tengok lagi kawasan pesta kaul ni. Tengok macam mana rupa orang yang menyambut pesta ni pun tak pernah. Apatah lagi kalau nak menceritakan pengalaman ketika pesta kaul berlangsung. Memang takda langsung kot. Walaupun pesta ni sebenarnya diraikan oleh masyarakat Melanau, bak kata info ni, wan yang juga tergolong dalam masyarakat tu pun tak pernah nak ambik port pun benda macam tu. Adoi. Teruknya wan ni kan. hehe.

Sebenarnya, arwah bapak wan tak pernah bawa kami sekeluarga ke pesta-pesta macam tu. Bagus gak sebenarnya, tak lah anak-anak dia lalai dengan benda-benda gitu. Lebih banyak benda lain nak buat kan. Lagi bagus kuatkan ilmu agama di dada. kan kan. Bagi wan sekarang wan just nak ambik tahu je benda gitu memang ada kat kawasan wan ni. Jadi nanti kalau orang tanya wan pasal pesta kaul, takda lah wan ternganga tak tahu nak jawab. ye dok cik Puteri Salju? (si puteri salju tu suka sangat guna bahasa utagha dalam penulisan dia.. hehe..)

Lagipun, wan tak minat benda pesta-pesta ni. Lagi-lagi kalau yang ada konsert. Lagi jenuh rasanya nak tengok. Macam tak best je. Macam boring je. Kadang-kadang tu wan terjejak gak kaki ke tempat konsert tu. Tapi, tak sampai 1 minit terus blah. haha. Kalau semua orang buat macam wan, sedih penganjur. Dah buat macam tempat persinggah je. haha.

Untuk pesta kaul yang akan datang ni nanti, wan macam teringin nak pergi. Bukan semata-mata nak pergi pesta kaul, tapi nak tengok bandar Mukah je. hehe. Lama dah tak jenguk bandar Mukah. Dulu, pernah sekali tu je pergi Mukah. Tu pun sebab ada benda nak buat. Kalau untuk suka-suka tu, memang tak ke sana lah jawab nya.

Jom ramai-ramai singgah sebentar di bandar Mukah. hehe. (Promote.. Promote..)

Kalau nak tahu lebih lagi tentang pesta kaul boleh lah tengok kat SINI eyh.

"Keep Smiling"
^_^

4 komen sini:

Nurul Farahizzati Zakaria said...

oooo.. wan orang melanau ye...

anamizu said...

pesta2 xyah la amek port sgt kan wan kan? hehe

*teringin nak ke sabah. buleh la wan jd tour guide nye nti kalo ada rezeki ke sana hehe

Intan Saffyna said...

hii,singgah follow awak :)

Nur Aliyah Syofia said...

salam bloggers :)

jemput join simple review segment by aliyah :) tinggal beberapa hari shja lg.
:http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/simple-review-segment.html