:: Pesta Kaul - Pengalamanku ::


Assalamualaikum wbt...


Okay, bersambung semula dengan cerita pesta kaul. hehe.

Dalam episod lepas wan cakap nak pergi 23 haribulan kan. Tapi, tak jadi. Entah lah kenapa. Penyakit M datang kot. Lagipun kalau yang dalam perancangan sendiri, wan memang banyak buat perubahan last minute. Dari dulu dah macam tu. Tapi kalau wan jadi haritu, mungkin wan dah macam jalan-jalan dengan si tuan puteri. Sebab dia pergi Mukah dengan mak dia pada hari tersebut. hehehe. Dah kira sekali lah kan walaupun rumah lain-lain, kenderaan lain-lain tapi hala tuju yang sama. hehe. Banyak songeh lah wan ni. hehe. Tu pun kalau jadi tapi hari tu tak jadi.

Nak di jadi kan cerita, beberapa minggu sebelum pesta kaul, kawan karib wan, si Victor, tanya kat wan, wan pergi ke tak pesta kaul tu. Wan cakap lah 23 haribulan wan pergi. Lepas tu dia cakap, nanti dia nak pergi jugak tapi 25 haribulan baru dia pergi Mukah. Sebab hotel kat Mukah ada kekosongan pada 25 haribulan. Jadi, 26 haribulan barulah wan buat plan baru nak pergi pesta kaul tu. Dah nama pun wan ni baru first time jejak tapak kaul, jangan-jangan sesat satgi bila nak cari jalan nak pergi tapak kaul.

Pada 26 haribulan tu, wan gerak pagi dalam pukul 7. Takut jalan jem katakan. *kononnye la padahal jalan pergi Mukah tu mana ada jem.* Selepas dua jam memandu motorsikal, akhirnya sampai juga wan ke bandar Mukah. Tu pun dah nak sampai pun masih ikut belakang orang. hahaha. Selamat ada seorang pakcik tu nak pergi bandar Mukah jugak. Terima kasih pakcik. Alhamdulillah, sampai jugak wan ke bandar Mukah yang telah lama wan tak jejak selama bertahun-tahun lamanya. Rindu rasanya mengingati masa last sekali jejak ke bandar Mukah bersama abang dan Abi tercinta. Rindu dengan Abi.

Okay, kisah silam. KLMJ sekejap.

Jadi sesampai je kat bandar Mukah, wan pusing sikit booth yang ada kat pasar lama. Ada la sikit barang yang di beli. Air je pun. hehehe. Dahaga kot, panas terik ooo. Lepas tu telefon victor, cari tempat untuk buat pertemuan sebentar. Fikir punya fikir, wan nekad nak cari tapak Kaul. Okay tahu-tahu je la kan kalau orang first time datang ke tempat orang lepas tu tak tahu jalan buat ape kan. Habis satu bandar pusing nak cari jalan. Nak tanya orang punyalah malu. Mana tak 'malu bertanya sesat jalan'. Rupa-rupanya, jalannya situ-situ je kot. Just banyak cabang je. Kiranya kita boleh pergi ke tapak kaul tu guna banyak jalan. *padahal ada signboard tu pun tak nampak gak* First time katakan. *First time la sangat* Kat tapak Kaul, wan pusing-pusing sikit supaya hafal sikit kawasan tapak kaul tu macam mana. Bila dah adopted, terus beritahu kat victor wan ada kat tapak kaul.

Jadi, berjumpalah dua orang sahabat lama yang sudah cukup lama berpisah. Victor ni pernah jadi roomate, studymate, bahkan classmate wan masa masih belajar kat UiTM dulu. Kira wan dengan victor ni kawan rapat lah. Cerita itu ini itu ini. Tak lama lepas tu, wan terus balik. Entah kenapa wan nak balik awal sangat masa tu. Mungkin hari tu wan rasa pening kot, rasa tak sedap badan. Wan terus balik.






Dan begitulah tamatnya kisah pesta kaul yang wan pergi. Sekejap je, malas nak lama-lama sangat.

**********
Wan terfikir mungkin masa tu wan dah ada isteri, wan akan bawa isteri wan sekali. Mungkin kah Si Puteri Salju itu isteri wan. hehehe. mana tahu jodoh wan kan. hehe. Allah Maha Mengetahui. Wan akan bawa dia jalan-jalan tak kira la dia dah muak dengan bandar tu ke tak, wan nak bawa juga. Tapi apakan daya, situasi sekarang ni berlainan dari apa yang di impikan. hehe. Semoga dia di kuatkan dari segala dugaan yang di hadapi sekarang. Wan tahu wan bukanlah orang yang terbaik untuk dia. Tapi wan akan sentiasa disisi dia jika dia ada sesuatu yang ingin di sampaikan dan dikongsikan. Wan tak nak dia rasa terpinggir memikirkan apa yang akan berlaku dengan masa depan dia. Wan nak jadi seseorang yang dapat membantu dia sebaik mungkin. Supaya nanti, bila wan dah di tarik nyawa wan tahu wan masih ada seseorang yang sentiasa menjadi idaman hati wan semasa masih hidup. Walaupun dia menganggap wan hanyalah kawan biasa.
**********

"Keep Smiling"
^_^

#LovingForLoving #PS #NeverGiveUpOk

1 komen sini:

aishah nin said...

salam ukhuwah wan :)