:: Banyak goyang kaki, kawan? ::


Assalamualaikum wbt.

*Credit Image to Google Images.*

Rileks je katak tu duduk atas batu. hehehe.
Sayangnya dia tak sepet je. Kalau sepet, boleh gak dia jadi Putera Katak Sepet. hehe.

Sejak dua tiga hari ni kat tempat kerja, wan lebih banyak rehat dari buat kerja. Tak kira lah dari buat waffle ataupun jadi promoter untuk barangan kesihatan. Mungkin sebab dua tiga hari ni orang kat kampung jarang lepak kat open air kot. Mungkin lebih selesa duduk di rumah bersama keluarga tercinta. hehe.

Nak di jadikan cerita, dalam bosan tak tau nak buat ape, wan ambik si xpria play dan belek-belek contact yang ada. Tiba-tiba terlintas kat kepala si Puteri Salju(Padahal sepanjang hari kot nak text tapi takut dia ada komitmen lain.. study ke ape ke kan..). Jadi apa lagi, cari contact yang tertera nama Puteri Salju. jadi text la wan dengan dia bermulakan Assalamualaikum wbt. Setelah menunggu agak tak lama, hehe, dia balas. Dari situ bermulalah operasi balas membalas menggunakan M16. Tapi peluru M16 yang dia guna agak slow, jem kot dek kerana mood bos dia, incik celcom tak berapa nak baik. Nak tak nak, tunggu jela. hehe.

Walau mana slow pun, yang penting wan dapat tahu yang hari ini (sebab dia text dengan wan kelmarin hari Isnin) dia ada hari yang sangat bermakna sebagai pelajar. Sebagai seorang mantan pelajar, wan dapat rasa macam mana rasa kalau hari-hari macam tu dah dekat. Kalau waktu study week tak struggle, memang susah nak jawab dengan baik. Dibuatnya kalau paper yang dekat-dekat, pecah kepala memikirnya. hehe.

"Awak, good luck. Semoga awak dipermudahkan menjawab soalan tu ye. Susah ke senang ke, jawab je."

Kawan wan tanya,

"Kenapa salju?"

"Sebab dia penyejuk bagi hati yang tengah bergolak lah. Ada sekali hari tu hati tengah bercelaru. Rileks je dia sound balik. Begitu begini begitu begini. hehehe. Adakalanya api sama api akan reda juga akhirnya. Terima kasih awak."

"Keep Smiling"
^_^

Jawapan salju tu sebenarnya variety, banyak lagi sebab lain. hehe.

2 komen sini:

Nurul Farahizzati Zakaria said...

amboi... jiwang nya dia!! hehehe.. nasib baik puteri salju.. kalau ice princess?! hahahaha..

wan niahix said...

@zizie:
Kalo Ice princess marah lah cik abam ice princess nanti... hahahaha...